Penduduk Kesal Jmb Dakwa Azan Terlalu Kuat Dari Surau Avenham Garden Malaysia Gazette 07 04 2022


 

KUALA LUMPUR – Penduduk Avenham Garden, Eco Grandeur di Puncak Alam kesal tindak-tanduk Badan Pengurusan Bersama (JMB) taman perumahan itu yang didakwa tidak sensitif dengan penghuni muslim terutama pada bulan Ramadan sekarang.
Ia termasuklah aduan azan berkumandang terlalu kuat daripada surau di kawasan berkenaan.
Pengerusi Musolla Avenham Garden, Hafiz Roslan mendakwa rasa tidak puas hati penduduk Islam di situ bermula selepas ahli jawatankuasa JMB yang baharu dipilih didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran surau berkenaan.
Badan pengurusan JMB itu juga didakwa mengunci stor surau hingga menyukarkan jemaah surau melakukan  aktiviti bulan Ramadan kerana stor itu diguna untuk menyimpan kerusi dan meja serta kelengkapan lain.
“Kami penduduk hidup dengan penghuni lain yang berbeza agama saling memahami antara satu sama lain bahkan tiada masalah pun dengan jiran-jiran kami yang lain.
”Cuma sekarang ini.. Pengerusi JMB yang membuat kecoh tentang isu azan yang mana beliau mendakwa 100 peratus aduan dibuat oleh penduduk bangsa-bangsa lain.
”Dia (Pengerusi JMB) kata, ada sejumlah 23 aduan yang diterima namun bila kita semak semula, kesemua aduan itu dia sendiri yang buat,”  katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri hari ini.
Isu ini dikemukakan oleh sekumpulan penduduk kepada PPIM untuk mendapatkan penyelesaian kekal walapun perkara itu telah mendapat campur tangan daripada pegawai daerah, penghulu mukim dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Aveham mempunyai hampir 300 penghuni keluarga Islam.
Pada sidang yang sama, Hafiz mahu Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memperincikan lantikan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB/JMC) supaya tiada lagi isu sentimen keagamaan dimainkan.
Beliau juga mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperhalusi Seksyen 17 Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA), yang mana JMB tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan mana-mana perkara agama sebelum isu tersebut menjadi lebih serius.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan tidak menolak berkemungkinan ada pihak menyalahgunakan kuasanya dan mengenakan sekatan yang tidak boleh diterima ke atas surau di kondo tersebut.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.”Walaupun JMB ditubuhkan di bawah Seksyen 17 Akta Pengurusan Strata 2013, tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan mana-mana perkara agama.
“Kes ini jelas berlaku salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi seseorang. Kekurangan garis panduan dan undang-undang yang jelas dalam undang-undang perumahan tempatan dan akta berkaitan adalah salah satu sebab mengapa ini berlaku sejak awal lagi.
”Memang JMB bertanggungjawab ke atas kemudahan taman perumahan itu tetapi ia tidak boleh menghalang atau menyekat umat Islam daripada menunaikan solat di surau kondominium tersebut.
“JMB juga tidak mempunyai hak untuk menghentikan azan atau menutup surau untuk digunakan penduduk,” katanya sambil menyifatkan  tindakan JMB itu boleh menyebabkan ketegangan kaum.
Menurut Nadzim,  tidak masuk akal apabila ada laporan mengenai laungan azan yang kuat kerana ini bukan sesuatu yang baharu.
”Solat azan di masjid dan pembesar suara surau telah menjadi amalan lama, saya tidak nampak mengapa hanya individu tertentu yang tidak mahu menerimanya,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette
PENDUDUK KESAL JMB DAKWA AZAN TERLALU KUAT DARI SURAU AVENHAM GARDEN

https://malaysiagazette.com/2022/04/07/penduduk-kesal-jmb-dakwa-azan-terlalu-kuat-dari-surau-avenham-garden/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/penduduk-kesal-jmb-dakwa-azan-terlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jmb Melampau Tekan Umat Islam Ganggu Aktiviti Surau Di Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 07 04 2022

Jmb Melampau Tekan Umat Islam Ganggu Aktiviti Surau Di Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 07 04 2022

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 268 hits
Telah berlangsungnya satu sidang media berhubung isu yang mendakwa hak umat Islam telah diganggu pada bulan Ramadhan Hal ini dianggap melampaui batas kerana mencampuri urusan aktiviti mengimarahkan surau Walaupun isu ini telah dianggap sele...
Bank Negara Malaysia S 2022 Gdp Expected To Grow 5 3 6 3pct

Bank Negara Malaysia S 2022 Gdp Expected To Grow 5 3 6 3pct

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 231 hits
Malaysia s gross domestic product is expected to improve further by expanding between 5 3 and 6 3 percent in 2022 up from 3 1 percent growth in 2021 This would be underpinned by the continued expansion in external demand full upliftment of ...
Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 220 hits
POS Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di Th Hotel Kelana Jaya

Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di Th Hotel Kelana Jaya

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 264 hits
Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di TH Hotel Kelana Jaya Alhamdulillah tahun ni kita dapat merasa berbuka puasa di luar bersama ahli keluarga sahabat handai mahupun dengan rakan sekerja selepas Perdana Menteri mengumumkan Malaysia berad...
Malaysia Personal Income Tax Relief 2022

Malaysia Personal Income Tax Relief 2022

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 275 hits
Malaysian personal tax relief 2022 Below is the list of tax relief items for resident individual for the assessment year 2021 The relief amount you file will be deducted from your income thus reducing your taxable income Make sure you keep ...
15 Finalis Miss Universe Malaysia 2022 Bakal Mengambil Alih Takhta Francisca Luhong

15 Finalis Miss Universe Malaysia 2022 Bakal Mengambil Alih Takhta Francisca Luhong

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 266 hits
Pencarian wakil Malaysia untuk pertandingan Miss Universe kembali bagi edisi 2022 setelah negara tidak menghantar wakil bagi edisi ke 70 tahun 2021 Seramai 15 finalis telah disenarai pendek oleh Organisasi Miss Universe Malaysia dalam sebua...
Keputusan Fas Tri Nations Series 2022 Singapura Vs Malaysia

Keputusan Fas Tri Nations Series 2022 Singapura Vs Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 239 hits
Hari Perlawanan 2 Sabtu 26 Mac 2022FAS Tri Nations Series 2022 SINGAPURA MALAYSIA 8 00 malam Stadium Nasional SingapuraPermainan ini sukar diramalkan memandangkan prestasi Harimau Malaya semakin baik Nampaknya seperti Kim Pan Gon telah meru...
Kemas Kini Btc Untuk 06 April 2022 Tekanan Penurunan Yang Kuat Dan Potensi Untuk Penurunan Selanjutnya

Kemas Kini Btc Untuk 06 April 2022 Tekanan Penurunan Yang Kuat Dan Potensi Untuk Penurunan Selanjutnya

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 182 hits
Analisis teknikal BTC telah berdagang pada bahagian bawah dan gelombang penurunan kedua sedang berlangsung Saya masih melihat potensi penurunan harga selanjutnya disebabkan oleh momentum penurunan yang kuat Cadangan dagangan Disebabkan oleh...
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini