Ppim Persoal Jkm Serah Bella Kepada Individu Tiada Pendapatan Malaysia Gazette 17 04 2022


 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius dan menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan melibatkan remaja sindrom down dikenali Bella.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM berpendirian tegas dalam perkara ini dan tidak mahu mana-mana pihak berselindung dan lari daripada tanggungjawab mereka.
“Remaja itu diletakkan di bawah jagaan pengerusi sebuah persatuan yang menjalankan operasi rumah jagaan tanpa lesen.
“Di manakah peranan pihak berwajib, siapa yang membenarkan remaja itu diletakkan di bawah jagaan individu terbabit, siapa pula pegawai pelindung dipertanggungjawabkan untuk memantau kebajikan remaja itu sepanjang tempoh dia berada di sana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Nadzim, maklumat kes yang semakin tular di media sosial juga amat membimbangkan.
“Kecederaan dialami remaja itu amat menggerunkan dan pihak berkuasa seharusnya mengenalpasti siapa bertanggungjawab mencederakannya dan mengapa tiada pemantauan pihak berwajib,” katanya.
Nadzim berkata selain tertuduh yang kini berdepan dengan dakwaan mengabaikan dan menganiaya remaja tersebut, pihak berkuasa seharusnya menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam.
“Saya difahamkan individu yang diberikan hak penjagaan sementara ini tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan.
“Bagaimana seorang yang berada di tahap itu boleh diberikan hak penjagaan terutama sekali remaja dan bayi kurang upaya,” katanya.
Lebih memeranjatkan tujuh kanak-kanak termasuk bayi pernah diserahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu tersebut sebelum kes penderaan ini terbongkar.
“Sudah tiba masanya pihak kuasa bertindak tegas dan adil dalam semua siasatan yang dijalankan, jangan hany menyelesaikan kes dan menunding jari kepada satu atau dua kambing hitam semata.
“Siapa yang mendera, siapa yang membiarkan, siapa yang meletakkan remaja itu di situ, semua mereka harus dipertanggungjawabkan dan bukan satu individu yang kini didakwa.
“Semua mereka yang diberikan amanah untuk menjaga kebajikan anak ini harus dipertanggungjawabkan,” katanya.
Katanya lagi, sudah terlalu banyak kejadian jenayah yang berlaku di negara ini dan siasatan hanya sekadar dilakukan untuk menutup kes dan tiada penyelesaian jangka panjang.
“Jika kita sumbat seorang pelaku ini dalam penjara, apa jaminan pihak berkuasa bahawa individu lain tidak akan melakukan perkara sama ke atas mangsa lain dan apa jaminan JKM perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette
PPIM PERSOAL JKM SERAH BELLA KEPADA INDIVIDU TIADA PENDAPATAN

https://malaysiagazette.com/2022/04/17/ppim-persoal-jkm-serah-bella-kepada-individu-tiada-pendapatan/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/ppim-persoal-jkm-serah-bella-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bella Perlu Disiasat Secara Lebih Mendalam Ppim Malakat Tribune 17 04 2022

Kes Bella Perlu Disiasat Secara Lebih Mendalam Ppim Malakat Tribune 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 178 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan remaja Down Syndrom yang dikenali sebagai Bella Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 283 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius dan menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan melibatkan remaja OKU Down Syndrom yang dikenali sebagai Bella Ke...
Penduduk Kesal Jmb Dakwa Azan Terlalu Kuat Dari Surau Avenham Garden Malaysia Gazette 07 04 2022

Penduduk Kesal Jmb Dakwa Azan Terlalu Kuat Dari Surau Avenham Garden Malaysia Gazette 07 04 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Penduduk Avenham Garden Eco Grandeur di Puncak Alam kesal tindak tanduk Badan Pengurusan Bersama taman perumahan itu yang didakwa tidak sensitif dengan penghuni muslim terutama pada bulan Ramadan sekarang Ia termasuklah aduan a...
Ppim Gesa Siasatan Terperinci Terhadap Kes Penderaan Bella Ismaweb 17 04 2022

Ppim Gesa Siasatan Terperinci Terhadap Kes Penderaan Bella Ismaweb 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 173 hits
BANGI 15 Ramadan 1443H Ahad Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat dalam kes penderaan remaja Down Sindrom dikenali sebagai Bella Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Joha...
Bella S Case Probe Civil Servants Who Failed The Teenager Too Ngo Says Focus Malaysia 17 04 2022

Bella S Case Probe Civil Servants Who Failed The Teenager Too Ngo Says Focus Malaysia 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 337 hits
THE Government should establish a more comprehensive protocol and take stern action when it comes to dealing with welfare homes and orphanages The authorities should learn their lesson following Bella s abuse case in the orphanage We must e...
Tiket Kapal Terbang Mahal Ngo Hantar Surat Pada Pm Utusan Malaysia 16 04 2022

Tiket Kapal Terbang Mahal Ngo Hantar Surat Pada Pm Utusan Malaysia 16 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Persatuan pengguna akan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin ini bagi membantah kenaikan sehingga hampir RM4 000 sehala menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan Bercakap kepada Ut...
Semakan Permohonan Perantisiswa 2022 Keluarga Malaysia

Semakan Permohonan Perantisiswa 2022 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 270 hits
KOTA BHARU Permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi akan dibuka mulai 15 April ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sudah memperoleh data b...
Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 226 hits
POS Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9