Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi



Calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail pada awalnya menolak ketika dilamar Bersatu untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
(Harian Metro) – Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, ketika memaklumkan perkara itu berkata, penolakan sebagai calon itu berlaku di kediamannya di Kuala Lumpur ketika perbincangan dibuat dengan alasan Mohd Rizwadi tidak mahu meninggalkan Pas.
“Sekarang ini macam-macam orang menuduh calon PN, Ustaz Wadi ‘gelenyar’ (gatal) mahu menjadi calon dan tidak setia kepada parti Pas.
“Di sini saya nak menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Penamat untuk menentukan calon berlaku di rumah saya di Kuala Lumpur.
“Bila kami panggil Ustaz Wadi dan menyatakan hasrat beliau dilamar untuk menjadi calon oleh Bersatu, dia menggeletar dan memaklumkan tidak mahu menjadi calon kerana enggan meninggalkan parti Pas.
“Situasi (lamaran) itu adalah pelik dan tidak pernah berlaku memandangkan Ustaz Wadi memegang jawatan dalam Pas, namun dilamar oleh Bersatu untuk menjadi calon PRK,” katanya menerusi Ceramah Umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto, malam tadi.
Annuar berkata, bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kemudiannya menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan selain meminta parti merujuk kepada Mursyidul Am Pas mengenai tentang kedudukannya.
“Apabila merujuk kepada pimpinan termasuk Mursyidul Am, parti merestui Ustaz Wadi menyertai Bersatu dan menjadi calon pada PRK DUN Nenggiri.
“Untuk menjadi calon bukan Ustaz Wadi atau Pas yang meminta sebaliknya Bersatu sendiri melamar memandangkan ciri-ciri calon yang dikehendaki terdapat pada beliau.
“Malah, nama Ustaz Wadi juga tiada dalam senarai asal cadangan calon, namun disebabkan kita mahu mencari calon wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah dengan menepati ciri tertentu, Mohd Rizwadi adalah orangnya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengakui Pas tidak pernah meminta untuk bertanding sebaliknya Bersatu yang melamar Mohd Rizwadi yang ketika itu ahli Pas.
Katanya, tidak timbul isu calon Pas atau Bersatu sebaliknya Mohd Rizwadi mewakili PN dan beliau seorang yang layak diangkat sebagai calon.
The post PRK Nenggiri: Bukan ‘gelenyar’ nak jadi calon, Bersatu sendiri yang lamar Ustaz Wadi appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/05/prk-nenggiri-bukan-gelenyar-nak-jadi-calon-bersatu-sendiri-yang-lamar-ustaz-wadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 201 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 332 hits
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional pada PRK itu nanti UMNO Kelan...
Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 307 hits
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional dan PAS pada 17 Ogos ini BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon me...
Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 248 hits
bharian com myOleh Ogos 3 2024 6 23pmBekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang Che Ariffin Hussin menyerahkan borang keahlian 480 bekas ahli BERSATU DUN Nenggiri kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub di Kampung ...
Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 409 hits
Oleh Adam MalikBersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN Ini lah yang diperkatakan banyak pihak termasuk penyokong PAS 1Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS semalam Takiyu...
Hiburan Kahwin Lambat Lagi Tiada Calon Khairul Aming Mengaku Masih Single Nak Fokus Cari Duit Dulu

Hiburan Kahwin Lambat Lagi Tiada Calon Khairul Aming Mengaku Masih Single Nak Fokus Cari Duit Dulu

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 224 hits
Apabila disoal tentang perkahwinan pempengaruh dan usahawan hebat Khairul Aming berkata dirinya kini mahu fokus mencari duit dahulu dan mengakui masa single Melalui TikTok Akmal Hidup Amoi pempengaruh tersebut dengan nada yang ceria berkata...
Pn Kena Pikul Ustaz Wadi

Pn Kena Pikul Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 211 hits
Ia mungkin disalah congak oleh Perikatan Nasional sebagai sesuatu semudah ABC Seperti kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor PAS itu Bersatu Bersatu itu PAS kedua duanya dalam satu gabungan Sebaliknya ia kini menyusahkan gabungan i...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx