Ppim Gesa Siasatan Terperinci Terhadap Kes Penderaan Bella Ismaweb 17 04 2022


 

BANGI, 15 Ramadan 1443H, Ahad – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat dalam kes penderaan remaja Down Sindrom dikenali sebagai Bella.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mempersoalkan, peranan pihak berkuasa sehingga membiarkan remaja berkenaan diletakkan di bawah jagaan pengerusi sebuah persatuan yang menjalankan operasi tanpa lesen.
“Dimanakah peranan pihak berkuasa dalam hal ini sehinggakan remaja itu diletakkan di bawah jagaan pengerusi sebuah persatuan yang menjalankan operasi rumah jagaan tanpa lesen?
“Siapa yang membenarkan remaja itu diletakkan di bawah jagaan individu terbabit, siapa pegawai pelindung yang dipertanggungjawabkan untuk memantau kebajikan remaja itu sepanjang tempoh dia berada di pusat penjagaan berkenaan.
“Kita tidak mahu ada pihak berselindung atau melepaskan tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nadzim turut mempersoalkan mengapa tiada pemantauan pihak berwajib ke atas kanak-kanak malang berkenaan.
“Kecederaan yang dialami oleh remaja tersebut amat menggerunkan dan pihak berkuasa seharusnya mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab mencederakan remaja berkenaan,” katanya.
Nadzim berkata, selain tertuduh yang kini berdepan dengan dakwaan mengabaikan dan menganiaya remaja tersebut, pihak berkuasa seharusnya menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
“Saya difahamkan individu yang diberikan hak penjagaan sementara ini tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan.
“Bagaimana seorang yang berada ditahap itu boleh diberikan hak penjagaan terutama sekali remaja dan bayi kurang upaya,” soal beliau.
Lebih memeranjatkan lagi seramai tujuh kanak-kanak termasuk bayi pernah diserahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu tersebut sebelum kes penderaan ini terbongkar.
Justeru, Nadzim berpandangan tiba masanya pihak berkuasa bertindak tegas serta adil dalam semua siasatan yang dijalankan dan bukannya sekadar menyelesaikan kes dengan menuding jari kepada invidivu tertentu yang dijadikan kambing hitam.
“Siapa yang mendera, siapa yang membiarkan, siapa yang meletakkan remaja itu disitu, semua mereka harus dipertanggungjawabkan dan bukan satu individu yang kini didakwa, semua mereka yang diberikan amanah untuk menjaga kebajikan anak ini harus dipertanggungjawabkan,” tegasnya.
Nadzim menjelaskan, terlalu banyak kejadian jenayah yang berlaku di negara ini dan siasatan hanya sekadar dilakukan untuk menutup kes dan tidak ada penyelesaian jangka panjang yang diberikan.
“Jika kita sumbat seorang pelaku ini dalam penjara, apa jaminan pihak berkuasa bahawa individu lain tidak akan melakukan perkara sama ke atas mangsa lain dan apa jaminan JKM perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Dalam masa sama, PPIM menggesa kerajaan supaya mewujudkan dan melaksanakan protokol tetap yang lebih berkesan dan bertindak dengan lebih tegas dalam semua kes jenayah.
Tegas beliau, pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil iktibar di dalam kes penderaan Bella bagi memastikan tidak ada lagi penjawat awam yang gagal dan lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan mangsa lain teraniaya.


Artikel oleh: Ismaweb
PPIM GESA SIASATAN TERPERINCI TERHADAP KES PENDERAAN BELLA

https://ismaweb.net/2022/04/17/ppim-gesa-siasatan-terperinci-terhadap-kes-penderaan-bella/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/ppim-gesa-siasatan-terperinci-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

Kes Dera Bella Jangan Ada Terlepas Pandang Kenyataan Media Ppim 17 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 291 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius dan menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan melibatkan remaja OKU Down Syndrom yang dikenali sebagai Bella Ke...
Kes Bella Ini Dia 18 Jenis Penderaan Terhadap Adik Bella

Kes Bella Ini Dia 18 Jenis Penderaan Terhadap Adik Bella

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 729 hits
Kes penderaan Bella di mana seluruh rakyat kini dengan justiceforbella dan berharap keadilan berpihak pada anak syurga tersebut Bella didera dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang rata...
Kes Bella Perlu Disiasat Secara Lebih Mendalam Ppim Malakat Tribune 17 04 2022

Kes Bella Perlu Disiasat Secara Lebih Mendalam Ppim Malakat Tribune 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 192 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan remaja Down Syndrom yang dikenali sebagai Bella Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Ppim Persoal Jkm Serah Bella Kepada Individu Tiada Pendapatan Malaysia Gazette 17 04 2022

Ppim Persoal Jkm Serah Bella Kepada Individu Tiada Pendapatan Malaysia Gazette 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius dan menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan sepenuhnya terhadap mereka yang terlibat dalam kes penderaan melibatkan remaja sindrom down dikenali Bella Ketua ...
Ppim Gesa Siasat Penjenayah Sebenar Keldai Akaun Sinar Harian 13 04 2022

Ppim Gesa Siasat Penjenayah Sebenar Keldai Akaun Sinar Harian 13 04 2022

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 207 hits
SHAH ALAM Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa siasatan dan tindakan diambil terhadap penjenayah sebenar di sebalik isu keldai akaun dan bukannya pemilik akaun Menurut beliau yang menjadi masalah melib...
Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba melindungi tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella Kesal deng...
Kes Bella Tak Dengar Pun Suara Macai Dan Walaun Hentam

Kes Bella Tak Dengar Pun Suara Macai Dan Walaun Hentam

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 184 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFMana suara UMNO tentang penderaan adik Bella Kenapa tak segarang masa mereka membela kematian Adib Masa Adib haritu habis di soundnya kaum India Jangan pijak Melayu lah jangan naik kepala lah Ini bila Melayu dera Melayu di...
Rina Sedia Menghadap Tunku Ismail Perjelas Kes Perbicaraan Bella

Rina Sedia Menghadap Tunku Ismail Perjelas Kes Perbicaraan Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 244 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina HarunKUALA LUMPUR Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedia bekerjasama dengan peguam Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membantu kes pr...
Kes Bella Tambah Baik Undang Undang Audit Pusat Jagaan Tmj

Kes Bella Tambah Baik Undang Undang Audit Pusat Jagaan Tmj

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 178 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan bagi memastikan kes penderaan seperti kes Bella tidak lagi berulang Baginda menerusi pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga da...
The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis