Pm Anwar Dijadual Terima Ijazah Doktor Kehormat Daripada Universiti Di Moscow


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi penuh istiadat ketenteraan sebaik tiba di Dataran Kremlin, Moscow sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin pada 14 Mei 2025. Foto Bernama
MOSCOW, 15 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima ijazah doktor kehormat daripada Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangannya di pentas global.
Pada hari ketiga lawatan rasmi Perdana Menteri ke Russia, beliau turut dijadualkan memberikan syarahan umum di MGIMO iaitu sebuah akademi diplomatik terulung di negara tersebut.
Beliau akan menyampaikan syarahan bertajuk “Bridging Worlds in a Fractured Age” di hadapan profesor dan para mahasiswa di universiti tersohor di Eropah Timur.

Sebaik selesai memberikan syarahan umum dan menerima ijazah doktor kehormat di MGIMO, beliau akan meneruskan lawatannya ke Kazan, Republik Tatarstan bagi mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan (Ketua), Rustam Minnikhanov.
Di Tatarstan, Anwar dijangka menghadiri mesyuarat peringkat tinggi dan diplomasi ekonomi dalam sektor halal.
Perbincangan dijangka tertumpu kepada kerjasama dalam pensijilan halal, agroteknologi, kewangan Islam dan pendidikan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Russia Sheikh Ravil dan menyerahkan senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar juga dijadual mengunjungi kompleks Kazan Kremlin, Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), sebelum melawat dua pameran utama di Expo Kazan iaitu pameran teknologi dan Ekspo Halal Russia 2025.
Ini sekali gus memberi peluang kepada Anwar untuk terus menonjolkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif dan berdaya saing ditambah lagi negara kini menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
MGIMO melahirkan ramai bakat pemimpin di Russia serta benua Eropah Timur sejak ditubuhkan sekitar 1940-an.Perdana Menteri diiringi lima menteri kanan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Lawatannya selama sehari itu dijangka diakhiri dengan majlis resepsi sempena Forum Kazan 2025. Perdana Menteri dijadual memberikan ucap tamanya ketika sesi pleno pada hari berikutnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimAnwar kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Russia, yang akan berakhir esok.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pm-anwar-dijadual-terima-ijazah-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpt Diminta Selaras Pengajian Ai Di Universiti Seluruh Negara Pm Anwar

Kpt Diminta Selaras Pengajian Ai Di Universiti Seluruh Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 211 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan pada program Temu Anwar di IPTS di Shah Alam Selangor pada 5 Mei 2025 Foto BernamaSHAH ALAM 5 Mei Kementerian Pendidikan Tinggi diminta menyelaraskan pengajian berkaitan bidang tek...
Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

Pm Anwar Berlepas Ke Russia Mulakan Lawatan Rasmi Ke Moscow Kazan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 283 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025 Foto AFPKUALA LUMPUR 13 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Russia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari ...
Pm Anwar Sampai Di Moscow

Pm Anwar Sampai Di Moscow

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 189 hits
Setibanya di Moscow saya bersama barisan menteri Kabinet terus ke ibu kota untuk berdialog bersama pelajar pelajar Malaysia yang kini menggalas amanah sebagai duta kecil negara di Rusia Dalam wacana ini saya berkongsi beberapa cabaran geopo...
Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

Semua Baki 1 840 Peneroka Felda Negeri Pahang Dijamin Terima Suratan Hak Milik Tanah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 289 hits
BERA Selepas lebih tiga dekad menanti kerajaan Pahang memberi jaminan semua baki 1 840 peneroka Felda yang masih belum menerima Suratan Hak Milik Tanah akan mendapat hak mereka selewat lewatnya tahun ini Exco Hal Ehwal Felda Koperasi dan Us...
Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak Kanak Menghidap Sakit Jantung

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak Kanak Menghidap Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 266 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang dilalui keluarga berkenaan Foto Facebook Ahmad Farhan FauziKUANTAN 21 Apr Perdana Menteri Da...
Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

Komitmen Kerajaan Madani Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 261 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya pada 2 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 3 Mei Usaha terus dipergiat bagi menyokong anak anak seni tempatan agar mereka mampu m...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri