Pru 15 Umno Pahang Sasar Menang 35 Kerusi Dewan Undangan Negeri


KUANTAN - UMNO Pahang sudah bersiap sedia dan yakin dengan keupayaan jentera di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, persiapan telah dilakukan seiring dengan hasrat Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk mempertahankan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada PRU14.
Menurutnya, UMNO/BN negeri juga menyasarkan untuk merebut kembali 10 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang seperti yang digariskan melalui petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.
"Dalam aspek keupayaan jentera ini, persiapan dibuat sesuai dengan garis panduan yang diwujudkan di semua peringkat termasuk di Pusat Daerah Mengundi (PDM), cawangan, bahagian dan negeri serta ketetapan UMNO pusat.
"Sebagai Pengerusi BN dan Ketua UMNO Negeri, Wan Rosdy telah turun padang bertemu dengan jentera akar umbi untuk melihat sendiri persiapan dan keupayaannya.
"Pertemuan beliau turut diaturkan bersama kepimpinan UMNO cawangan dan bahagian," katanya dalam program bual bicara Fikrah Siasah 'Kita Gempur' Bersama Ketua Penerangan UMNO Negeri yang disiarkan secara 'live' melalui Facebook Fikrah Pahang pada Rabu.
Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, semua bahagian telah dijelajahi Wan Rosdy dan melalui siri pertemuan itu, beliau telah mengenal pasti secara terperinci isu-isu di semua peringkat untuk diselesaikan dengan cara terbaik.
"Pada masa sama,beliau turut melihat keupayaan parti dalam aspek logistik yang perlu dimantapkan dan diperkuatkan untuk menghadapi PRU15 bagi memastikan kemenangan UMNO/BN," katanya.
Menurutnya, untuk menang selesa pada PRU15, pemimpin dan ahli parti perlu faham pentingnya memenangi hati rakyat.
"Kita kena faham, matlamat utama UMNO/BN menang bukan semata-mata untuk melihat parti berkuasa tetapi paling penting adalah memperjuangkan suara rakyat.
"Untuk memenangi hati rakyat semua pihak dalam parti perlu menolak kepentingan peribadi, elakkan pergeseran dalaman, jangan wujudkan jurang dan sentiasa bersatu dengan satu tekad berjuang demi agama, bangsa dan negara," katanya.
Jelas beliau, teguran itu tidak bermakna wujud masalah dalaman dalam UMNO/BN Pahang sebaliknya sebagai peringatan sebelum perkara itu berlaku.
"Jika perkara ini berlaku, ia boleh menjejaskan fokus parti dalam menghadapi PRU15 nanti.
"Sebab itu kita kena elakkan mendengar dan percaya kepada khabar-khabar angin sebaliknya rujuk kepada pihak yang sepatutnya untuk mendapatkan maklumat lebih tepat," katanya.
Beliau berkata, setakat ini kebanyakan permasalahan dibangkitkan pimpinan cawangan dan bahagian lebih kepada isu rakyat untuk tindakan penyelesaian bukan isu dalaman parti.
"Kita lihat perkara ini satu yang positif kerana situasi ini membuktikan pemimpin akar umbi prihatin dengan nasib rakyat.
"Ia juga satu gambaran jelas kepercayaan rakyat kepada parti yang dilihat mampu membela nasib mereka," jelasnya lagi.
Sementara itu, Syed Ibrahim juga yakin dengan kepimpinan Wan Rosdy dalam menerajui kerajaan negeri yang jelas mengutamakan rakyat tanpa ada pilih kasih.
"Walaupun kerajaan negeri di bawah UMNO, beliau adil kepada semua rakyat sama ada mereka penyokong kerajaan atau pembangkang.
"Perkara ini jelas dilihat dalam penyaluran inisiatif dan bantuan yang diberikan terus kepada penerima layak tanpa mengira parti,"ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/09/pru-15-umno-pahang-sasar-menang-35.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 140 hits
Walaupun UMNO kelihatan bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke 15 namun ahli politik veteran Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan parti itu tidak akan menang lebih daripada 50 kerusi Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata seba...
Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 196 hits
CAMERON HIGHLANDS Kerusi Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sehingga parti komponen BN itu menyerahkannya kepada Umno pada Pilihan Raya Kecil 2019 PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan ca...
Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

Hubungan Pas Umno Semakin Genting 3 Negeri Pas Tidak Akan Bubar Jika Pru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 205 hits
BORHAN AHMADHubungan antara Pas dengan Umno semakin genting apabila menolak cadangan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini dengan mengarahkan tiga negeri di bawahnya tidak membubarkan Dewan Negeri masing masing Timbalan Pre...
Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 173 hits
Mesyuarat MT UMNO dua hari lalu secara umumnya hanyalah bertujuan untuk memuktamadkan desakan kepada Perdana Menteri bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini Mesyuarat itu seterusnya disusuli dengan kejayaan menetapkan agar Ismail Sabri Y...
Pru15 Pas Sasar 30 Kerusi Termasuk 5 Tembung Bersatu Sumber

Pru15 Pas Sasar 30 Kerusi Termasuk 5 Tembung Bersatu Sumber

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 189 hits
malaysiakini comPAS sudah mengenal pasti sekurang kurangnya 30 kerusi parlimen yang diyakini berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang bersama Perikatan Nasional Menurut sumber parti itu 30 kerusi berkenaan dika...
Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 234 hits
PENETAPAN TARIKH PRU 15 KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susu...
Ku Li Bidas Keputusan Umno Mahu Pru 15 Semasa Banjir Ikut Nafsu Semata Mata

Ku Li Bidas Keputusan Umno Mahu Pru 15 Semasa Banjir Ikut Nafsu Semata Mata

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 191 hits
agendaily com1 10 2022Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan UMNO mahu juga mengadakan pilihan raya umum ke 15 semasa musim banjir sebagai mengikut nafsu pol...
Tiada Kerjasama Dengan Umno Ph Tanding Semua Kerusi

Tiada Kerjasama Dengan Umno Ph Tanding Semua Kerusi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 356 hits
malaysiakini comPakatan Harapan Kelantan menyatakan kesediaannya untuk bertanding di semua kerusi dewan undangan negeri dan Parlimen di negeri itu pada PRU ke 15 Pengerusinya Muhammad Husain berkata ia selaras dengan keputusan PH nasional y...
Jangan Ikut Mahathir Dia Selalu Bawa Umno Menang 2 3 Majoriti

Jangan Ikut Mahathir Dia Selalu Bawa Umno Menang 2 3 Majoriti

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 170 hits
Masuk mahkamah pun Zahid takut macam macam alasan Banjir Zahid nak redah hilang akal kalau ada yang percaya Kahkahkah Kikikikikikikikiki Lebih baik ikut Najib rakyat banjir dia main golf Ismail boleh ikut najib rakyat banjir buat PRU SELAMA...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar