Bergambar Di Tanah Perkuburuan Kristian Ini Penjelasan Mufti Wilayah




TINDAKAN seorang wanita berpakaian pengantin menjalani penggambaran di sebuah tanah perkuburan Kristian mengundang perdebatan panjang dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu.
Sebilangan besar netizen mengecam tindakan yang disifatkan tidak menghormati agama lain.
Ada juga pihak yang menggesa tindakan tegas diambil ke atas wanita berkenaan ekoran tidak sensitif pihak tersebut.
Berhubung kontroversi itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak terlepas ditanya pandangan beliau dari perpsektif agama.
Dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli menjelaskan panjang lebar mengenai persoalan berkenaan dalam ruangan Irsyad Fatwa Umum.
Tegas Dr Zulkfili, perbuatan mengambil gambar perkahwinan di perkuburan orang Kristian dengan alasan suka-suka dan inginkan kelainan merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan dan boleh mengundang fitnah.
Bahkan, jelas beliau, perbuatan sedemikian bercanggah dengan nas yang memerintahkan umat Islam untuk menghormati perkuburan dan mayat sekalipun yang bukan Islam.
Pandangan beliau adalah berdasarkan surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.”
Dalam jawapan yang sama, Dr Zulkfili menerangkan, Imam Jalaluddin Al-Suyuti dan Imam Jalaluddin Al-Mahalli turu menyebut bahawa tidak boleh dihinakan mahupun dikotori mayat mereka. (Rujuk Tafsir Al-Jalalain, 5/108)
“Kami melihat perbuatan mengambil gambar perkahwinan di atas perkuburan bukan muslim dengan pelbagai gaya adalah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap mayat-mayat bahkan perbuatannya itu boleh menyinggung perasaan waris si mati,” terang Dr Zulkfili lagi.
Menurut Dr Zulkifli, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya ketika hidup.” – Riwayat Abu Daud (3207), Ibnu Majah (1616)
Dr Zulkifli turut memetik kenyataan Maulana Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Abadi yang menukilkan pandangan AL-Tibi berkenaan hadis tersebut.
Al-Tibi berkata, tidak boleh untuk menghina mayat dengan cara apa sekalipun.
Penghinaan terhadap mayat adalah seperti menghina ketika dia masih hidup.” (Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 14/27).
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat, apa sahaja bentuk penghinaan terhadap mayat sama ada perbuatan atau percakapan maka tidak dibenarkan.
“Apatah lagi jika mengambil gambar dengan pelbagai gaya yang tidak sepatutnya dilakukan di tanah perkuburan.Ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.
Tambahan lagi, apa yang perlu diperhatikan adalah kesan dari setiap perbuatan yang kita lakukan.
Perbuatan tersebut, kata beliau, jika dilihat lebih jauh, boleh menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian yang akhirnya nanti mereka akan melakukan perkara yang sama di perkuburan orang islam.
Perkara ini, ujarnya, boleh difahami menerusi firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…”
(Surah Al-‘An’am : 108)
Dr Zulkifli berkata, apa yang dapat difahami ini ialah tidak dibenarkan untuk melakukan atau menyebut perkara yang menunjukkan penghinaan terhadap mereka.
Perbuatan tersebut akan mengundang kemarahan mereka dan melakukan perkara yang sama terhadap kita, kata beliau.
“Kita sedia maklum bahawa penganut Kristian mempunyai ritual atau upacara tertentu ketika menghadiri kematian atau menziarahi perkuburan.
“Ini adalah satu perkara yang perlu kita hormati sebagaimana kita memohon agar mereka menghormati agama Islam,’ tambah Dr Zulkfili.
Dalam penjelasan itu, beliau merumuskan bahawa perbuatan mengambil gambar perkahwinan di tanah perkuburan orang Kristian seperti yang tular adalah tidak dibenarkan.
“Jangan kerana inginkan kelainan sehingga kita melakukan perkara yang boleh mengundang fitnah dan cerca orang ramai.
“Apatah lagi jika ianya dibuat untuk suka. Carilah tempat lain yang lebih sesuai. Perbuatan seumpama ini boleh menyebabkan islam dan penganutnya dipandang serong oleh penganut agama lain. Sekali gus menjauhkan mereka dari Islam,” kata beliau lagi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/08/bergambar-di-tanah-perkuburuan-kristian-ini-penjelasan-mufti-wilayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 304 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
10 Wilayah Di Jakarta Berpotensi Mengalami Pergerakan Tanah

10 Wilayah Di Jakarta Berpotensi Mengalami Pergerakan Tanah

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 300 hits
Kebanyakan dari 10 titik tersebut merupakan wilayah yang beririsan langsung dengan pinggiran sungai tebing maupun lereng
Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

Ramai Keliru Tentang Hukum Daging Kambing Yang Menyusu Dengan Susu Anjing Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 512 hits
Bagi pengemar makanan berunsurkan kambing pasti korang pernah terlintas untuk bertanyakan tentang hukum seorang kambing minum susu anjing yang pernah tular suatu ketika dulu tentang satu gambar yang pernah tersebar di media sosial Kali ini ...
Betul Ke Sesiapa Yang Tak Namakan Anak Nama Muhammad Dikira Jahil Ini Penjelasan Mufti

Betul Ke Sesiapa Yang Tak Namakan Anak Nama Muhammad Dikira Jahil Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 445 hits
Pemilihan nama amat penting kerana ia bakal digunakan dari buaian sehinggalah ke liang lahad Nama yang baik ibarat doa buat pemiliknya oleh itu kita perlu menamakan anak anak dengan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik tidak kira ...
Ramai Puji Keluarga Muslim Ini Bersihkan Pusara Nenek Di Tanah Perkuburan Kristian

Ramai Puji Keluarga Muslim Ini Bersihkan Pusara Nenek Di Tanah Perkuburan Kristian

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 874 hits
Perbezaan agama sesama keluarga tidak pernah menghalang seseorang itu untuk terus berkasih sayang dengan keluarganya Malah menghormati ibu bapa itu sangat dituntut dalam Islam Itulah yang dikongsi oleh Cik Emmet dalam nukilan terbarunya Sat...
Mufti Jelaskan Hukum Wedding Photoshoot Di Tanah Perkuburan

Mufti Jelaskan Hukum Wedding Photoshoot Di Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 437 hits
Islam amat mengutamakan adab dalam setiap aspek kehidupan bahkan ia dianggap lebih penting berbanding ilmu Kenapa Hal ini kerana adab merupakan asas untuk mendapatkan ilmu yang diberkati Jika kita lihat akhlak ulama terdahulu mereka sangat ...
Kisah Sebenar Model Berpakaian Pengantin Bergambar Di Kubur Kristian

Kisah Sebenar Model Berpakaian Pengantin Bergambar Di Kubur Kristian

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1774 hits
Sebelum ini telah tular perempuan melayu yang membersihkan tanah perkuburan kristian sebagai pekerjaan amal mereka dan kini tular pula gambar dan video perempuan melayu yang berpakaian pengantin di tanah perkuburan kristian juga Zaman sekar...
Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramai Tak Tahu Ini Jawapan Mufti Wilayah

Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramai Tak Tahu Ini Jawapan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 432 hits
Pasti kita pernah tertanya tanya siapa dari kalangan sahabat yang mandikan jenazah baginda Rasulullah SAW Ini penjelasan Mufti WilayahSOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW Assalamualaikum WBT Semoga ustaz sihat sihat belaka Saya dah lam...
Penjelasan Anies Soal Pembagian 3 Zona Car Free Day

Penjelasan Anies Soal Pembagian 3 Zona Car Free Day

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 284 hits
Mulai Minggu ini pedagang kaki lima dilarang berjualan di beberapa lokasi Car Free Day Pemerintah Provinsi DKI Jakarta membagi beberapa zona dalam CFD
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai