Pn Kena Pikul Ustaz Wadi


 

Ia mungkin disalah congak oleh Perikatan Nasional (PN) sebagai sesuatu semudah ABC. Seperti kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor, PAS itu Bersatu, Bersatu itu PAS, kedua-duanya dalam satu gabungan.
Sebaliknya, ia kini menyusahkan gabungan itu untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa keanggotaan Mohd Rizwadi Ismail atau Ustaz Wadi – baik daripada PAS sebelumnya atau Bersatu kini – sebagai calon PN yang menggunakan logo bulan dalam PRK Nenggiri hendaklah diterima ramai.
Mungkin benar jika dilihat dari pihak atasan, namun tidak sama dipandang oleh peringkat bawahan. Persoalan mereka ialah jika kerusi Nenggiri diniatkan kepada Bersatu, maka pilih saja calon dari kalangan ahli parti itu. Tak mungkin tiada seorang pun dari kelompok Bersatu Gua Musang yang layak ditampilkan.
Sebarang keputusan berbeza tentunya akan mengundang persoalan dan tafsiran berbeza-beza juga seperti yang berlaku sekarang – tidak sekadar menyusahkan untuk ia diperjelaskan, malah mungkin memberi modal percuma kepada lawan.
Berlatarbelakangkan fakta bahawa Mohd Azizi Abu Naim, calon Bersatu yang menang bertanding atas simbol bulan pada PRN 2023 dan kemudian mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan hilang kerusinya kerana didakwa mengkhianati parti, pengundi Nenggiri tidak harus dipersalahkan jika mereka mempersoalkan keadaan yang membawa kepada pencalonan Ustaz Wadi kali ini.
Elok juga disorot rentetan yang berlaku dari mula apabila Ketua Pemuda PAS kawasan Gua Musang Mohd Habidin Hanipa awal bulan lalu mencadangkan agar calon PAS diberi peluang bertanding dalam PRK Nenggiri berdasarkan kekuatan parti itu di kawasan berkenaan. Juga wujud alasan kebimbangan pengundi terhadap kemungkinan episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.
Ini bagaimanapun disusuli pengumuman Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud mengenai pemilihan Rizwadi, 41, bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang yang menyertai Bersatu hanya dua hari sebelum diumumkan sebagai calon pada 29 Julai yang rata-rata dilihat sebagai langkah terdesak.

Selepas mengambil semangat kerusi Nenggiri milik Bersatu, beliau diizinkan menyertai Bersatu. Oleh kerana kerusi ini kerusi Bersatu, maka yang jadi calon kena dari Bersatu, kata Nassuruddin sambil menambah keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin PAS dan Bersatu.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi kemudian mendakwa PAS ‘menunggang’ Bersatu apabila bekas pemimpinnya yang baharu menyertai parti itu diangkat sebagai calon PN. Menyangkal kenyataan itu, Ketua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata PAS dan Bersatu dah macam adik-beradik dan keluarga, jadi tiada siapa tunggang siapa.
Dalam mengapi-apikan isu itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman menyifatkan Bersatu ketandusan calon untuk diketengahkan hingga terpaksa mengalah kepada PAS di samping mengandaikan BN kini memiliki kelebihan jelas dengan calon lebih ternama pada Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. Penamaan calon pada Sabtu mengesahkan PRK Nenggiri pada 17 Ogos akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu di antara Azmawi dan Rizwadi.
Mengeyakan pendapat itu, bekas timbalan ketua Bersatu Gua Musang Che Ariffin Hussin – salah seorang daripada lima calon ditapis Bersatu sebelum ini dan harus kecewa tidak terpilih — membidas pimpinan parti Muhyiddin Yassin itu kerana ‘mengimport ahli PAS’ sedangkan Bersatu Gua Musang didakwanya mempunyai ramai calon berpotensi.
Che Ariffin Hussin yang bersama 480 ahli Bersatu keluar parti untuk menyertai Umno selepas penamaan calon kelmarin, mempertikaikan langkah terdesak ‘mengimport’ Rizwadi pada saat-saat akhir umpama menyerahkan Nenggiri kepada PAS seperti dituntut Pemuda PAS kawasan berkenaan

Kita (Bersatu) ada 1,000 pemimpin dan ahli yang boleh dipilih tetapi kenapa ambil orang PAS sehingga dia sanggup keluar parti dan masuk Bersatu? Tindakan ini ibarat serah kerusi milik Bersatu kepada PAS, sepatutnya dipertahankan sebab jumlah wakil rakyat parti ini sudah tidak banyak (dalam DUN Kelantan), katanya di sebalik Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mendakwa tiada isu berbangkit kerana Ustaz Wadi tetap mewakili gabungan PN dan tidak timbul partinya ketandusan calon.
Namun, itu bukan saja tidak meredakan keadaan – hingga Presiden PAS Hadi Awang mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat untuk mematikan spekulasi negatif berhubung pemilihan Ustaz Wadi – yang bagaimanapun berlarutan pada malam pertama kempen.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam ceramahnya di Kampung Bertam Lama, Gua Musang malam kelmarin terpaksa menggunakan pelbagai analogi untuk mempertahankan pemilihan calon PN itu.

PAS dan Bersatu adalah dua beradik dalam keluarga PN. PAS adalah kakak, Bersatu adalah adik. Apabila si adik mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki, dia meminta anak daripada kakaknya untuk membantu. Kakak (PAS) sudah tentu akan membantu apabila adiknya meminta pertolongan. Situasi inilah yang berlaku di PRK Nenggiri, katanya.
Mengapa perlu sampai begitu sedangkan PN mempunyai pilihan untuk mengelakkannya dari awal? Sebabnya tidak lain kerana Bersatu dirasakan tiada calon berkelayakan sedangkan lawannya Azmawi, 38, diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub lebih awal dalam sidang media pada 18 Julai.
PAS seolah-olah ‘melacurkan’ Ustaz Wadi kepada Bersatu semata-mata untuk memenuhi nafsu politiknya di Nenggiri, kata Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub yang mendakwa PAS secara terang-terangan menggadai maruahnya.

Perbuatan itu amat hina di sisi Islam dan adat berpolitik PAS yang mengaku sebagai parti politik Islam yang berjuang atas dasar Islam. Ia boleh ditafsirkan seolah-olah PAS melacurkan timbalan ketua Pemudanya kepada Bersatu untuk memuaskan hawa nafsu Bersatu, katanya dipetik Malaysiakini.
Ia turut mengimbau kenyataan keras Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh 16 Julai lalu yang mempersoalkan tindakan PAS menerima Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis selepas membantah keputusan speaker Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri.

Seminggu yang lepas (mereka) cukup marah dengan tindakan katak-katak politik dari PN melompat ke kerajaan. Tapi hari ini PAS sanggup berdiam diri dan menerima katak politik menyokong mereka. Mana pendirian PAS dalam isu ini?, soalnya ketika itu.
Meski perpindahan Ustaz Wadi dari PAS ke Bersatu adalah dalam kelompok serupa dan bukan berlawanan, PN dan PAS harus tahu bahawa langkah itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti terbabit.
Mempertahankannya sebagai calon terbaik, Hadi berkata pemilihannya sesuai dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat yang menjadi faktor terpenting dalam memilih calon.
Sama ada disukai penyokong setempat atau sebaliknya, PN nampaknya kenalah pikul Ustaz Wadi sepanjang kempen baik di pentas ceramah mahupun kunjungan dari rumah ke rumah kerana itu saja pilihan yang mereka ada atas keputusan yang dibuat mereka. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/pn-kena-pikul-ustaz-wadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 170 hits
Calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail pada awalnya menolak ketika dilamar Bersatu untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa ketika mema...
Profil Ustaz Hanan Attaki Yang Kajiannya Dihadiri Pria Bercadar Wanda Hara

Profil Ustaz Hanan Attaki Yang Kajiannya Dihadiri Pria Bercadar Wanda Hara

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 121 hits
Usai videonya viral Ustaz Hanan Attaki dan panitia kajian tersebut mengaku baru mengetahui sosok di balik cadar itu setelah viral
Wanda Hara Minta Maaf Usai Tuai Kontroversi Nyamar Jadi Wanita Bercadar Di Kajian Ini Kata Ustaz Hanan Attaki

Wanda Hara Minta Maaf Usai Tuai Kontroversi Nyamar Jadi Wanita Bercadar Di Kajian Ini Kata Ustaz Hanan Attaki

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 112 hits
khususnya Ustaz Hanan Attaki Wanda Hara viral usai berbusana perempuan dan bercadar hingga berada di shaf perempuan saat menghadiri kajian Ustaz Hanan Attaki
Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar Satu Kampung Tanggung Dosa Ustaz Abdul Somad Perjelas Kepentingan Fardu Kifayah

Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar Satu Kampung Tanggung Dosa Ustaz Abdul Somad Perjelas Kepentingan Fardu Kifayah

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 81 hits
Pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Abdul Somad berkongsi ilmu mengenai hukum dari segi agama apabila seseorang itu memilih untuk dibakar jenazahnya setelah mati Selain pilihan individu itu sendiri jika si mati tidak diketahui keislamannya s...
Ustaz Hanan Attaki Respons Viral Kajiannya Dihadiri Wanda Hara Nyamar Jadi Perempuan Bercadar

Ustaz Hanan Attaki Respons Viral Kajiannya Dihadiri Wanda Hara Nyamar Jadi Perempuan Bercadar

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 122 hits
Kajian yang digelar di Menara 165 Jakarta Selatan itu dihadiri Wanda Hara seorang pria yang mengenakan busana wanita serta bercadar di barisan perempuan
Tak Ada Ustaz Atau Ustazah Komen Program Di Kedah Tak Ada Sebab Pas Buat Boleh Orang Lain Buat Tak Boleh

Tak Ada Ustaz Atau Ustazah Komen Program Di Kedah Tak Ada Sebab Pas Buat Boleh Orang Lain Buat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 99 hits
Rosly Yusof Ada dengar atau baca tak lagi daripada ostad dan ostazah politik hukum program wanita seksi di Kedah kelmarin Tak ada kan sebab tak ada salah pun program tu tapi kalau program tu di buat di negeri yang bukan ostad politik sokong...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri