Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn



Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu nanti.
(Berita Harian) – UMNO Kelantan mengajak ahli BERSATU di Gua Musang untuk menyertai parti itu, sekali gus menyokong calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos ini.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu nanti.
“Apabila Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Noor, mengeluarkan kenyataan bahawa pemilihan calon, Mohd Rizwadi Ismail yang juga bekas ahli PAS itu dibuat untuk menepati cita rasa pengundi, ia seolah-olah menghina kepimpinan dan ahli parti berkenaan di Gua Musang.
“Justeru, saya merasakan ahli BERSATU terutama di Gua Musang, perlu membuat pendirian dan kembalilah kepada UMNO bagi memenangkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, pada PRK DUN Nenggiri.
“Ini kerana hampir kebanyakan ahli BERSATU di Gua Musang adalah bekas ahli UMNO. Cukup-cukuplah bersama BERSATU sebab pucuk pimpinan parti mereka jelas menolak ahli mereka mentah-mentah,” dakwanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan BERSATU Kelantan mendakwa bahawa ia mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon pada PRK DUN Nenggiri, namun menjelaskan pemilihan Mohd Rizwadi dibuat untuk menepati ‘cita rasa’ pengundi.
Kamarudin dipetik berkata, tidak timbul soal mereka ketandusan calon sebagaimana didakwa UMNO sehingga terpaksa ‘mengimport’ Mohd Rizwadi yang dikatakan menyertai BERSATU dua hari sebelum diumumkan sebagai calon mewakili PN.
Semalam, BH melaporkan Mohd Rizwadi yang juga dikenali sebagai Ustaz Wadi, menegaskan beliau tidak pernah meminta menjadi calon daripada BERSATU untuk bertanding mewakili PN pada PRK DUN Nenggiri nanti.
Sebaliknya, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang berusia 41 tahun itu menjelaskan bahawa pemilihannya dibuat berdasarkan keputusan parti, malah beliau sendiri tidak menyangka akan perkara berkenaan.
Mohd Rizwadi berkata, beliau hanya dimaklumkan oleh pimpinan mengenai perkara itu dua hari sebelum pengumuman dibuat, dan persetujuannya untuk menjadi calon adalah sebagai tanda akur kepada parti.
The post PRK Nenggiri: Ahli BERSATU Gua Musang diajak sertai UMNO Kelantan, sokong calon BN appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/01/prk-nenggiri-ahli-bersatu-gua-musang-diajak-sertai-umno-kelantan-sokong-calon-bn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 238 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 310 hits
bharian com myOleh Ogos 3 2024 6 23pmBekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang Che Ariffin Hussin menyerahkan borang keahlian 480 bekas ahli BERSATU DUN Nenggiri kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub di Kampung ...
Prk Nenggiri Umno Tak Gentar Lawan Calon Matang Bersatu

Prk Nenggiri Umno Tak Gentar Lawan Calon Matang Bersatu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 313 hits
freemalaysiatoday com22 Jul 2024Mohd Syahbuddin Hashim berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai kelebihan sendiri di sebalik usianya yang masih muda Minggu lalu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumum sebagai calon BN pada PRK ...
Prk Nenggiri Bersatu Kelantan Mahu Menang Bergaya Majoriti 3 200 Undi

Prk Nenggiri Bersatu Kelantan Mahu Menang Bergaya Majoriti 3 200 Undi

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 308 hits
GUA MUSANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelantan mahu menang bergaya dengan meraih 3 200 undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri sekali gus mempertahankan kerusi berkenaan Pengerusinya Datuk Kamarudin Md Nor berkata be...
Bn Pertaruh Ketua Pemuda Umno Gua Musang Di Nenggiri

Bn Pertaruh Ketua Pemuda Umno Gua Musang Di Nenggiri

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 312 hits
freemalaysiatoday com18 Jul 2024Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan mewakili kerajaan perpaduan pada PRK 17 Ogos Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan membawa cabaran BN di PRK DUN Nenggiri PETALING JAYA Ketua Pemud...
Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

Prk Nenggiri Bukan Gelenyar Nak Jadi Calon Bersatu Sendiri Yang Lamar Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 403 hits
Calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail pada awalnya menolak ketika dilamar Bersatu untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa ketika mema...
Akur Bersatu Tanding Pemuda Pas Gua Musang Kerah Jentera 100 Di Nenggiri

Akur Bersatu Tanding Pemuda Pas Gua Musang Kerah Jentera 100 Di Nenggiri

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 323 hits
freemalaysiatoday com20 Jul 2024 07 31 PMKetua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata cadangan agar partinya bertanding hanya permintaan bukan paksaan Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata pihaknya tetap akan me...
Umno Not Afraid To Face Bersatu S Mature Candidate In Nenggiri

Umno Not Afraid To Face Bersatu S Mature Candidate In Nenggiri

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 271 hits
Barisan Nasional has selected Azmawi Fikri Abdul Ghani as its candidate for the Nenggiri by election PETALING JAYA A Gua Musang Umno leader says the maturity of the Perikatan Nasional candidate does not intimidate Barisan Nasional in its mi...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda