Kerajaan Perhalusi Sop Melancong Ke Luar Negeri


Bernama Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri melalui perkhidmatan syarikat pengendali pelancongan berlesen termasuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), dalam kenyataan berkata, draf SOP itu telah melalui beberapa siri perbincangan bersama para penggiat industri dan dibentangkan kepada pelbagai kementerian peneraju dan agensi kerajaan untuk ditambah baik.
Menurut kenyataan itu, MOTAC menyertai delegasi Malaysia ke Arab Saudi bagi lawatan kerja rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bermula hari ini hingga 18 April 2021 berkaitan haji dan umrah.
“Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan dasar-dasar baharu dan mengenakan SOP yang ketat selaras dengan pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara tersebut termasuk membenarkan semula aktiviti umrah kepada umat Islam selain warganegara Arab Saudi pada 1 Nov 2020
“ Selaku kementerian yang mengawal selia pengendalian pakej umrah atau ziarah, lawatan kerja ini penting bagi melihat aspek SOP bagi kedua-dua negara, hal-hal kebajikan jemaah Malaysia semasa mengerjakan umrah dan cadangan kelonggaran untuk dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi kepada para penggiat industri umrah Malaysia yang terkesan disebabkan wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOTAC, hasil lawatan kerja ke Arab Saudi ini diharap akan memperkemas cadangan kementerian kepada kerajaan berhubung membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri termasuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah.
Katanya, sehingga ketetapan baharu oleh kerajaan dibuat, perjalanan ke luar negeri bagi tujuan tidak penting seperti aktiviti pelancongan, mengerjakan ibadah umrah dan ziarah adalah dilarang. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kerajaan-perhalusi-sop-melancong-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis

Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 693 hits
Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga tarikh tutup permohonan pada 11 April 2021 jam 11 59 malam Jawatan yang ditawarkan ini adalah berbeza beza mengikut keperluan bidang ya...
Ecrl 3 0 Kerajaan Pn Pembuli Besar Anaktirikan Negeri Sembilan

Ecrl 3 0 Kerajaan Pn Pembuli Besar Anaktirikan Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 285 hits
Exco Negeri Pakatan Harapan menempelak tindakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang tetap mahu melaksanakan projek Landasan Keretapi Pantai Timur menggunakan jajaran utara seperti yang pernah dicadangkan ketika zaman pentadbir...
Kpk Cegah 3 Orang Ke Luar Negeri Terkait Korupsi Barang Darurat Covid 19

Kpk Cegah 3 Orang Ke Luar Negeri Terkait Korupsi Barang Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 324 hits
KPK meminta Direktorat Jenderal Imigrasi Kementerian Hukum dan HAM mencegah 3 orang bepergian ke luar negeri Pencegahan terkait kasus dugaan korupsi pengadaan barang tanggap darurat bencana pandemi Covid 19 pada Dinas Sosial Kabupaten Bandu...
Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

Kerajaan Negeri Sedia Rm200 000 Setiap Kampung Baiki Paip Air Bukit

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 379 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri menyediakan peruntukan maksimum RM200 000 bagi membaiki sistem saluran paip dari kolam tadahan air bukit di setiap kampung yang mempunyai kemudahan tersebut di daerah Sik dan Baling Menteri Besar Muhammad Sanusi M...
Baik Bantu Rakyat Susah Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak Fc

Baik Bantu Rakyat Susah Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak Fc

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 325 hits
Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira tapi kalau saya bantu mereka pemain Perak sampai RM40 000 RM50 000 sebulan malahan jurulatih RM180 000 sebulan ini tidak adil Itulah kata kata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad mengenai tud...
5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

5546 Ppim Gesa Kerajaan Sedia Sop Jelas Harian Metro 15 04 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 411 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid 19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan b...
Kerajaan Negeri Janji Bantu Selesai Isu Tiada Bekalan Elektrik

Kerajaan Negeri Janji Bantu Selesai Isu Tiada Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 298 hits
KERAJAAN NEGERI JANJI BANTU SELESAI ISU TIADA BEKALAN ELEKTRIK JOHOR BAHRU Masalah ketiadaan bekalan elektrik di flat Taman Desa Kempas di sini sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menggunakan generator akan diselesaikan oleh kerajaan negeri ...
Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 334 hits
PETALING JAYA Para ibu bapa meminta kerajaan memperketatkan Prosedur Operasi Standard di sekolah sekolah menjelang pembukaan semula sekolah menengah secara bersemuka bermula hari ini Seorang penjaga Awasi Mohamad 54 berkata SOP yang ketat s...
Kerajaan Pn Tidak Faham Hubungan Luar Elok Muhyiddin Berundur

Kerajaan Pn Tidak Faham Hubungan Luar Elok Muhyiddin Berundur

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 377 hits
Kerajaan Perikatan Nasional melakukan salah langkah serius dalam hubungan diplomatik serantau apabila mengibaratkan China sebagai abang besar dalam ucapan Menteri Luarnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin Bagi Ketua Pembangkang Parli...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara