Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi



(Warta Rakyat) – Walaupun UMNO kelihatan bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun ahli politik veteran, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan parti itu tidak akan menang lebih daripada 50 kerusi.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, sebagai orang lama dalam politik, beliau berpendapat UMNO ibarat sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki.
Tambah beliau, faktor lain seperti masalah dalaman parti dan kes mahkamah melibatkan pemimpinnya membuatkan UMNO tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam PRU-15.
“Dengan masalah dalaman, perpecahan dan rahsia bagaimana pemimpinnya menipu rakyat yang didedahkan secara undang-undang dan dalam mahkamah, orang dah muak.
“Pada perhitungan saya, selepas mendengar pandangan daripada sahabat, bacaan-bacaan… ‘mindset’ orang kampung berubah. Bila ada media sekarang menghuraikan bagaimana kelakuan, perangai, watak pemimpin UMNO, saya rasa kali ini mereka (rakyat) akan berhijrah.
“Dulu berhijrah daripada UMNO kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), sekarang daripada kerajaan UMNO kepada kerajaan Bersatu,” katanya, lapor Astro Awani.
Dalam pada itu, mengulas kerjasama Bersatu dan parti lain, Abdul Rahim berkata kerjasama politik seharusnya dimeterai sebelum pilihan raya namun dakwanya, parti yang berbincang dengan Bersatu hanya ‘sibuk’ dengan jawatan.
Tegasnya, perbincangan yang hanya berkisar kepada jawatan itu membuatkan kerjasama yang ingin dijalinkan sebelum pilihan raya gagal.
Begitupun, beliau tetap optimis Bersatu mampu mencatat keputusan yang baik dalam PRU-15.
“Saya yakin kalau Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu ‘go alone’ (bergerak sendiri), kita boleh ambil risiko ini sebab kita tidak terhutang sangat kepada suasana yang mengecewakan rakyat,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Rahim turut memberi bayangan beliau akan membuat kemunculan semula pada PRU-15 ini, sekiranya mendapat restu daripada pucuk pimpinan Bersatu, parti yang disertainya sekarang.
“Saya akan bertanding di (Parlimen) Hang Tuah Jaya, mungkin…kalau jadilah,” jawabnya ringkas.
Meskipun sudah beberapa penggal tidak bertanding, beliau tetap yakin dengan peluangnya kerana menurutnya, masih ramai rakyat mengingati jasa beliau terutamanya ketika mentransformasi ekonomi Melaka ketika mentadbir negeri itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/02/pru-15-rahim-thamby-chik-ramal-umno-tidak-akan-menang-lebih-50-kerusi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Umno Pahang Sasar Menang 35 Kerusi Dewan Undangan Negeri

Pru 15 Umno Pahang Sasar Menang 35 Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 211 hits
KUANTAN UMNO Pahang sudah bersiap sedia dan yakin dengan keupayaan jentera di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penerangannya Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata persiapan telah dilakukan seiring dengan ha...
Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 239 hits
CAMERON HIGHLANDS Kerusi Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sehingga parti komponen BN itu menyerahkannya kepada Umno pada Pilihan Raya Kecil 2019 PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan ca...
Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 215 hits
Bajet orang kaya Menteri Kewangan Terbaik Dunia Yang pasti harga barang akan terus memuncak TERKINI Intipati Bajet 2023 Bantuan Keluarga Malaysia 2023 Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2 500 sebulanRM2 500 Lebih 5 Anak RM1 000 RM2 000 ...
Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 240 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata penurunan sokongan orang Melayu terhadap Umno merupakan sebab mengapa parti yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi itu begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya umum awal Pada kempen Ayu...
Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

Pru 15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini Mkt Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 297 hits
PENETAPAN TARIKH PRU 15 KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susu...
Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 208 hits
Mesyuarat MT UMNO dua hari lalu secara umumnya hanyalah bertujuan untuk memuktamadkan desakan kepada Perdana Menteri bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini Mesyuarat itu seterusnya disusuli dengan kejayaan menetapkan agar Ismail Sabri Y...
Umno Nak Pru 15 Bukan Nak Bela Rakyat Tapi Nak Tukar Keputusan Mahkamah Anwar

Umno Nak Pru 15 Bukan Nak Bela Rakyat Tapi Nak Tukar Keputusan Mahkamah Anwar

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 250 hits
agendaily com04 10 2022Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Tindakan tergesa gesa UMNO mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke 15 bukan disebabkan mah...
Umno Mahu Pru Segera Sebab Gagal Kawal Ringgit

Umno Mahu Pru Segera Sebab Gagal Kawal Ringgit

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 256 hits
Umno mahu PRU segera sebab gagal kawal ringgit Posted By on October 05 2022Kejatuhan nilai matawang ringgit yang seolah olah di luar kawalan Kerajaan Umno BN mungkin salah satu penyebab parti itu ingin mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sea...
Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

Agong Yang Tentukan Pru 15 Bukan Umno

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 202 hits
Agong yang tentukan PRU 15 bukan UmnoPosted By on October 04 2022Pemimpin tertinggi Umno secara tidak bertanggungjawab membayangkan mereka mempunyai kuasa memutuskan bilakah Pilihan Raya Umum ke 15 wajib diadakan Ahli Parlimen Pasir Gudang ...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Ets Diselenggara Secara Berkala

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because