Buffet Ramadhan Ala Istana Hotel 5 Bintang Tapi Murah Di Melaka
Kini sudah menjadi trend untuk berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan. Selain dari aneka jenis pilihan makanan , pihak yang menawarkan Buffet Ramadhan juga akan menyediakan kemudahan untuk bersolat dan ruang parking kereta. Sambil berbuka puasa, boleh berkumpul bersama keluarga atau rakan. Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana MelakaUntuk warga Melaka, jom berbuka puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang, tapi harga sangat berpatutan di Villa Istana Melaka.
Villa Istana Melaka
Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka serta pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Mereka menjamin sajian makanan bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019
Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan
Antara sajian di Buffet Ramadhan @ Villa Istana Melaka
Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi. Pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan buat mereka yang berbuka puasa di sini.
Char Kuey Teow & Lok Lok IpohKemudahan Yang Disediakan Suasana dewan makan yang selesa, dilengkapi dengan penghawa dingin mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa. Kemudahan wifi percuma juga disediakan menjadikan Villa Istana Melaka ini tumpuan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.
Selain daripada itu, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk untuk menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.
Bilik penginapan ekslusif juga disediakan bagi pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019.
HARGA Harga yang ditawarkan adalah RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak.
Murah tau harga Buffet Ramadhan jika dibandingkan dengan tempat lain. Jom tempah awal sebelum kehabisan tempat. Kecewa nanti.
Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.
Tempahan awal untuk majlis korporat amat digalakkan bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: VILLA ISTANA MELAKA Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka. 06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 Facebook: www.fb.com/IstanaMelaka Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka
Apa lagi warga Melaka Bandar Bersejarah, bawa keluarga atau ajak rakan berbuka bersama di Villa Istana Melaka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.irrayyan.com/2019/05/buffet-ramadhan-ala-istana-hotel-5-bintang-murah-villa-istana-melaka.html