Tiket Kapal Terbang Mahal Ngo Hantar Surat Pada Pm Utusan Malaysia 16 04 2022


 

KUALA LUMPUR: Persatuan pengguna (NGO) akan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin ini, bagi membantah kenaikan harga tiket penerbangan sehingga hampir RM4,000 sehala menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. N. Marimuthu berkata, pihaknya mengambil langkah drastik itu selepas Kementerian Pengangkutan lambat memantau dan menyelaraskan harga tiket kapal terbang.
“Saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri Isnin ini. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku. Kerajaan mesti mengawal harga tiket kapal terbang, sudah dua tahun rakyat tidak pulang ke kampung untuk beraya, tapi kali ini masih tidak dapat pulang sebab tiket terlalu mahal.
“Apabila berlaku kejadian macam ini, syarikat penerbangan seolah-olah mahu kaut untung atau mengambil kesempatan ketika rakyat masih dalam kesempitan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Harga tambang
Beliau berkata demikian mengulas mengenai harga tambang kapal terbang terutama ke Sabah yang melonjak 20 kali ganda dari harga asal sehingga mencecah hampir RM4,000 yang disifatkan ‘mencekik darah’.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong semalam berkata, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan tempatan melakukan siasatan menyeluruh berhubung isu kenaikan harga tambang kapal terbang pada musim perayaan.
Ka Siong berkata, siasatan itu penting bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani masalah dan keluhan rakyat.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera campur tangan sekali gus memperjuangkan hak pengguna dan bersama Kementerian Pengangkutan untuk berunding dengan penyedia perkhidmatan mengenai harga tiket.
Nadzim memberitahu, pihaknya mengambil maklum kerajaan komited menurunkan harga tambang penerbangan namun beliau mahu memastikan pengguna menggunakan perkhidmatan dengan harga yang selayaknya.
“Kalau kementerian tidak campur tangan, maknanya syarikat penerbangan akan sesuka hati kenakan caj tidak berpatutan. Jadi, saya minta kerajaan turun padang, semak semua kos dikenakan syarikat ini.
“Untuk syarikat penerbangan, janganlah kenakan caj tidak masuk akal, kami tidak melarang mereka membuat untung kerana faham mereka juga terkesan akibat pandemik Covid-19, tetapi, tidak bolehlah ambil kesempatan terhadap situasi rakyat sekarang,” katanya.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
TIKET KAPAL TERBANG MAHAL, NGO HANTAR SURAT PADA PM

https://www.utusan.com.my/premium/2022/04/tiket-kapal-terbang-mahal-ngo-hantar-surat-pada-pm/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/04/tiket-kapal-terbang-mahal-ngo-hantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella S Case Probe Civil Servants Who Failed The Teenager Too Ngo Says Focus Malaysia 17 04 2022

Bella S Case Probe Civil Servants Who Failed The Teenager Too Ngo Says Focus Malaysia 17 04 2022

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 342 hits
THE Government should establish a more comprehensive protocol and take stern action when it comes to dealing with welfare homes and orphanages The authorities should learn their lesson following Bella s abuse case in the orphanage We must e...
Elak Pembaziran Makanan Hayati Konsep Sebenar Puasa Utusan Malaysia 05 04 2022

Elak Pembaziran Makanan Hayati Konsep Sebenar Puasa Utusan Malaysia 05 04 2022

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Umat Islam dinasihat tidak melakukan terutamanya pada bulan Ramadan sebagai menghormati konsep sebenar amalan puasa Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pem...
Statistik Terkini Jumlah Penduduk Setiap Negeri Di Malaysia 2022

Statistik Terkini Jumlah Penduduk Setiap Negeri Di Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 606 hits
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan laporan perangkaan suku pertama Tahun 2021 dan menganggarkan jumlah penduduk di Malaysia adalah 32 75 juta orang Jumlah tersebut merangkumi 29 91 juta atau 91 3 warganegara dan baki 2 84 juta o...
Terkini I Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022

Terkini I Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 345 hits
Terkini i Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022 Rakyat Malaysia akan dapat menikmati inisiatif terbaharu pembiayaan perumahan di Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di ba...
Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022 Memang Mahal

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022 Memang Mahal

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 316 hits
Memasuki hari ketiga berpuasa sudah banyak luahan tentang harga makanan dan minuman yang dijual di Bazaar Ramadhan dan Pasar Ramadhan sekitar bandaraya utama di Malaysia dikatakan mahal berbanding dengan harga tahun lepas Pengunjung agak te...
Pengertian Simpati Dan Empati

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Health Coverage Plan In Malaysia Secure Your Medical Future

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025

Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Resepi Makaroni Bakar