Pm Anwar Kongsi Visi Malaysia Madani Di Pentas Dialog Svg Di Kazan


 

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Russia Vladimir Putin jelas menunjukkan hubungan erat kedua-dua negara kini berpotensi menjadi rakan dagang utama tidak lama lagi. Foto Facebook Russian Foreign Ministry
KAZAN, 16 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang mempromosikan kerangka Malaysia MADANI yang diluncur pada 19 Januari 2023 sebagai satu model masa depan yang menggabungkan kemajuan ekonomi dengan kepimpinan berteraskan moral.
Dalam ucaptamanya di dialog Strategic Vision Group (SVG) Russia-Dunia Islam, Perdana Menteri menyeru dunia Islam untuk memacu pemerkasaan belia berasaskan nilai, amanah dan pembentukan sahsiah.
Anwar turut menggesa negara-negara Islam supaya berhenti membebankan golongan muda dengan keputusasaan dan perpecahan, sebaliknya memberikan mereka ruang penyertaan yang bermakna berpaksikan akhlak, etika dan tadbir urus yang baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama ketika dialog Strategic Vision Group (SVG) Russia-Dunia Islam di Kazan pada 16 Mei 2025. Foto Bernama“Di Malaysia, kami menyebutnya sebagai Negara MADANI, di mana pertumbuhan ekonomi dalam bidang seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga diusahakan seiring dengan nilai, sahsiah dan akhlak.
“Belia bukan hanya perlu diberi harapan, tetapi juga ruang untuk menyumbang secara bermakna dalam membentuk masa depan kita. Mereka tidak boleh terus dibiarkan tenggelam dalam keputusasaan,” katanya.
Ucapan Anwar sempena dialog SVG yang menjadi sebahagian daripada KazanForum 2025, yang menumpukan kepada pengalaman Russia dan negara-negara Islam dalam dasar belia.
Salah sebuah masjid yang menarik perhatian di Kazan, Tartastan sempena KazanForum 2025. Foto Luc JonesSesi itu dirasmikan oleh Rais Tatarstan, Rustam Minnikhanov, yang mengalu-alukan peserta dan menegaskan kepentingan membina platform untuk pembabitan belia merentas budaya.
Mengimbau pertemuan terdahulu beliau bersama Presiden Vladimir Putin di Moscow, Anwar berkata pemimpin Russia itu menyeru sokongan lebih kukuh daripada Malaysia terhadap KazanForum yang bertujuan menjalin hubungan erat antara Russia dan dunia Islam.
“Presiden Putin menyampaikan rayuan jelas supaya negara-negara seperti Malaysia menyokong KazanForum demi pembangunan, keamanan dan kelestarian, serta tentunya keterangkuman,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar turut memberi amaran terhadap perbalahan berterusan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin politik dan agama, khususnya dalam menghadapi krisis global seperti peperangan di Gaza, yang menurutnya menyebabkan golongan muda rasa putus asa dan kecewa.
“Anak muda kita tidak boleh terus menyaksikan pemimpin dan ilmuwan bergaduh berterusan kerana perbezaan. Kita mesti beri mereka harapan dan peluang, bukan keputusasaan.”
Beliau memuji kepimpinan Tatarstan kerana bukan sahaja menganjurkan dialog bertaraf tinggi, tetapi turut membabitkan belia secara langsung dalam menilai hasil perbincangan dan mencadangkan penyelesaian alternatif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Saya puji saudara saya Rais Rustam. Dialog ini tidak tamat dengan ucapan kita, beliau akan pastikan anak muda sendiri terbabit, memberi maklum balas dan menentukan langkah seterusnya,” katanya.
Anwar menyeru pada edisi akan datang, forum itu terus mengangkat suara belia dan menasihatkan pembuat dasar supaya mendengar apa yang dianggap penting oleh generasi seterusnya dalam kerjasama global dunia Islam.
Ucapan Anwar mengakhiri hari terakhir lawatan rasmi empat harinya ke Russia, yang bermula di Moscow dan merangkumi pertemuan dengan Presiden Putin, Perdana Menteri Mikhail Mishustin dan pemain industri utama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimLawatan beliau ke Kazan menumpukan kepada diplomasi Islam, kerjasama ekonomi halal dan kerjasama Selatan–Selatan.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pm-anwar-kongsi-visi-malaysia-madani-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 132 hits
Photo courtesy of Prime Minister s Office of Malaysia KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim has emphasised the need for bold and comprehensive reforms in developing Malaysia s new education strategy ahead of the 13th Malaysia Plan The Prime...
Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

Pm Anwar Tinjau Persiapan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 127 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke 46 serta mempengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN Malaysia di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 6 Mei ...
Malaysia Tidak Berpihak Kepada Mana Mana Kuasa Besar Pm Anwar

Malaysia Tidak Berpihak Kepada Mana Mana Kuasa Besar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 81 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Russia dari Selasa hingga semalam dan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin Foto Facebook Anwar Ib...
Kerajaan Madani Berjaya Laksana 144 Projek Rm14 Bilion Di Sabah Pm Anwar

Kerajaan Madani Berjaya Laksana 144 Projek Rm14 Bilion Di Sabah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 112 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTAWAU 11 Mei Kerajaan MADANI telah melaksanakan sebanyak 144 proj...
Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 104 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya pada 2 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Mei Usaha terus dipergiat bagi menyokong anak anak seni tempatan agar mereka mampu m...
Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 77 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025 Foto AFPKUALA LUMPUR 13 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari ...
Malaysia Takes A Leap In Ai And Ic Design As Pm Anwar Backs Pendrive Pioneer Ks Pua S New Venture

Malaysia Takes A Leap In Ai And Ic Design As Pm Anwar Backs Pendrive Pioneer Ks Pua S New Venture

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 63 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Pua Khein Seng visit a booth during the launch of MaiStorage Technology Sdn Bhd in Putrajaya May 22 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA May 22 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to...
Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 155 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta pada 20 Oktober 2024 Foto MPR Republik IndonesiaKUALA LUMPUR 4 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrah...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Impose Retirement Age On Politicians Too

Lirik Lagu Dalam Sujudku Amira Othman

Seriously Ds Azalina Please Let Them Rest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan

Tindakan Drastik Exco Terengganu Isu 72 Unit Mykiosk Masih Kosong

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Juyaya Mati Lisin Maya Gawai Chord

Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

Nak Duit Je Diorang Ni Umum World Tour Peminat Kesal Lihat Layanan Acuh Tak Acuh Yg Pada Blackpink