Ramadhan Buffet Ancasa Hotel Spa Yang Mesti Dicuba
Assalamualaikum, Selamat Berpuasa semua. Korang berbuka dekat mana? Hari ini Bella sangat teruja kerana dijemput Ancasa Hotel & Spa untuk bersama - sama berbuka dan berkongsi keceriaan berbuka di bulan Ramadhan yang mulia ini bersama anak - anak Pusat Jagaan Kasih Murni. Setiap kali menjelang Ramadhan, RAMADHAN BUFFET ANCASA HOTEL & SPA YANG MESTI DICUBA. Bagi Bella, Buffet di Ancasa Hotel & Spa bukan saja amat berbaloi dengan harganya tetapi juga hidangan berbuka yang dihidangkan juga sangat banyak dan sedap - sedap belaka
Hari ini agak berbeza bagi Ancasa Hotel & Spa kerana turut berlangsungnya program dan acara tahunan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, sekaligus dapat menceriakan anak - anak yatim. Hah! sebab tu Bella teruja. Disamping bulan puasa ini, mengajar Bella dan semua umat islam macam mana peritnya hidup serba kekurangan tanpa makanan, dengan mengikuti program sebegini, ia juga mengajar dan mengajak kita untuk sama - sama bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah atau ummi dan abi atau apak dan emak. Sangat menyentuh jauh kedalam lubuk hati Bella
Apa yang sangat bagus mengenai program yang dianjurkan Ancasa Hotel & Spa ini, ia turut mendapat sokongan dan pelbagai tajaan daripada :-Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan mengambil dan menghantar anak - anak yatim ini.Kumpulan Media Karangkraf menaja bahan bacaan.ADABI Consumers Berhad menyediakan bahan - bahan bubur lambuk dan menyumbangkan barang - barang keperluan asas kepada anak - anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Acara Tahunan Ancasa Hotel & Spa ini sebenarnya telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk bersama - sama dengan wakil ADABI dalam menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Ini acara tahunan tau. Kalau korang nak rasa bubur lambuk hasil daripada Ancasa Hotel & Spa ini, korang boleh follow FB Ancasa Hotel & Spa untuk jadi orang pertama yang tahu bila bubur lambuk ini akan diagihkan. Dorang akan bagi bubur lambuk ini depan hotel saja. Tahun ini dah terlepas. Korang follow siap - siap untuk cuba tahun depan.
Disamping berbagai acara kemasyarakatan dan sumbangan yang dihulurkan, tidak dilupakan hidangan Ramdhan Buffet yang turut dihidangkan kepada anak - anak yatim. Sekaligus melancarkan Ramdhan Buffet yang bertemakan Aroma D'Ancasa.
Sedap - sedap kesemuanya. Hidangan yang menjadi tumpuan adalah kambing bakar. Bella sempat rasa pelbagai jenis kerabu, pasta, rojak, rojak buah, mee kari, pelbagai jenis buah - buahan dan lauk masakan panas. Ada macam - macam juga sampai Bella pun dan lupa nama hidangannya. Paling istimewa bagi Bella, apam balik nipis yang Bella idamkan setiap kali berbuka disini. Terbaik ada teh tarik masala kali ini. Jatuh cinta pertama kali rasa. Cara dia bancuh sangat unik. Air yang disediakan juga sedap - sedap belaka, sampai Bella tak boleh makan banyak sebab kenyang minum air. Sampaikan kek, biskut, dan kuih muih satu pun Bella tak sentuh. Argghhh!! rugi sangat. Kena berbuka sini sekali lagi. Lagipun hidangan sedap - sedap. Mesti datang lagi.
Buffet Ramadhan ini pada Bella amat berpatutan iaitu Rm70.00 sahaja bagi dewasa manakala harga bagi kanak - kanak adalah Rm40.00 Maklumat lanjut :-
MAKLUMAT LANJUT :-
Alamat : Jalan Tun Tan Cheng Lock, P.O Box 12700, 50786 Kuala Lumpur
Tel. : 03-20266060 sambungan 7703
Faxs. : 03-20268322
Email :
[email protected]Website : www.ancasa-hotel.com
Korang juga boleh baca Acara yang Bella turut sama sertai pada tahun lepas. Dekat link ini, ada gambar apam balik idaman Bella tau. Buffet Ramadhan Terbaik Ancasa Hotel & Spa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bellaidura.com/2019/05/ramadhan-buffet-ancasa-hotel-spa-yang.html