Pru Awal Atau Pemilihan Parti Dahulu Apa Kata Perwakilan Umno


agendaily.com18/3/2022
Perhimpunan Agung UMNO 2021.UMNO kini dalam dilema, sama ada mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) atau pemilihan parti tersebut terlebih dahulu, bagaimanapun mood perwakilan nampaknya cenderung untuk menyokong sekiranya PRU-15 lebih awal.

Sebelum ini, pemilihan parti itu ditangguhkan atas alasan penularan Covid-19 dan bimbang sekiranya ahli-ahli UMNO terdedah dijangkiti virus tersebut, namun dalam tempoh sama juga tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan walaupun ketika itu negara masih berdepan krisis kesihatan.

Beberapa pemimpin UMNO semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung keperluan untuk mengadakan PRU-15 dengan segera, terdapat yang senada dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ada juga yang tidak bersetuju sekiranya ia disegerakan.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebarang keputusan sama ada mengadakan PRU atau pemilihan parti, ia perlu mengambil kira keuntungan yang akan memihak kepada parti.

“Selalunya penilaian dibuat berdasarkan apa yang memberi keuntungan kepada parti. Kalau dikatakan tempoh pilihan raya dengan tempoh pemilihan parti berada saling bersaingan, perlu didahulukan pilihan raya. Biar seiring atau keseiringan parti dan kerajaan kerana kali ini diperintah Perdana Menteri orang UMNO.

“Beliau (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) membawa perjalanan yang bermula bagaimana parti kita dari 2018 menjadi pembangkang dan takdirnya kita masuk sebagai sebahagian kerajaan. Kalau Menteri UMNO buat kerja dengan elok, menjadi penyelesaian kepada rakyat, nama baiknya adalah Perdana Menteri yang datang daripada UMNO,” katanya dipetik laporan media.

Namun, Reezal Merican berkata keputusan membubar Parlimen perlu mengikut proses yang sepatutnya, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, seperti kuasa yang diperuntukkan kepada baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata langkah untuk membubarkan Parlimen tidak boleh membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Jangan membelakangkan hak membubar Parlimen yang berada dalam tangan Yang di-Pertuan Agong. Pada masa sama, apa saja keputusan baginda datang bersama nasihat Perdana Menteri. Jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.

“Kita bertindak berlebihan dan terlanjur untuk memastikan sesuatu, kita sendiri tidak tahu kedudukan masing-masing, parti, Perdana Menteri serta kuasa menentukan PRU di tangan Tuanku,” katanya.

Senada dengan Hishammuddin, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berpendapat UMNO tidak boleh membuat keputusan secara bersendiri mengenai PRU-15 kerana berada dalam kerajaan yang mempunyai gabungan dengan parti lain.

“Apa yang penting, soal pembubaran Parlimen ini adalah satu daripada tiga perkara yang menjadi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong. Jadi, apa juga yang mahu dibincangkan tidak boleh mendahului kuasa baginda. Ada sesetengah orang tidak faham, ingat semuanya kuasa Perdana Menteri.

“Soal pembubaran Parlimen perlu dibincang secara tertib dan saya nampak, Presiden cukup cermat dalam ucapannya tadi, yang mengatakan perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukannya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahmad Zahid kerana merintis jalan ‘penyatuan’ di antara pemimpin dalam parti dan kerajaan.

“Perkara penting yang disentuh dalam ucapannya adalah usaha untuk menyatukan dan membawa suasana harmoni dalam parti, sebab sebelum ini wujud persepsi kononnya ada kabilah itu dan kabilah ini.

“Kekuatan UMNO selalunya datang apabila kita bersatu dan kita menjadi ketumbukan politik yang hebat. Ini satu ucapan yang mempromosikan semangat keharmonian dalam parti, antara pemimpin parti dan pemimpin UMNO dalam kerajaan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/pru-awal-atau-pemilihan-parti-dahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

Apa Guna Berani Mendesak Pru Disegerakan Jika Umno Sendiri Takut Menyegerakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 196 hits
Sama ada PRU15 akan diadakan lebih awal atau dilangsungkan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen pada Jun 2023 segala galanya terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menentukannya Walau dilaporkan akan ada desakan berterusan t...
Tiada Bincang Pru Awal Dalam Mt Umno Kata Ismail Sabri

Tiada Bincang Pru Awal Dalam Mt Umno Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com18 3 2022Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Fokus Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung malam tadi tertumpu kepada isu berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung esok kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana M...
Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 156 hits
malaysiatoday com March 18 2022 11 30 AMPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan mengadakan PRU15 awal selepas tamat tempoh Perjanjian Persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada Julai kata penganalisis PETALING JAYA Perda...
Pemilihan Parti Patutnya Umno Lebih Jantan Daripada Parti Lain

Pemilihan Parti Patutnya Umno Lebih Jantan Daripada Parti Lain

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 166 hits
By March 23 2022MOHAMAD Hasan melambaikan tangan kepada perwakilan ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Pergerakan Sayap Wanita Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia...
Pru 15 Perlu Diadakan Sebelum Pemilihan Umno

Pru 15 Perlu Diadakan Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 145 hits
SHAH ALAM Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan sebelum berlangsungnya pemilihan parti kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Beliau berkata pemilihan parti perlu diadakan selewat lewatnya hujung tahun 2022 be...
Umno Sebenarnya Sejak 2018 Gagal Adakan Pemilihan Parti

Umno Sebenarnya Sejak 2018 Gagal Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 198 hits
JAMZURI ARDANITok Mat kata pemilihan Umno hanya akan dibuat 6 bulan selepas PRU15 Ok itu game politik dalaman Umno saya tak nak campur Lepas tu Tok Mat kata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan pe...
Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 212 hits
agendaily com20 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirainya hari ini dengan mengisytiharkan semua parti lawan adalah musuh mereka lebih malang lagi PAS yang dahulunya dianggap sahabat kini pun dianggap ...
Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

Apa Tujuan Presiden Umno Berterusan Desak Pru Awal Lagi

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 164 hits
agendaily com23 3 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2021 baru baru ini nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak berhenti mener...
Pru 15 Awal Kerjasama Dengan Pas Tumpuan Perhimpunan Agung Umno Esok

Pru 15 Awal Kerjasama Dengan Pas Tumpuan Perhimpunan Agung Umno Esok

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 180 hits
agendaily com15 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan bermula esok Prestasi yang dilakar UMNO dan Barisan Nasional serta hala tuju Muafakat Nasional yang dirintis bersama PAS dijangka akan menjadi antara isu yang diangkat perwakil...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Id Test Mega888 How To Play For Free And Improve Your Winning Strategies

Pengertian Puasa Ramadhan Dan Penjelasannya

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Mengapa Dehumidifier Penting Untuk Kualitas Udara Dan Penghematan Energi Di Pabrik