Hari Akhir Lawatan Ke Russia


 
Hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia saya mulakan dengan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) bertajuk Bridging Worlds In A Fractured Age.


















Sebelum syarahan, saya dan delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pimpinan MGIMO yang diketuai Rektor Prof Anatoly Torkunov. Saya dimaklumkan mengenai minat MGIMO untuk menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya dan beberapa institusi lain di Malaysia.


Usaha MGIMO untuk memperluas kepakaran dalam hal ehwal ASEAN, pertanian, bahasa dan pertukaran pelajar amat dialu-alukan. Malaysia juga berhasrat menghantar diplomat muda ke MGIMO, institusi tersohor yang telah melahirkan ramai tokoh diplomasi berkaliber di peringkat antarabangsa.


Saya turut menzahirkan penghargaan tertinggi buat MGIMO atas kesudian menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat sebelum syarahan berlangsung. Penghormatan ini saya terima bagi pihak seluruh rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan, keamanan dan perpaduan sejagat.


Dalam syarahan, saya tegaskan bahawa cabaran utama hari ini bukan hanya pada teknologi dan peralihan kuasa global, tetapi pada krisis nilai dan kehilangan arah moral. Generasi muda harus menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga baharu, namun tetap berpaksikan pada nilai dan ihsan.


Dalam konteks ini, gagasan MADANI menawarkan jalur holistik, mengimbangi kemajuan material dengan kekuatan jiwa dan peradaban. Ini selari dengan Russian soul yang menekankan kekayaan budaya dan kemanusiaan dalam mendepani zaman yang mencabar.


Saya juga berkongsi kekaguman terhadap kesusasteraan Rusia yang mendalam, dari psikologi moral Dostoyevsky, renungan falsafah Tolstoy, ironi halus Chekhov hinggalah puisi getir Anna Akhmatova. Karya-karya ini bukan sahaja memperkaya jiwa Rusia, malah menyuburkan nurani kemanusiaan sejagat yang semakin terhakis.


Pertemuan saya dengan Presiden Vladimir Putin turut disentuh, yang berlangsung dalam semangat keterbukaan dan saling menghormati. Prinsip kesetaraan yang dizahirkan menjadi asas penting dalam membina dunia yang lebih adil dan aman.


Saya akhiri syarahan ini dengan menyeru hadirin untuk tidak gentar menyatakan perkara yang hak dan mempertahankan keadilan adil. Seperti kata Dostoyevsky, “Segalanya ada dalam genggaman manusia, tetapi manusia melepaskannya kerana takut.” 


Syarahan umum di MGIMO menjadi penutup tirai lawatan saya di Moscow. Seusai program, saya terus berangkat ke lapangan terbang untuk ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik “Russia-Islamic World serta menyertai KazanForum.


=====


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/hari-akhir-lawatan-ke-russia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Hari Penuh Makna Buat Pm Anwar Di Bumi Russia Dan Tartastan

Empat Hari Penuh Makna Buat Pm Anwar Di Bumi Russia Dan Tartastan

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 265 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid M rcani antara masjid tertua di Kazan dan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan seraya menyerahkan naskah Al Quran dalam rangka lawatan ke Kazan Tart...
Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 250 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025 Foto AFPKUALA LUMPUR 13 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari ...
Makan Mi Segera Setiap Hari Lelaki Akui Rasa Kosong Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah Amp Rm4 Juta

Makan Mi Segera Setiap Hari Lelaki Akui Rasa Kosong Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah Amp Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 246 hits
Di sebalik segala kemewahan yang ditinggalkan oleh keluarga ada satu kisah yang sangat menyentuh hati apabila seorang lelaki muda dari Malaysia kini berhadapan dengan dilema besar selepas kehilangan seluruh keluarganya namun ditinggalkan de...
Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 399 hits
30 April 2025 Rabu Syawal telah berlalu tapi masih ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri Dek kekangan masa dan boss tiada pula pada tarikh yang dipilih akhirnya majlis hanya dapat selepas Syawal Walau telah melewati bulan Syawal na...
Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 410 hits
Tema Hari Guru 2025 telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa TerimaKasihCikgu Peringkat Kebangsaan Tema tahun ini ialah Guru Pemacu Reformasi Pendidikan yang menekankan p...
Makan Makan Uncle Bubu Chicken Chop Di Hari Jadi Cik Ani

Makan Makan Uncle Bubu Chicken Chop Di Hari Jadi Cik Ani

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM merupakan hari ulang tahun kelahiran adik bongsu Sk Cik Ani yang ke 42 tahun SELAMAT HARI LAHIRPn Nor aini IbrahimBARAKALLAH FII UMRIKSemoga Allah melimpahkan rahmat Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap u...
Rafizi Sudah Kembali Bertugas Hari Ini Chang

Rafizi Sudah Kembali Bertugas Hari Ini Chang

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 217 hits
RAFIZI SUDAH KEMBALI BERTUGAS HARI INI CHANGPosted on by Gambar ARKIB Sumber BERNAMAPUTRAJAYA Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR...
Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 470 hits
Hari Belia Negara 2025 kini kembali lagi Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka mampu memperku...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku