Presiden Kosovo Mulakan Lawatan Rasmi Empat Hari Ke Malaysia




Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Menteri Pengiring, sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 1 Mei 2025. Foto Facebook Fadhlina Sidek
SEPANG, 1 Mei – Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari sempena kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.
Osmani, yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan penerbangan komersial, disambut mesra Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya pada jam 5.25 petang.
Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.
Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Menteri Pengiring, sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 1 Mei 2025. Foto BernamaMenurut Wisma Putra, Osman akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.
Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008, sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.
Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (AS$6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (AS$5.5 juta) dan import RM2.63 juta (AS$550,000).
Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan, manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/presiden-kosovo-mulakan-lawatan-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Maldives Muizzu Buat Lawatan Rasmi Pertamanya Ke Malaysia

Presiden Maldives Muizzu Buat Lawatan Rasmi Pertamanya Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 93 hits
PUTRAJAYA Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu akan membuat lawatan rasmi ke Malaysia dari 27 hingga 30 April Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada 17 November 2023 Kementerian Luar Negara menya...
Ahmad Zahid Sampai Di Indonesia Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari

Ahmad Zahid Sampai Di Indonesia Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 110 hits
JAKARTA Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Indonesia hari ini Tujuannya Memperkukuh hubungan antara kedua negara terutamanya dalam bidang pendidikan industri halal ...
Pesembahan Kebudayaan Sempena Lawatan Presiden Kosovo

Pesembahan Kebudayaan Sempena Lawatan Presiden Kosovo

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 96 hits
Usai urusan rasmi kami menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan yang memukau memperlihatkan kekayaan warisan seni dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan raky...
Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 196 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta pada 20 Oktober 2024 Foto MPR Republik IndonesiaKUALA LUMPUR 4 Mei Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrah...
Siapa Yang Mulakan Budaya Memakai Tudung Dan Berdakwah Di Malaysia Di Er 80an

Siapa Yang Mulakan Budaya Memakai Tudung Dan Berdakwah Di Malaysia Di Er 80an

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 102 hits
Adrian Lim Chee An Pada April 2002 dua kanak kanak Singapura yang berumur tujuh tahun telah digantung daripada menghadiri sesi persekolahan kerana kesalahan memakai tudung Lalu keluarga pelajar pelajar terbabit membuat keputusan menyaman ke...
Xi Jinping Gembira Lawatan Ke Malaysia Amat Berjaya

Xi Jinping Gembira Lawatan Ke Malaysia Amat Berjaya

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 125 hits
Lawatan presiden China menyaksikan pertukaran 31 dokumen termasuk MoU perjanjian dan nota persefahaman bagi memperkukuh kerjasama Lawatan negara Presiden China Xi Jinping atas undangan Yang di Pertuan Agong bulan lepas menandakan kunjungan ...
Bunuh Rakan Tidur Dengan Mayatnya Selama Empat Hari Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 30 Tahun Dan 12 Sebatan

Bunuh Rakan Tidur Dengan Mayatnya Selama Empat Hari Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 30 Tahun Dan 12 Sebatan

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 113 hits
BERNAMAPUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang pekerja sambilan yang membunuh rakannya sebelum tidur bersama mayat mangsa selama empat hari Panel tiga hakim diketu...
Thailand Minat Produk Malaysia Lawatan Pm Anwar Jana Potensi Eksport Rm1 07 Bilion Miti

Thailand Minat Produk Malaysia Lawatan Pm Anwar Jana Potensi Eksport Rm1 07 Bilion Miti

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 159 hits
Thailand minat produk Malaysia dan perkara itu terbukti apabila lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangkok dari 17 hingga 18 April 2025 berjaya membuka peluang eksport bernilai RM1 07 bilion Menurut Kementerian Pelabu...
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Gesa Jangan Berpecah Pemimpin Melayu Perlulah Bersatu

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Gesa Jangan Berpecah Pemimpin Melayu Perlulah Bersatu

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Syed Hasan Syed Ali merayu agar pemimpin pemimpin Melayu khususnya daripada PAS dan BERSATU tidak berpecah lagi dalam perjuangan mereka Beliau berkata orang Melayu tidak sanggup melihat p...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord