Lebatkan Rambut Bayi Cuba Petua Ini Lebih Selamat Dan Mudah
Rambut yang cantik, sihat dan lebat tentu sahaja menjadi impian. Baik untuk diri anda sendiri mahupun untuk anak-anak.
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, berusia lima bulan ke atas dan rambutnya masih belum tumbuh dengan lebat cuba petua ini. Tak salah untuk anda ikhtiar kerana semua bahan yang digunakan semulajadi dan tidak memudaratkan.
Setiap bulan, rambut bayi akan tumbuh seperempat inci. Biasanya rambut bayi akan mengalami kerosakan selama dua hingga tiga bulan.
Rambut bayi juga cukup berbeza dengan rambut orang dewasa. Ini adalah kerana rambut bayi masih lemah dan sangat memerlukan nutrisi,zat dan juga vitamin yang cukup agar pertumbuhan rambut bayi tersebut menjadi lebih cepat.
Petua yang dikongsikan oleh WOM.my diharapkan boleh membantu.
Ketika anak anda masih bayi, anda tidak boleh menggunakan sebarang produk rambut keran dikhuatiri terdapat bahan kimia. Sebaliknya disarankan untuk menggunakan produk perangsang pertumbuhan rambut yang berasaskan semulajadi seperti di bawah untuk kebaikan kulit kepala bayi yang sangat sensitif.
1. Khasiat Buah Keras
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah-rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat buat rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semulajadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
2. Guna Madu
Madu secara semulajadi juga mampu untuk melebatkan rambut. Bahkan menjadikan rambut semakin kuat dan tidak mudah rosak. Caranya cukup mudah, sebelum memandikan bayi anda, sapukan madu ke kulit kepala hingga ke hujung rambutnya sambil mengusap lembut kepalanya. Biarkan seketika, setelah itu barulah dimandikan.
3. Manfaat Lidah Buaya
Lidah buaya bukan setakat melebatkan dan menghitamkan, tetapi dapat juga melembutkan rambut bayi anda. Tekniknya sama sahaja seperti anda menggunakan madu.
4. Rahsia Daun Seledri
Daun seledri juga berkhasiat untuk melebatkan rambut terutama rambut bayi. Ambil segenggam daun seledri, kemudian kisar sampai lumat. Kemudia ramas dan ambil sari airnya sahaja. Buang hampasnya, dan ambil air tersebut dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan beberapa ketika agar meresap. Setelah kering cucilah sehingga bersih. Lakukan secara rutin sehingga berhasil. Rambut nipis, halus atau sukar untuk tumbuh akan terangsang tumbuh, lebat dan tebal.
The post Lebatkan Rambut Bayi, Cuba Petua Ini. Lebih Selamat Dan Mudah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lebatkan-rambut-bayi-cuba-petua-ini-lebih-selamat-dan-mudah/