10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali


Masakan India atau Indian food semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Selain dari kari, terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah-rempah terpilih. Istimewa buat anda, RASA kongsikan 10 resipi yang mudah dan sedap air tangan Puan Maria yang popular di page Cookings By Maria. Pendek kata, kalau cuba masak sendiri di rumah, pasti menjadi. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
 
1. UPPU KOHLI VARUVAL ( AYAM MASAK CILI KERING & GARAM)

BAHAN PERAP:
1 ekor ayam | potong kecil2 sudu teh serbuk kunyit1/2 sudu makan garam3 ulas bawang putih | tumbuk3m halia | tumbukBAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | hiris10 biji bawang merah | hiris10 tangkai cili kering3 tangkai daun kari2 sudu teh jintan manis3 kuntum bunga lawang3 sudu makan minyak masak2 sudu teh serbuk garam masalaGaram secukup rasa1 cawan air panas | jika perluSedikit hirisan daun ketumbar | hiasanCARA MEMASAK:
Perap ayam bersama bahan-bahan perap. Gaul rata dan biarkan selama 30 minit.Panaskan minyak dan tumis jintan manis, bunga lawang, cili kering, daun kari, hirisan bawang besar dan bawang merah hingga wangi serta sedikit kekuningan.Seterusnya masukkan ayam. Gaul rata dan tambahkan serbuk garam masala. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.Tambahkan 1/2 cawan air panas. Biarkan ayam masak sepenuhnya. Tambah jumlah air jika perlu masak ayam lebih lama.Rasa kuah dan tambah garam dengan secukupnya. Teruskan memasak ayam hingga rempah hampir kering.Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Jika menggunakan ayam kampung, ayam boleh dimasak terlebih dahulu ( anggaran 10 minit) sebelum dimasukkan ke dalam rempah supaya cepat empuk.
 
2. MUGHLAI CHICKEN

BAHAN PERAP:
500gm ayam | potong kecil2 ulas bawang putih | kisar2cm halia | kisar2 sudu teh garam1 sudu teh garam masala1/2 biji jus limau nipisBAHAN-BAHAN:
3-4 sudu makan mentega1 sudu makan minyak masak2 sudu makan minyak sapi | boleh gantikan dengan lebihan minyak dan mentega1 keping kulit kayu manis5 biji buah pelaga4 kuntum bunga cengkih2 helai daun bay2 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar3cm halia | kisar2 sudu teh serbuk cili2 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh serbuk ketumbar1/4 sudu teh serbuk kunyit1/4 sudu teh serbuk garam masala15 biji badam | kisar jadi pes1/4 cawan yogurt3-4 sudu makan krim putar (whipping cream)Garam secukup rasa1-2 cawan airSedikit hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bawang putih kisar, halia kisar, garam, garam masala dan jus limau nipis. Biarkan selama 30 minit.
2. Cairkan mentega bersama minyak masak. Goreng ayam tadi hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
3. Dalam kuali berlainan, panaskan minyak sapi. Jika tiada, boleh juga guna lebihan mentega untuk menggoreng ayam tadi.
4. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan daun bay hingga wangi.
5. Kemudian masukkan kisaran bawang dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
6. Tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar serta serbuk jintan putih. Masak selama 2-3 minit.
7. Tambahkan pes badam. Kacau dan setelah mendidih, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih sekali lagi.
8. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau dan bila kuah semakin pekat, masukkan krim putar dan yogurt. Biarkan mendidih selama 1-2 minit.
9. Perasakan dengan garam dengan secukupnya, garam masala dan juga daun ketumbar.
10. Tutup kuali dan biarkan mereneh seketika. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk menyediakan pes badam, rendam badam dalam air panas selama 10 minit. Buang kulit dan kisar bersama sedikit air hingga menjadi pes pekat.
 
3. MUTTON KEEMA

BAHAN PERAP:
500gm daging kambing | hiris nipis atau kisar2 sudu makan serbuk kari daging2-3 sudu makan garamBAHAN-BAHAN:
3 sudu makan minyak masak1 keping kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum bunga cengkih7 biji buah pelaga3 biji bawang besar | dadu halus3 ulas bawang putih & 2cm halia | tumbuk halus1 biji cili hijau / cili padi1 tangkai daun kari2 sudu makan serbuk kari daging1 sudu makan serbuk ketumbar3 biji ubi kentang saiz sederhana | potong kiub kecil3 biji tomato | potong dadu kecil1 cawan kacang pis¼ cawan santan pekat @ susu cair6-8 biji kacang gajus | kisar dan jadikan pesSedikit daun ketumbar untuk hiasanGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bawang, cili hijau serta bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan daging kambing yang diperap tadi. Gaul seketika dan tutup periuk. Biarkan daging masak dan empuk.
5. Seterusnya masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, ubi kentang dan daun kari. Masukkan juga separuh dari tomato.
6. Gaul semua bahan hingga sekata. Tambahkan juga garam secukupnya serta 1 cawan air panas. Tutup periuk dan biarkan sehingga ubi kentang hampir lembut.
7. Tambahkan kacang pis, santan, pes kacang gajus dan lebihan tomato tadi. Biarkan mendidih sehingga semua bahan empuk dan masak sekata.
8. Bila kuah kelihatan agak pekat, padamkan api dan hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dinikmati.
 
4. CHETTINAD GHEE CHICKEN

BAHAN PERAP:
1/2 ekor ayam | anggaran 600gm-700gm4 sudu makan yogurt1/2 biji jus limau nipis1/2 sudu makan garam3 sudu teh serbuk kunyitBAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak sapi6 tangkai cili kering2 kuntum bunga cengkih1 sudu makan biji ketumbar1/2 sudu makan lada hitam1/2 sudu makan jintan manis1/4 sudu makan halba1/4 sudu makan jintan putih1 biji bawang besar5 ulas bawang putih2cm haliaBAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak sapi2 tangkai daun kari1 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga1/2 sudu makan serbuk cili2-3 sudu teh vellam (gula perang)Garam secukup rasaSedikit hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan perapan dan biarkan selama 2 jam atau simpan semalaman dalam peti sejuk. Lebih lama ayam diperap, lebih enak rasanya.Panaskan 1 sudu makan minyak sapi menggunakan api kecil. Goreng cili kering seketika. Angkat dan ketepikan.Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng biji ketumbar, lada hitam, halba, bunga cengkih, jintan manis dan jintan putih hingga wangi anggaran 1 minit. Angkat dan ketepikan.Satukan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan-bahan yang digoreng tadi. Tambah sedikit air dan kisar halus sehingga menjadi pes pekat.Panaskan 3 sudu makan minyak sapi menggunakan api sederhana. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan 1 tangkai daun kari hingga wangi.Masukkan ayam perap yang telah dibuang lebihan air perapannya. Tutup periuk dan biarkan ayam masak selama 12-15 minit.Bila ayam kelihatan kecut, masukkan pes yang dikisar tadi dan juga ½ sudu makan serbuk cili. Gaul rata dan tambahkan garam secukupnya.Bila kuah kelihatan makin pekat, masukkan lebihan daun kari dan gula perang. Gaul rata.Setelah kuah kelihatan pekat, tabut hirisan daun ketumbar dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.Info chef: Vellam atau gula perang adalah bahan penting dalam penyediaan hidangan ini.
 
5. TANNISAR SAYUR MANIS

BAHAN-BAHAN:
2 cawan dhal yang telah direbus3-4 cawan sayur manis3-4 sudu makan minyak masak2 sudu teh kaadugutalipu8 ulas bawang merah | hiris6 ulas bawang putih | hiris3cm halia | hirisSecubit serbuk asafoetida | serbuk dari getah kering yang didapati dari akar pokok herba Ferula3 tangkai cili kering / cili merah3 sudu teh serbuk kunyit2 sudu teh serbuk jintan putih1 tangkai daun kari1 sudu teh air asam jawa1/4 cawan santan pekatGaram secukup rasa2-3 cawan air atau secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis halba campur bersama cili kering, daun kari dan serbuk asafoetida hingga wangi.Masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 1-2 minit.Kemudian masukkan sayur manis. Kacau hingga sebati dan masak anggaran 3-4 minit.Bila sayur kelihatan lembut, masukkan kacang dhal dan air. Biarkan mendidih.Tambahkan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan putih dan asam jawa. Biarkan mendidih.Masukkan santan. Biarkan sayur masak lagi selama 5-6 minit. Selaraskan kepekatan Tanissar ikut citarasa masing-masing.Sedia untuk dinikmati.Info chef: Kaadugutalipu adalah campuran rempah-rempah kering seperti biji sawi, jintan manis, jintan putih, halba dan urad dhal. Ia juga dikenali sebagai halba campur.
 
6. KERALA STYLE CHICKEN

BAHAN PERAPAN:
1 kg ayam | potong kecil2 biji tomato saiz sederhana | kisar tanpa air3cm halia | kisar3 ulas bawang putih | kisarBAHAN MASALA KISAR:
1 sudu makan serbuk cili1 sudu makan serbuk ketumbar1/2 sudu teh garam masala1/2 sudu teh serbuk lada sulah1/2 sudu makan garam1/2 sudu makan cukaBAHAN TUMIS:
1 keping kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang1 biji bawang besar | hiris1 biji hijau | hiris3 tangkai cili kering2 sudu makan kelapa parut2 tangkai daun kariGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan dan bahan masala kisar selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masak guna api sederhana selama 15 minit hingga air ayam keluar dan menjadi kecut. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-3 sudu makan minyak masak dan tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan hirisan bawang hingga layu.
4. Masukkan cili kering dan cili hijau. Kacau lagi guna api perlahan hingga naik bau.
5. Tambahkan kelapa parut. Masak selama 1 minit.
6. Seterusnya masukkan ayam yang telah dimasak tadi bersama ½ cawan air panas.
7. Kacau dan biarkan ayam dan bahan-bahan tadi merenih bersama anggaran 5-8 minit. Perasakan dengan garam secukupnya.
8. Bila kuah kelihatan hampir kering, masukkan sedikit daun kari dan kacau hingga sebati.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak menggunakan api sederhana bagi mengelakkan rempah hangus.
 
7. MARAVALLI KILANGU PURIYAL (MASAK UBI KAYU)

BAHAN-BAHAN:
800gm ubi kayu2 sudu makan minyak masak1 sudu teh biji sawi3 tangkai cili kering2 tangkai daun kari1 biji bawang besar | hiris halus2 ulas bawang putih | hiris halus2cm halia | hiris halusSedikit serbuk kunyitGaram secukup rasaSedikit serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Bersihkan ubi kayu dan potong menjadi saiz kecil.Masukkan ke dalam periuk bersama air dan 2-3 sudu teh garam. Rebus hingga ubi kayu hampir empuk. Toskan airnya.Hancurkan ubi kayu yang direbus tadi menggunakan garpu.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan biji sawi. Tumis seketika.Masukkan cili kering, daun kari, hirisan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 5 minit atau sehingga bawang layu.Kemudian masukkan ubi kayu yang telah dilenyek tadi. Tambahkan serbuk kunyit, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata anggaran 6-8 minit.Jika ubi kayu kelihatan keras, masukkan ½ cawan air dan masak sehingga lembut.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Info chef: Guna ubi kayu yang tidak terlalu tua untuk hasil yang lebih enak.
 
8. VEGETARIAN KURMA

BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu makan minyak sapi1 keping kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih5 biji buah pelaga1 tangkai daun kari2 biji bawang besar | kisar5 ulas bawang putih | kisar1cm halia | kisar1 biji cili hijau6 sudu makan serbuk kurma3/4 sudu makan serbuk kari daging4 biji ubi kentang | potong kecil1 batang lobak merah | hiris1 tin cendawan butang | hiris1 biji tomato | potong enam1 tin kacang pis600-700ml air1/4 cawan santan pekat10 biji kacang gajus | rendam air panas 10 minit dan kisar jadi pesGaram secukup rasa1 sudu makan daun pudina cincangSedikit hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK:
Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging. Bancuhkan dengan ½ cawan air dan jadikan pes.Panaskan minyak sapi guna api sederhana. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.Tambahkan kisaran bawang, bawang putih dan halia. Tumis selama 1 minit.Masukkan daun kari dan cili hijau. Tumis lagi guna api sederhana selama 1-2 minit.Tambahkan pes campuran serbuk kurma tadi. Kacau sebati dan boleh tambah sedikit air jika perlu. Masak seketika.Seterusnya masukkan cendawan, ubi kentang, lobak merah, kacang pis dan separuh dari tomato.Tambahkan sedikit garam dan kacau hingga semua sayur bergaul dengan rempah.Masukkan air dan teruskan masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.Masukkan baki buah tomato, daun pudina dan juga sedikit daun ketumbar yang telah dicincang.Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Penambahan serbuk kari daging menjadikan kuah kurma jadi lebih sedap.
 
9. MUSHROOM GREEN PEAS BUTTER MASALA

BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega1/2 sudu makan minyak sapi4 biji buah pelaga1 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga cengkih1/2 sudu teh jintan manis1 tin cendawan butang | hiris1 tin kecil kacang pis2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air1 biji bawang besar | cincang halus4 ulas bawang putih | kisar halus2cm halia | kisar halus8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes1 ½ sudu teh serbuk ketumbar1/2 sudu teh serbuk cili1/2 sudu teh serbuk garam masalaGaram secukup rasa2-3 cawan air1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santanSedikit hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan minyak sapi. Tumis buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.Masukkan bawang cincang dan tumis lagi hingga beberapa minit. Tambahkan juga halia dan bawang putih kisar. Masak hingga bawang keperangan.Tambahkan tomato kisar. Masak lagi hingga hampir kering.Seterusnya masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk garam masala. Kacau sebati dan masak menggunakan api kecil.Tambahkan kisaran kacang gajus. Kacau lagi sekali.Masukkan hirisan cendawan. Kacau dan biarkan seketika sebelum dimasukkan kacang pis.Masukkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.Akhir sekali, masukkan krim dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan biarkan mereneh selama 5 minit.Sedia untuk dinikmati.Info chef: Sajian vegetarian yang sangat sesuai dinikmati bersama nasi, capati atau roti nan.
 
10. UDANG MASAK DAUN KARI DAN KERISIK KELAPA

BAHAN PERAPAN:
500gm udang1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh garamBAHAN-BAHAN:
3 sudu makan mentega atau marjerin6 biji cili padi | hiris halus1 biji cili merah | cincang halus2cm halia | hiris4 tangkai daun kari1/2 cawan kelapa kering1/2 sudu teh lada sulah1 sudu teh gulaGaram secukup rasa1/3 cawan susu cairMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit.Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Elakkan goreng udang terlalu lama bagi mengelakkan isinya liat dan kering.Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan tumis halia, hirisan cili dan daun kari hingga wangi.Kemudian masukkan kelapa kering. Gaul dan masak guna api sederhan hingga naik bau.Tambahkan udang yang digoreng tadi bersama serbuk lada sulah. Gaul hingga sebati dan tambahkan garam secukup rasa.Seterusnya masukkan susu cair. Gaul udang supaya bersalut sepenuhnya dan tambahkan gula. Gaul lagi hingga rata.Angkat dan sedia untuk dinikmati.The post 10 Resipi ‘Indian Food’ Sedap & Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/11/10-resipi-indian-food-sedap-mudah-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Omapodi Snek Homemade Sedap Boleh Buat Sempena Deepavali

Resipi Omapodi Snek Homemade Sedap Boleh Buat Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 371 hits
Jom buat snek Omapodi sempena sambutan Deepavali Tentunya perayaan lebih meriah dengan adanya pelbagai sajian enak yang menjadi tradisi turun temurun Walaupun tidak dapat disambut secara besar besaran seperti sebelumnya disebabkan pandemik ...
Sedap Mudah 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je

Sedap Mudah 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 500 hits
Tercari cari resipi yang mudah dan ringkas Maklumlah nak pancing selera makan kadang kala agak sukar Yang tukang masak pun sama Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak anak Jika kesuntukan masa lagilah p...
Sedap Mudah Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali

Sedap Mudah Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 410 hits
Bila tibanya perayaan seperti Deepavali pasti ramai yang tercari cari resipi muruku yang sedap Maklumlah ia merupakan antara kudapan ringan yang dicari ramai di musim perayaan Rasanya yang rangup pedas dan berempah memang menepati citarasa ...
Resipi Mudah Cottage Pie Yang Sedap Ikut Selera Melayu

Resipi Mudah Cottage Pie Yang Sedap Ikut Selera Melayu

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 557 hits
Cottage Pie menu klasik British yang memang sangat sedap menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan kentang Namun bahan daging boleh digantikan dengan isi ayam Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini cara pembuatannya sangat se...
10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 808 hits
Kali ini aku himpunkan resepi ikan tenggiri untuk di masak Ikan tenggiri sejenis ikan yang sesuai untuk semua sebab isinya pejal tidak gatal dan juga tidak ada tulang kecil yang boleh mengakibatkan tercekik Resepi ikan tenggiri sudah pasti ...
Cara Buat Ketti Urundai Sempena Deepavali Memang Sedap

Cara Buat Ketti Urundai Sempena Deepavali Memang Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 409 hits
Sempena Deepavali yang bakal menjelma kita kongsikan resipi Ketti Urundai atau kuih bebola keras Resipi yang dikongsi Moganavallay Nagarajan ini boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali Jom kita buat ...
Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 375 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Masak Siakap Kengsom Sedap Cuba Resipi Ni Tak Try Lain Dah

Masak Siakap Kengsom Sedap Cuba Resipi Ni Tak Try Lain Dah

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 274 hits
Sedapnya Kengsom Siakap ni Maklumlah sajian Thailand memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia Masam pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan hidangan dari sana cukup popular Salah satu menu yang sedap dan unik yang wajib di...
Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 259 hits
Resipi Anchor s Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja Assalamualaikum semua Sejak kena duduk di rumah ni tekak asyik nak makan je Ye la jarak nak ke dapur dekat sangat Lagipun takde roadblock kan dalam rumah Apa lagi seh...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel