Puding Jagung Mudah Dan Sedap




Alhamdulillah lama saya tak update blog kerana kesibukan saya dan suami bercuti sambil jalan jalan cari makan sebaik rentas negeri dibenarkan. Kami ke Kuala Selangor bersama geng alumni, selepas itu kami ke Muar dengan bekas roomate suami masa di Kolej dan ke Kuala Terengganu dan Kelantan, hanya kami berdua. 
Saya ingin luangkan masa bersama Hubby setelah saya bersara. Sambil sambil itu, saya berhubungan dengan follower saya yang sangat sporting untuk kongsikan tempat tempat makan dan tempat menarik sepanjang perjalanan saya.
Sebetulnya rakan rakan kita adalah penting terutama bila kita telah berusia. Masuk umur 50 dan 60 tahun, kita tak boleh lagi berkawan dengan semua orang. Kita mesti memilih siapa kawan kawan kita. Kita tak boleh berkawan dengan semua orang, kerana kawan ini menentukan agama kita dan menentukan kesibukan kita pada usia akhir kita. 
Bila silap pilih sahabat nanti kita akan sibuk dengan perkara membinasakan akhirat kita. Pilih sahabat lebih hebat dari memilih mana mana harta dunia. Kita pilih lokasi paling strategik nak buat rumah. Pilih saham bagus yang ada kemungkinan bawa keuntungan paling tinggi. Jadi dalam memilih sahabat, kita harus lebih hebat lagi, sebab ini lah saham akhirat kita dan keuntungan akhirat kita. Khususnya pada umur kita yang menuju ke arah kematian.
Antara tanda suul Khatimah bila kita berubah kepada kawan yang baik. Bila Allah nak bagi husnul khatimah, Allah hadirkan kita seorang kawan yang baik. Kita mula cenderung untuk berkawan dengan kawan yang baik. Inilah Husnul khatimah. 
Hati hati dengan kawan kerana kawan adalah kesibukan kita. Kalau kawan baik maka kesibukan kita kepada perkara baik. Jika kawan tak baik akan sibuk dengan urusan duniawi yang melalaikan dan menyesatkan. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.

Saya menyediakan puding jagung ini kerana nak menghabiskan baki jagung berkrim yang masih ada dalam peti ais. Sebelum ianya dah tak elok dan membazir, sedap dimasak puding. Kiranya kuih bidan terjun lah.
Saya sangat puas hati kerana puding jagung ini sangat sedap dan secukup rasa sahaja. Masya Allah memang sedap makan puding sejuk sejuk macam ni. 
Untuk mendapat permukaan puding yang licin dan cantik, kena tutup api sebaik nampak mendidih dan cepat cepat tuang ke dalam loyang. Saya agak terlewat kerana sibuk merakam video. Itulah kalau buat dua tiga kerja dalam satu masa, memang akan ada ketidak sempurnaan dan fokus. Jadi anda semua jangan pula, terlewat ya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya juga ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba....


Puding Jagung SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 tin jagung manis berkrim1 tin susu cair1 ½ cawan gula1 ½ cawan tepung kastard3 cawan airSedikit garam
Cara cara:Satukan air, tepung kastard dan gula. Kacau rata. 
Masukkan susu cair, jagung,  gula dan garam. Kacau rata. Setelah rata, baru dinyalakan api. 

Masak sehingga ianya pekat dan kelihatan keluar gelembung gelembung. Bolehlah tutup api dan tuang ke dalam loyang. 
Nota: sebaik mendidih terus tutup api dan cepat cepat tuang dalam loyang untuk mendapatkan permukaan puding yang licin dan cantik. (Permukaan puding saya tak cantik kerana saya dah terlewat kerana sibuk mengambil video). 


Sejukkan sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/11/puding-jagung-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Puding Telur Karamel Leche Flan Dikukus Sedap Dan Mudah

Resipi Puding Telur Karamel Leche Flan Dikukus Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 460 hits
hi there ok dapur mrs pip bersiaran lagi dan kali ini kita buat resipi puding karamel kukus sedap dan nak buat resipi puding karamel kukus sedap ini sangatlah mudah bahan bahan pula tak banyak tak leceh Sama ada korang rajin atau malas saha...
Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 314 hits
Kalau begedil biasa kita buat dengan tauhu Kali ini apa kata gantikan dengan kulit popia untuk jadikan popia begedil Resipi popia begedil yang dikongsi Aznor Aznora ini sangat senang dan mudah untuk membuatnya Sesuai untuk menu minum petang...
Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 472 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 447 hits
Masakan atau Indian food semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya Selain dari kari terdapat banyak lagi hidangan hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah rempah terpilih Istimewa buat anda RASA kongsi...
Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 347 hits
Resipi Anchor s Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja Assalamualaikum semua Sejak kena duduk di rumah ni tekak asyik nak makan je Ye la jarak nak ke dapur dekat sangat Lagipun takde roadblock kan dalam rumah Apa lagi seh...
Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 547 hits
Assalamualaikum Bayi umur 7 bulan dah boleh pegang Jadi kita boleh ajar mereka untuk pegang biskut dan makan Waktu sebegini juga normally bayi mulai rasa gatal gusi untuk timbuh gigi jadi biskut bayi ni salah satu untuk mereka belajar mengu...
Cara Buat Bingka Susu Mudah Simple Tapi Sedap

Cara Buat Bingka Susu Mudah Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 387 hits
Teringin nak makan bingka tapi tak ada stok ubi Tak apa masih boleh buat bingka tapi menggunakan susu Resipi bingka susu yang dikongsi Norhayati Basri ini sangat mudah untuk membuatnya Sesuai untuk menu minum petang CARA BUAT BINGKA SUSUBAH...
Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 526 hits
Roti Beluda merupakan sejenis kuih tradisional yang terdapat di Terengganu Beluda ini dikatakan berasal dari hidangan istana Berbeza dengan roti paung roti beluda dibakar di dalam tin susu Namun menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli d...
Kambing Perap Mr Pepper Sedap Dan Mudah Dimasak

Kambing Perap Mr Pepper Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 438 hits
Kambing Perap Mr Pepper Sedap dan Mudah Dimasak Assalamualaikum semua Sejak akhir akhir ni selera makan sis membuak buak betul la Tak tau la sama ada ni salah satu side effect vaksin atau tidak tapi memang sis perasan lepas dose pertama har...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen