Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat


Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah, Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat || Salam semua, Asam pedas ikan, siapa peminat asam pedas ikan tak kisah la ikan apa pun, asalkan asam pedas la ya.


 Macam - macam style orang masak asam pedas kan, kita pun tengok bonda masak asam pedas macam mana, biasalah kan anak perempuan tengok bonda la masak macam mana. Macam tu lah dia ikut :D.

Asam pedas ikan ini menu yang paling simple, dah kan, nak buat lauk, sebab bahan - bahan nak buat pun simple sangat, cuma nak masukkan bahan sayur macam kacang bendi, bunga kantan, daun kesum, tomato itu yang kadang- kadang time ada masukkan time tak ada tak masukkan. Begitulah kan ikut apa ada bahan kat dapur.

Yang penting asam jawa wajib ada, tak ada asam jawa, jangan buat, kalau nak ganti dengan asam keping boleh kot. Kita ni kadang - kadang asam jawa dan asam keping masukkan sekali sebab nak lagi rasa masam :D.


Tiba -tiba tunjuk gambar ikan. hiii Alhamdulillah rezeki ikan jenahak segar dari laut. Dapat lah orang bagi 5 ekor yang besar - besar. Penuh besen. Adik ipar yang pergi memancing, Eloknya kapal tu berhenti kat dasar laut tu tempat Ikan jenahak bersarang.

Alhamdulillah begitulah rezeki. Rezeki dikongsi bersama. Semoga murah rezeki yang lain. Kalau tak bukan adik ipar pergi memancing tak rasa dah oii ikan jenahak segar ni. Selalunya kat pasar dah busuk ikan pun jual mahal lagi.

Lama sungguh buat stok dalam peti dah masak macam- macam, tapi yang jadi video nya asam pedas ikan jenahak jer. :D. Yang lain tu ,macam - macam jadi lauk, goreng kunyit saja pun ada, buat masam manis pun ada, masak kari ikan pun ada.

Blur jugak nak masak apa, Tapi banyak masak asam pedas, sebab nak kurangkan sikit masak pakai santan.


Ok lah berbalik kepada petua sedap nak masak asam pedas ikan ini, lain orang lain cara kan. Ini ikut yang sesedap di tekak semua orang makan. Asam pedas sini, kalau buat kuah tak boleh sangat pekat dan tak cair sangat, just nice gitu kata orang.

Yang tak nak pekat sangat, tak cair sangat ni kena macam pandai sihir, bukan sihir bunjut ya :D. Kena agak- agak nak masukkan air dan asam jawa banyak mana. Yang bahan nak menaikkan rasa sedap asam pedas, kadang - kadang kita masukkan juga hirisan daun kunyit.

Ini adik ipar jugak yang ajar, mula - mula nampak pelik tapi lama - lama tengok dia masak masukkan daun kunyit kita pun dah biasa juga masuk daun kunyit. :D

Kalau korang tak berapa suka tak payah letak hii. Oklah jom lah tengok cara kita masak asam pedas ni. Cara kita masak, asam pedas ni kena pentingkan masam manis secukup rasa gitulah ya. Ramai ni yang dah skill masak asam pedas tahap level chef. Ini tahap masak chef kat rumah ya :D.


Petua Masak Asam Pedas Ikan Jenahak Yang Tersedap Dan Mudah, Kuah Pun Tak Pekat Dan Tak Cair Sangat

Bahan - bahan
1 ekor ikan jenahak
1 inci lengkuas
1inci kunyit hidup
7 tangkai lada kering ( nak pedas guna lada kerinting, kalau nak lagi pedas tambah ya ) *
7 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci belacan
3 biji ubi kentang dibuang kulit dan belah 4
1/2 keret gula melaka
1 genggam daun Kesum
1 helai daun kunyit dihiris
1 mangkuk air asam jawa
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara - cara 
1. Lengkuas dan kunyit ditumbuk
2. Bahan - bahan bertanda * dikisar halus
3. Panaskan minyak dan masukkan belacan, goreng sekejap dan tumis bahan tumbuk hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak
5. Masukkan air secukupnya dan masukkan air asam jawa
6. Kemudian masukkan ubi kentang. Tutup dan biarkan sampai ubi kentang empuk.
7.Dah empuk ubi kentang baru boleh masukkan ikan, gula melaka, daun kunyit dan juga daun kesum.
8. Masukkan garam dan kemudian tutup sekejap.
9. Bila dah mendidih, buka tudung dan balikkan ikan kalau boleh nak masak kedua belah.
10. Biarkan mendidih sekali lagi, perasakan dengan garam dan gula, kemudian boleh lah tutup api.

Nota
1. Kalau nak masukkan serai, daun limau purut pun boleh. Kadang- kadang masukkan juga, sedap la jugak kuahnya tu.
2. Masukkan kacang bendi lagi sedap tapi tak ada stok, biasanya kita masukkan lepas ikan masak, baru masukkan bendi.
3. Bunga kantan masukkan selepas masukkan ikan tapi kat sini tak ada stok juga.

Biasa kalau masak asam pedas ni, kita guna homemade sambal yang dah siap, buat banyak - banyak simpan dalam peti nanti senang nak guna. Jadi nak masak asam pedas, guna lah dalam 3 - 4 sudu besar macam tu.

Kalau korang nak cuba homemade sambal boleh klik >>>> SINI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/04/petua-masak-asam-pedas-ikan-jenahak-yang-tersedap-dan-mudah-kuah-pun-tak-pekat-dan-tak-cair-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yang Sedap Tak Liat

Cara Mudah Masak Asam Pedas Tetel Yang Sedap Tak Liat

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 652 hits
Asam pedas ni ada bermacam macam jenis Ada Asam Pedas Kembung Asam Pedas Pari Asam Pedas Sotong Asam Pedas Ayam dan banyak lagi Kalau Asam Pedas Daging pula paling sedap guna daging tetel Ada lemak lemak sikit lembut lembut kenyal rasa dia ...
Ikan Talang Masak Asam Sentiasa Jadi Pilihan

Ikan Talang Masak Asam Sentiasa Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 849 hits
TALANG MASAK ASAM sntiasa mnjadi pilihan xkira dlm pantang ka tak Mmg sntiasa pebret Resepinya
Cara Masak Rendang Kerang Pedas Perak Mudah Sedap

Cara Masak Rendang Kerang Pedas Perak Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 706 hits
Sedapnya Rendang Kerang Pedas ni Makan dengan pulut kuning ketupat atau nasi panas memang terbaik Istimewa buat anda RASA kongsikan salah satu resipi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur Bagi anda yang teringin nak masak m...
Masak Ikan Saba Mackerel Goreng Kicap Je Lah Senang

Masak Ikan Saba Mackerel Goreng Kicap Je Lah Senang

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 649 hits
Salam dears Mama ni jenis yang kurang makan ikan Nak memilih ikan pun tak pandai hehe Kalau pergi beli ikan tu memang Ayah lah yang kena pilih pastu suruh orang tu siang siap siap Tu pasal lah hari tu bila tengok ikan Saba Mackerel Mama jad...
Asam Pedas Daging Tetel Nampak Pun Dah Tahu Sedap

Asam Pedas Daging Tetel Nampak Pun Dah Tahu Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 465 hits
ASAM PEDAS DAGING TETEL NAMPAK PUN DAH TAHU SEDAPBAHAN BAHAN
Asam Pedas Cendol Sejoli

Asam Pedas Cendol Sejoli

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 910 hits
Saksikan telefilem Asam Pedas Cendol Sejoli lakonan Sharifah Sakinah Arja Lee Aleza Shadan dan Hafidzuddin Fazil bakal ditayangkan menerusi slot Citra Exclusive pada Sabtu jam 9 malam JUDUL ASAM PEDAS CENDOL SEJOLIWAKTU SIARAN Sabtu 6 April...
6 Jenis Nasi Bertumis Yang Sedap Mudah Masak Korang Cuba Ni

6 Jenis Nasi Bertumis Yang Sedap Mudah Masak Korang Cuba Ni

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 832 hits
Bila terasa macam nak makan nasi bertumis seperti Nasi Minyak Nasi Briani atau Nasi Jagung jom kita cuba buat sendiri tak payah tunggu pergi kenduri Sebenarnya nasi ni senang je nak masak sesekali boleh kita masak sendiri untuk hidangan kel...
Lebatkan Rambut Bayi Cuba Petua Ini Lebih Selamat Dan Mudah

Lebatkan Rambut Bayi Cuba Petua Ini Lebih Selamat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 591 hits
Rambut yang cantik sihat dan lebat tentu sahaja menjadi impian Baik untuk diri anda sendiri mahupun untuk anak anak Jika anda mempunyai anak yang masih kecil berusia lima bulan ke atas dan rambutnya masih belum tumbuh dengan lebat cuba petu...
Cara Masak Kari Sedap Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam

Cara Masak Kari Sedap Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1091 hits
Bagi sesetengah dari kita resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni Namun ada juga yang belum mahir Malah Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan bahan yang berbeza Nak cuba resipi perkongsian saudari Nurul...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation