Buffet Ramadan 2019 Buka Puasa Ancasa Hotel Spa Kl Pada Harga Rm 55 Seorang
Assalamualaikum & salam ramadan ye..
Masih meneruskan iftar tour 2019, kali ini BBL ke AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur - sebelah UTC Pudu & stesen LRT Plaza Raykat/MRT Merdeka. Senang sikit nak datang kalu malas nak drive kereta malah sangat dekat dengan Jakel Mall & Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), yelah nak shopping baju raya serta persiapan hari lebaran bulan Jun nanti kan.
Harga Buffet Ramadan @ AnCasa Hotel & Spa Kuala LumpurDewasa RM 70Kanak-kanak RM 40 (5-12 tahun)
*Tempahan boleh call 06-6627288 samb #6
Juadah Berbuka Tema Aroma D'AnCasaTiap tahun memang jadi favorite BBL datang buka puasa kat sini. Kira tradisi la awal-awal minggu ramadan dah singgah makan. Menariknya 2019 nie chef AnCasa menyediakan macam-macam menu masakan tradisional khusus buat umat Islam menikmati sajian tika berbuka. Antara juadah paling menarik bagi saya semestinya kambing golek, kambing gulai kawah, mee kari gear box, sup dorai, ikan bakar, sate, murtabak & sajian western pasta spaghetti.
Tak cukup tu saja, chef juga telah sedia pelbagai pembuka selera kerabu, salad, pisang goreng, cekodok, apam balik dan banyak lagi. Lebih dari 100 jenis masakan terhidang sepanjang ramadan ni. Senang cerita anda boleh rambang mata tengok setiap masakan.
- semestinya kambing golek idaman ramai -
- stall live cooking murtabak, ikan bakar, pari bakar & sate -
- nak makan laksa, mee kari atau spaghetti pun boleh -
- menu special mee kari gear box -
- Gulai kawah kambing -
- sebahagian masakan melayu popular di AnCasa -
- pernah makan tak sup Dorai? -
Kat sini signature utama ialah aneka variasi pencuci mulut. Ni sport paling ramai customer datang ambil gambar & teruja. Tak kisah la kanak-kanak atau orang dewasa mesti lemah lutut tengok susunan kuih muih tradisional, kek, pastri, puding tart, chocolate, air batu campur (ABC) sungguh mengiurkan mulut.
- memang menguji iman betul -
- variasi desert traditional & western -
- bubur jagung, kacang merah, kacang hijau & bubur lambuk -
'Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal'Baru-baru ni pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur berkongsi rasa gembira menyambut ramadan dengan program coprate services responsibility (CSR) meraikan 30 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni.
Sebelum tu, mereka ke Jakel Mall untuk beli baju raya selain duit raya setiap seorang. Senyum bila dapat duit raya. Berkat ramadan apa salah kita kongsi sama-sama kan. Malah kolaberasi ADABI Berhad menyediakan 5 kawah bubur lambuk & kemudian diagihkan kepada pengguna jalan hadapan hotel wajar dipuji. Tak silap ni tahun ke-2 Adabi & Hotel AnCasa buat aktiviti memasak bubuk lambuk.
Apa tunggu lagi, hari ni boleh la datang berbuka puasa kat AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Bawa sekali ahli keluarga baru meriah. See ya later okay.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/05/buffet-ramadan-2019-buka-puasa-ancasa.html