Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini, untuk lawatan rasmi empat hari sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara di tengah-tengah perubahan arus geopolitik global.
Ia adalah lawatan kali kedua Perdana Menteri ke negara itu dalam tempoh lapan bulan atas jemputan Presiden Vladimir Putin.
Lawatan ini dianggap penting untuk meletak kedudukan Malaysia sebagai rakan utama sejajar pembabitan Russia yang semakin meluas dengan dunia Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok pada 4 September 2024. Foto ReutersAnwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow sekitar jam 6 petang waktu tempatan hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri akan disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai; pegawai kanan dan wakil Russia termasuk Timbalan Menteri Russia, Ryabkov Sergey Alexeevich serta Duta Besar Russia ke Malaysia, Nail Latypov.
Malam ini, Perdana Menteri dijadual mengadakan majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Russia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok pada 4 September 2024. Foto AFPEsok, Anwar dijadual menghadiri sesi meja bulat bersama tokoh industri utama Russia di Hotel Metropol yang bersejarah di Moscow, diikuti beberapa pertemuan secara bersemuka.
Perdana Menteri turut dijadual bertemu rakan sejawatan, Mikhail Mishustin di bangunan rasmi kerajaan Persekutuan Russia.
Dalam lawatan kali ini, delegasi Malaysia turut dijadual mengadakan pertemuan rasmi dengan Putin di Kremlin, menumpukan agenda seperti perdagangan, pendidikan, teknologi dan perluasan kerjasama dengan dunia Islam.
Sidang media bersama dijangka diadakan selepas perbincangan itu.
Anwar turut dijadual bertemu Mufti Besar Russia, Sheikh Ravil Gaynutdin bagi mengeratkan hubungan Malaysia dengan institusi dan komuniti Islam di negara berkenaan.
Khamis ini, Perdana Menteri menyampaikan syarahan umum di Institut Negeri Moscow untuk Hubungan Antarabangsa, akademi diplomatik utama Russia yang menganugerahkan beliau dengan ijazah kehormat.
Majlis dijangka memperkukuh hubungan pendidikan jangka panjang kedua-dua negara yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di universiti Russia, khususnya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
Fasa kedua lawatan akan membawa Anwar ke Kazan, ibu negara Tatarstan yang mana beliau dijadual bertemu ‘rais’ atau ketua republik itu dan melawat Ekspo Halal Russia serta Taman Teknologi Tinggi Kazan.
Anwar juga akan menghadiri Kumpulan Wawasan Strategik: Dialog Dunia Russia-Islam dan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Antarabangsa XVI, Dunia Russia-Islam: KazanForum 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan Rustam Minnikhanov, Rais (Presiden) Republik Tatarstan semasa Kazan Forum 2025.Forum yang dahulunya dikenali sebagai KazanSummit dijenama semula pada 2023 dan kini menjadi antara platform terbesar bagi dialog antara Russia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Nilai perdagangan Malaysia dengan Russia mencecah RM14.22 bilion pada 2023, dengan eksport utama merangkumi komponen galas bebola, jentera elektrik dan produk getah.
Eksport utama Russia ke Malaysia termasuk petroleum ditapis, arang batu dan baja potasium.
Kali terakhir Anwar melawat Russia pada September tahun lalu bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur di Vladivostok, yang mana Anwar bertemu Putin dan menyuarakan sokongan terhadap kerjasama global multipolar.
Sejak itu, Malaysia menjadi negara rakan dalam BRICS iaitu blok ekonomi baharu yang dibentuk oleh Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.
Lawatan ke Russia dijangka mengukuhkan dasar luar berkecuali Malaysia sambil menggerakkan diplomasi ekonomi lebih luas merentasi Selatan Global, termasuk negara Amerika Latin, Afrika, Asia dan Oceania.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pm-anwar-berlepas-ke-russia-mulakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Kosovo Mulakan Lawatan Rasmi Empat Hari Ke Malaysia

Presiden Kosovo Mulakan Lawatan Rasmi Empat Hari Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 132 hits
Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 1 Mei 2025 Foto Facebook Fadhlina SidekSEPANG 1 Mei Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sad...
Pm Anwar Kongsi Visi Malaysia Madani Di Pentas Dialog Svg Di Kazan

Pm Anwar Kongsi Visi Malaysia Madani Di Pentas Dialog Svg Di Kazan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 123 hits
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Russia Vladimir Putin jelas menunjukkan hubungan erat kedua dua negara kini berpotensi menjadi rakan dagang utama tidak lama lagi Foto Facebook Russian Foreign MinistryKAZAN ...
Hari Akhir Lawatan Ke Russia

Hari Akhir Lawatan Ke Russia

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 109 hits
Hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia saya mulakan dengan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations bertajuk Bridging Worlds In A Fractured Age Sebelum syarahan saya dan delegasi Malaysia berk...
Pm Anwar Sampai Di Moscow

Pm Anwar Sampai Di Moscow

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 114 hits
Setibanya di Moscow saya bersama barisan menteri Kabinet terus ke ibu kota untuk berdialog bersama pelajar pelajar Malaysia yang kini menggalas amanah sebagai duta kecil negara di Rusia Dalam wacana ini saya berkongsi beberapa cabaran geopo...
Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

Anwar Calls Russia A Great Friend Of Malaysia In Meeting With Putin

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 142 hits
The prime minister expresses hope for deeper cooperation during his official visit to Moscow Prime Minister Anwar Ibrahim voiced hope for closer collaboration between the two nations during a meeting with president Vladimir Putin in Moscow ...
Pm Anwar Dijadual Terima Ijazah Doktor Kehormat Daripada Universiti Di Moscow

Pm Anwar Dijadual Terima Ijazah Doktor Kehormat Daripada Universiti Di Moscow

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 145 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi penuh istiadat ketenteraan sebaik tiba di Dataran Kremlin Moscow sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin pada 14 Mei 2025 Foto BernamaMOSCOW 15 Mei Da...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Disangka Bakal Naik Pelamin Hawa Rizwana Tampil Menafikan Bukan Saya Yang Nak Kahwin