Prk Dun Nenggiri Pertandingan Satu Lawan Satu Calon Bn Pas



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS pada 17 Ogos ini.
(Berita Harian) – BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pencabarnya daripada PAS yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizwadi Ismail.
Kedua-dua mereka diumum sebagai calon layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, selepas selesai proses penamaan calon pada 10 pagi tadi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini.
Nik Raisnan mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail jam 9.02 jam, sebelum disusuli calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani jam 9.08 pagi.
Mohd Azmawi Fikri, 38, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan manakala Mohd Rizwadi, 41, adalah bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nik Raisnan berkata, tiada kertas penamaan calon yang ditolak oleh pihaknya.
Terdahulu Mohd Rizwadi bergerak masuk ke pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi, manakala Mohd Azmawi Fikri tiba jam 9 pagi.
Ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding setia menunggu di luar pagar.
PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 16 Ogos ini.
Menurut SPR, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK DUN Nenggiri yang membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.
Ini adalah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai (Johor); DUN Pelangai (Pahang); DUN Jepak (Sarawak); Parlimen Kemaman (Terengganu), DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).
The post PRK DUN Nenggiri: Pertandingan satu lawan satu calon BN, PAS appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/03/prk-dun-nenggiri-pertandingan-satu-lawan-satu-calon-bn-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Umno Tak Gentar Lawan Calon Matang Bersatu

Prk Nenggiri Umno Tak Gentar Lawan Calon Matang Bersatu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 345 hits
freemalaysiatoday com22 Jul 2024Mohd Syahbuddin Hashim berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai kelebihan sendiri di sebalik usianya yang masih muda Minggu lalu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumum sebagai calon BN pada PRK ...
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 291 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 537 hits
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional pada PRK itu nanti UMNO Kelan...
Kenapa Pas Tak Arah Dan Letak Calon Lawan Dap

Kenapa Pas Tak Arah Dan Letak Calon Lawan Dap

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 267 hits
Dakwaan PH dikawal DAP Gimik takutkan Rakyat Muhyiddin DAP bakal Memerintah Negara dan Jadi PM itu tidak akan berlaku TGHA mm
Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 872 hits
Oleh Adam MalikBersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN Ini lah yang diperkatakan banyak pihak termasuk penyokong PAS 1Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS semalam Takiyu...
Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 443 hits
Calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail pada awalnya menolak ketika dilamar Bersatu untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa ketika mema...
Diceramah Prk Dun Nenggiri Seorang Lobai Berstatus Mb

Diceramah Prk Dun Nenggiri Seorang Lobai Berstatus Mb

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 285 hits
Diceramah PRK Dun Nenggiri Seorang LOBAI berstatus MB Pantun dua kerat dia bagi Ada cacing dalam kopi Undi dacing dapat DAP Anggok2 kepala Walauns Walaunti Dilaungkan takbir penuh emosi Netizen mendengar ketawa memperli Stereotype LOBAI nak...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0