Pn Lembab Beri Vaksin Kenapa Lengahkan Kerajaan Negeri Beli Vaksin



Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang berjalan lembab menimbulkan desakan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka proses penyediaan dan penyuntikan vaksin kepada Kerajaan Negeri atau syarikat swasta yang mampu melakukannya.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak sepatutnya Kerajaan Persekutuan terus memonopoli proses penyediaan vaksin sedangkan terbukti keupayaannya hanya berhasil menyuntik sebanyak 3% daripada jumlah populasi penduduk negara ini.
Kata Anwar, rakyat tidak mahu mendengar alasan bahawa negara kaya mengawal bekalan vaksin sedangkan terdapat pihak lain di negara ini yang boleh mengakses bekalan vaksin sekiranya kerajaan memberi kelonggaran.
“Menteri yang bertanggungjawab menyalahkan negara-negara kaya kerana memonopoli pasaran, sekaligus mengehadkan akses Malaysia terhadap bekalan. Saya telah dimaklumkan beberapa Kerajaan Negeri, syarikat swasta dan yayasan telah berusaha sendiri untuk memperolehi bekalan vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebagai respon terhadap kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik ini. Usaha mereka bagaimanapun tergantung lantaran dilengahkan oleh Kementerian yang terbabit.
“Kelengahan yang mereka hadapi bakal mengundang padah. Dalam Kesatuan Eropah, apabila kadar vaksinasi rendah di tahap 3%, desakan bertubi-tubi daripada rakyat telah cukup untuk mempercepat kadarnya kepada 17.8% dalam masa sebulan. Amerika Syarikat di bawah pentadbiran baru juga bertungkus-lumus mencari jalan meningkatkan kadar vaksinasi.
“Namun kerajaan PN di sini terlalu sibuk memikirkan cara untuk mengawal keseluruhan proses dari A sampai Z, sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya.
“Saya amat terganggu dengan sikap pihak atasan Kementerian yang ternyata begitu lembab,” kata Anwar dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, terdapat kerajaan negeri yang cuba untuk memperolehi vaksin, misalnya Selangor tetapi terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan kelulusan
“Selangor menunggu berbulan lamanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan, meskipun mereka telah memperuntukkan dana sendiri untuk mendapatkan 2 juta dos buat rakyat Selangor.
“Kerajaan Sarawak turut menghadapi nasib sama dalam mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali.
“Juga turut dilaporkan bahawa vaksin Sinopharm dijangka tiba pada bulan Mei, namun sehingga bulan Mac kita masih belum pasti sama ada kelulusan telah diberikan, sekaligus menambah timbunan masalah yang menanti penyelesaian,” katanya.
Kata Anwar, matlamat kerajaan pusat sayugianya adalah memastikan seluruh rakyat Malaysia memperolehi vaksin yang selamat dan berkesan dengan sesegera mungkin.
Menurutnya, terdapat kemungkinan kerajaan negeri memiliki jaringan dan kemampuan tersendiri untuk memperolehi vaksin dan mengatasi keupayaan kerajaan pusat. Juga terdapat syarikat-syarikat swasta yang bersedia membelanjakan sejumlah wang bagi memvaksinkan pekerja dan keluarga mereka, meskipun dengan harga yang mahal.
Begitu juga yayasan dan pertubuhan kebajikan, kata Anwar, yang bersedia menyokong usaha-usaha vaksinasi di kawasan setempat. Terdapat ratusan ribu, bahkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang sanggup membayar sejumlah wang agar dapat divaksin, sama ada di hospital swasta mahu pun klinik.
Bagi Pengerusi Pakatan Harapan itu, sekiranya pemain-pemain berkenaan diberikan galakan dan kelulusan yang diperlukan dengan kadar segera, bekalan terhad yang kini dimiliki kerajaan pusat boleh terus disalurkan kepada golongan miskin dan yang terpinggir serta mereka yang amat memerlukannya bagi memastikan akses yang pantas dan saksama kepada vaksin. Dengan itu, kadar vaksinasi boleh bertambah dua atau tiga kali ganda lebih pantas daripada kadar sekarang.
“Justeru, saya menuntut dua perkara. Pertamanya, kerajaan pusat mestilah bertindak pantas dan menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri dan sektor swasta untuk mendapatkan perolehan terhadap vaksin yang telah diluluskan demi meningkatkan kadar kesegeraan vaksinasi.
“Keduanya, saya menuntut satu siasatan bebas dilakukan di bawah lembayung Parlimen untuk mencari punca lembabnya kadar pemerolehan vaksin yang dialami oleh kerajaan pusat, Kerajaan Negeri dan sektor swasta,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31994

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Negeri Dibenar Kepada Individu Bawa Ibu Bapa Suntik Vaksin

Rentas Negeri Dibenar Kepada Individu Bawa Ibu Bapa Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 151 hits
MALAYSIAKINIMajlis Keselamatan Negara bersetuju memberi kebenaran rentas negeri kepada individu yang perlu pulang ke kampung halaman bagi membawa tanggungan mereka iaitu ibu bapa hadir janji temu Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan fasa d...
Baik Bantu Rakyat Susah Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak Fc

Baik Bantu Rakyat Susah Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak Fc

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 202 hits
Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira tapi kalau saya bantu mereka pemain Perak sampai RM40 000 RM50 000 sebulan malahan jurulatih RM180 000 sebulan ini tidak adil Itulah kata kata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad mengenai tud...
Kerajaan Perhalusi Sop Melancong Ke Luar Negeri

Kerajaan Perhalusi Sop Melancong Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 177 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard bagi tujuan membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri melalui perkhidmatan syarikat pengendali pelancongan berlesen termasuk mengerjakan ib...
Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Keperluan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Keperluan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 181 hits
Menteri Khairy Jamaluddin berkata setakat ini tiada data berkenaan keperluan dos ketiga vaksin Covid 19 PUTRAJAYA Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid 19 selepas setahun suntikan kedua diambil Menter...
Kerajaan Negeri Janji Bantu Selesai Isu Tiada Bekalan Elektrik

Kerajaan Negeri Janji Bantu Selesai Isu Tiada Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 191 hits
KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU SELESAI ISU TIADA BEKALAN ELEKTRIK JOHOR BAHRU Masalah ketiadaan bekalan elektrik di flat Taman Desa Kempas di sini sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menggunakan generator akan diselesaikan oleh kerajaan negeri ...
Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 232 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menyediakan peruntukan maksimum RM200 000 bagi membaiki sistem saluran paip dari kolam tadahan air bukit di setiap kampung yang mempunyai kemudahan tersebut di daerah Sik dan Baling Menteri Besar Muhammad Sanusi M...
Rentasan 873 Panas Wujud Cubaan Sabotaj Kerajaan Negeri Dapatkan Be

Rentasan 873 Panas Wujud Cubaan Sabotaj Kerajaan Negeri Dapatkan Be

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 215 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8731 KENAPA MALAYSIA GAGAL DALAM PERANG MELAWAN COVID 19 2 ANTARA DUA DARJAT PELAJAR MANGSA TERKINI 3 JANGAN PERLEKEH ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN 4 KARTEL POLIS RAKYAT MOHON KETELUSAN
Isu Azan Kerajaan Negeri Tunggu Laporan

Isu Azan Kerajaan Negeri Tunggu Laporan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh NORHAYATI YAHAYA MOHD Zawawi bersama Muhammad Zikril Azan menunjukkan harga barang terkawal sewaktu Walkabout Perlaksanaan Skim Harga Maksimum musim perayaan 2021 di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam Selangor pada hari ini UTUSAN ZULF...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ