Pru15 Pas Sasar 30 Kerusi Termasuk 5 Tembung Bersatu Sumber


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 29, 2022 9:00 AM
PAS sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang diyakini berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber parti itu, 30 kerusi berkenaan dikategorikan sebagai "kerusi hijau."

Daripada 30 kerusi itu hampir kesemuanya menyaksikan pertembungan dengan Umno namun lima kerusi bakal menyaksikan perebutan sesama sendiri dengan Bersatu.

"Pusingan pertama rundingan 25 kerusi hampir pasti menjadi milik PAS, namun ada lima kerusi yang menjadi rebutan antara PAS dengan Bersatu.
"Hampir kesemua kerusi yang akan ditandingi PAS akan bertembung dengan Umno," katanya kepada Malaysiakini.

Lima kerusi yang menjadi pertembungan antara PAS dan Bersatu ialah Mersing, Tasek Gelugor, Bagan Serai, Bukit Gantang dan Bandar Tun Razak.

Empat dari lima kerusi ini merupakan kerusi dimenangi wakil BN sebelum melompat menyertai Bersatu.

Berdasarkan maklumat sumber lagi, PAS mensasarkan untuk bertanding dua kerusi yakin menang di Perlis; empat di Kedah; sembilan di Kelantan; lima di Terengganu; dua di Perak; dua di Pahang; dua di Wilayah Persekutuan; dua di Sarawak dan masing-masing satu Pulau Pinang dan Johor.
Sanusi: PAS sasar menang minima 40 kerusi

Hampir keseluruhan kerusi yang diintai PAS itu membabitkan kawasan luar bandar dan majoriti Melayu.

"Bagaimanapun PAS tidak menolak kemungkinan akan bertanding lebih banyak daripada jumlah itu," kata sumber lagi.

Keyakinan untuk menang 30 kerusi sebagaimana dinyatakan sumber PAS ini sedikit berbeza dengan kenyataan pengarah pilihan raya parti itu, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar, bawah).
Kata Sanusi yang juga menteri besar Kedah, parti itu menyasarkan bertanding di 80 kerusi parlimen pada PRU15 dengan "sasaran PAS menang paling minima 40 kerusi parlimen."

"Jika ada 40 kerusi di parlimen, tidak ada mana-mana parti dapat bentuk kerajaan persekutuan tanpa PAS," jelasnya pada 4 Sept lalu.

Semalam, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengesahkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN masih belum selesai.

Katanya, ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat nanti.

Pada PRU14 lalu, PAS bersama gabungan Gagasan Sejahteranya menang 18 kerusi dari 160 kerusi yang ditandinginya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/pru15-pas-sasar-30-kerusi-termasuk-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Umno Pas Bersatu Dan Pejuang Bertembung Di Dalam Pru15 Untuk Mengukur Kekuatan Islam

Biar Umno Pas Bersatu Dan Pejuang Bertembung Di Dalam Pru15 Untuk Mengukur Kekuatan Islam

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 102 hits
Umno PAS Bersatu dan Pejuang perlu lawan 5 penjuru di dalam PRU15 supaya kita boleh ukur sejauh mana Melayu betul betul menyokong Islam
27 Kerusi Kritikal Jadikan Pas Umno Dan Bersatu Meroyan

27 Kerusi Kritikal Jadikan Pas Umno Dan Bersatu Meroyan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 202 hits
ULASANGARA GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu agama Umno Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini Ketiga tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi d...
Pru15 Bersatu Tak Akan Tarik Hand Brake Jika Tembung Bn

Pru15 Bersatu Tak Akan Tarik Hand Brake Jika Tembung Bn

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 85 hits
freemalaysiatoday com September 22 2022 7 22 PMWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Bersatu bersedia dari semua sudut termasuk bertembung dengan BN PH GTA dan Warisan pada PRU15 KUALA LUMPUR Bersatu tidak akan berundur jika terpaksa be...
Hubungan Pas Bersatu Selangor Dingin Tak Puas Hati Pembahagian Ketua Pn Bahagian

Hubungan Pas Bersatu Selangor Dingin Tak Puas Hati Pembahagian Ketua Pn Bahagian

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 183 hits
Hubungan PAS dan Bersatu di Selangor didakwa semakin dingin apabila timbul ketidakpuasan hati antara pimpinan parti komponen Perikatan Nasional itu berhubung pembahagian jawatan peringkat bahagian Sumber parti dalam gabungan PN Selangor ber...
Cinta Pas Umno Kembali Bertaut Bersatu

Cinta Pas Umno Kembali Bertaut Bersatu

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 191 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi bayangan bahawa PAS akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional tidak lama lagi Sumber yang dihubungi Malaysiakini memaklumkan itu adalah antara isi taklimat yang disamp...
Keh Keh Keh Apa Punya Pas Punya Tak Malu Kasihan Takiyuddin Dia Lupa Musuh Umno Bukan Saja Ph Tapi Juga Bersatu

Keh Keh Keh Apa Punya Pas Punya Tak Malu Kasihan Takiyuddin Dia Lupa Musuh Umno Bukan Saja Ph Tapi Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 128 hits
Seperti seorang yang amat takut kehilangan jawatan serta kemewahan dunia Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan tampil mengingatkan UMNO bahawa musuh bersama mereka ialah PH Selain itu kata beliau juga musuh Pas bukanlah BN Beliau seterusnya...
Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 141 hits
Kalau dua kumpulan umat Islam bertelagah maka kamu damaikan mereka Pas ada pelan kedua dengan Umno Bersatu pula yakin Pas pilih PNDANIAL HAKIMTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak sesekali undur untu...
Bersatu Dan Pas Diserang Pernahkah Ismail Sabri Mempertahan Mereka

Bersatu Dan Pas Diserang Pernahkah Ismail Sabri Mempertahan Mereka

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 167 hits
PAS terutamanya jangan terus tertipu dan jangan masih mengharap kerjasama dengan UMNO sedangkan UMNO melalui zahid dan tokmat berulangkali secra terang menolak untuk bekerjasama BERHATI HATI LAH JUGA JIKA TIBA TIBA UMNO MELALUI ZAHID BERSET...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3

Glamping With The Stars