Tiada Kerjasama Dengan Umno Ph Tanding Semua Kerusi


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Oct 5, 2022 9:30 AM
Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyatakan kesediaannya untuk bertanding di semua kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu pada PRU ke-15

Pengerusinya Muhammad Husain berkata ia selaras dengan keputusan PH nasional yang sekali gus mengarahkan jentera gabungan politik itu bersiap sedia ke arah perancangan tersebut.

"Ini termasuklah kesediaan PH Kelantan untuk berdepan dengan BN dan PN serentak," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu, semalam.

Muhammad yang juga pengerusi Amanah Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan wujudnya usaha yang cuba menggerakkan kerjasama tertentu antara PH dan Umno negeri untuk menumpaskan pemerintahan PAS.

Menegaskan perkara itu Muhammad berkata, sama ada PH atau Amanah memang sekali tidak ada menjalin sebarang kerjasama mahupun persefahaman rasmi terutama dengan Umno untuk berpakat menentang PAS di Kelantan.

"Justeru sebarang tindakan daripada mana-mana ahli, individu atau pimpinan PH yang bersama dengan Umno kononnya untuk berpakat melawan PAS, itu adalah berlawanan dengan dasar yang ditetapkan pucuk pimpinan PH.

"Sebarang kerjasama politik dengan mana-mana pihak hanya boleh dibuat jika mendapat persetujuan dari pihak pusat," katanya.

Tambah bekas Adun Gaal itu, adalah tidak logik untuk PH atau Amanah bekerjasama dengan Umno Kelantan yang secara jelas juga sudah mengumumkan akan bertanding di semua kerusi.

"Umno Kelantan telah mengeluarkan kenyataan untuk bertanding atas tiket BN di semua 45 kerusi Dun dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

"PAS Kelantan pula sudah tentu akan bertanding di majoriti kerusi DUN dan parlimen dalam negeri ini, serta saki-bakinya akan diagih kepada Bersatu, sekutu mereka dalam PN," katanya.

Muhammad berkata melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, PH Kelantan yakin boleh meraih kemenangan dalam PRU ke-15, seterusnya membawa nafas perubahan baru kepada pentadbiran kerajaan negeri yang lebih cakna pada kebajikan rakyat dan pemerkasaan ekonomi di Kelantan ini.

"Sokongan dari semua rakyat Kelantan, termasuk daripada penyokong PAS atau PN dan BN kepada PH Kelantan demi menjayakan harapan baru untuk negeri ini diperlukan pada PRU ke-15 akan datang," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/tiada-kerjasama-dengan-umno-ph-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Semua Mungkin Tempat Tertentu Pas Berunding Kerusi Dengan Umno

Kalau Tak Semua Mungkin Tempat Tertentu Pas Berunding Kerusi Dengan Umno

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 151 hits
agendaily com03 10 2022UMNO dan PAS akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan rundingan kerusi PAS masih mengharapkan jika tidak semua kerusi dapat dirundingi dengan UMNO mungkin sebilangan kerusi tertentu masih dapat dibincangkan pemba...
Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

Kerjasama Pas Umno Terputus Pertembungan Di 27 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 185 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 11 2022 10 36 AMPAS gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang menurut Naib Presiden Umno Khaled Nordin Justeru bekas menteri besar Johor itu menjangkakan...
Agong Kecewa Rakyat Mesti Humban Semua Kluster Mahkamah Umno

Agong Kecewa Rakyat Mesti Humban Semua Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 192 hits
Selepas kejatuhan BN dalam pentadbiran negara kerajaan diserang bertubi tubi dari pelbagai speculative retorik politik bangsa agama Pentadbiran dikritik tidak utamakan melayu dimomok sebagai pentadbiran yang akan menjahanamkan agama islam d...
27 Kerusi Kritikal Jadikan Pas Umno Dan Bersatu Meroyan

27 Kerusi Kritikal Jadikan Pas Umno Dan Bersatu Meroyan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 254 hits
ULASANGARA GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu agama Umno Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini Ketiga tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi d...
Anwar Tanding Di Kerusi Pengkhianat Ini Baru Pahlawan Namanya

Anwar Tanding Di Kerusi Pengkhianat Ini Baru Pahlawan Namanya

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 159 hits
Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pendiriannya untuk bertanding di kerusi pengkhianat pada PRU15 akan datang Ini sekaligus menunjukkan beliau sendiri berjiwa besar membuktikan kata katanya minggu lalu bah...
Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 143 hits
Walaupun UMNO kelihatan bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke 15 namun ahli politik veteran Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan parti itu tidak akan menang lebih daripada 50 kerusi Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata seba...
Pru 15 Umno Pahang Sasar Menang 35 Kerusi Dewan Undangan Negeri

Pru 15 Umno Pahang Sasar Menang 35 Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 183 hits
KUANTAN UMNO Pahang sudah bersiap sedia dan yakin dengan keupayaan jentera di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penerangannya Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata persiapan telah dilakukan seiring dengan ha...
Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

Pru 15 Mic Tuntut Umno Serah Semula Kerusi Parlimen Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 201 hits
CAMERON HIGHLANDS Kerusi Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sehingga parti komponen BN itu menyerahkannya kepada Umno pada Pilihan Raya Kecil 2019 PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan ca...
Pn Pertahan Semua Kerusi Jentera Gerak Atas Nama Gabungan

Pn Pertahan Semua Kerusi Jentera Gerak Atas Nama Gabungan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 160 hits
Anne MuhammadKUALA LUMPUR Perikatan Nasional akan mempertahankan semua kerusi yang disandangnya dan bertanding di kerusi berpotensi tinggi untuk dimenangi pada pilihan raya umum ke 15 Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata kepu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza