Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona
Rupa bunga keladi Urat Daging Merah milik Etuza
Jarak dekat, seolah-olah urat daging yang baru di hiris.
Keladi Urat Daging Merah.
Bunga keladi ini gambar ini adalah milik Etuza, baru keluar dedaun dan hanya beberapa daun sahaja kelihatan amat mepersona penglihatan pada siapa yang nampak bunga keladi ini. ID bunga keladi ialah Keladi Urat Daging kerana kelihatan urat-urat pada daunnya, dan ID itu hanya diberi oleh penggemar bunga keladi. Sedangkan sebenarnya hanya sejenis bunga keladi sahaja.
Pada 10 dan 11.12.2025 suri hati memberi cadangan agar hiaskan gerai kami di Bazaar Karnival KOKUM nanti. Dan Etuza tunaikan kehendaknya dan ya benar, ramai datang menghampiri dan bertanyakan harga bunga keladi urat daging ini. Hampir 90% pengunjung yang tediri dari kaum hawa dan kaum adam yang suka bertanam bunga bertanyakan harga dan ingin membawa bunga keladi ini di rumah mereka, pastinya ingin dijadikan bunga penghias laman. Ya memang cantik dan tebal daunnya serta lebar dan sangat mempersonakan.
Sebagai Hiasan Depan Gerai Sweet Home. Maaf Bukan Dijual.
Tujuan bawa bunga keladi hanya perhiasan luar depan gerai kami yang kami level SWEET HOME menjual berbagai jualan makan dan minuman. Seperti rumah kita letak bunga menarik depan rumah untuk kita sendiri merasa suka dan gembira melihat bunga cantik kembang mekar depan rumah.
Bunga keladi urat daging ini Etuza pelihara bermula seawal 2022, tetapi tanpa disangka tiba-tiba rosak di cakar ayam peliharaan Etuza, selain itu kucing pergi duduk atas bunga keladi dalam pasu tanpa Etuza ketahui. Lalu lupa menyiram kerana semua keladi hilang dari pandangan kecuali bunga jenis pokok. Tiba-tiba awal bulan November kelihatan daun bunga keladi sangat cantik, inilah bunga Keladi Urat Daging. Etuza bela, siram dan letak baja dan tanah organik dan kokopit kelapa. Nampak semakin rimbun dedaunya.
Siapa datang di rumah melihatnya mesti bertanya bunga keladi ini. Benih bunga keladi masa 2022 jualan bunga sangat VIRAL dan Etuza beli anak bunga keladi ini dalam harga RM30.00, harga yang agak pelik kerana harga bunga masa itu semuanya mahal dan satu Malaysia menggemari tanaman bunga di laman. Mungkin kesan PKP duduk di rumah.
Keladi Urat Daging hias meja di laman.Keladi di laman yang belum pupus..Keladi daun hijau
Ramai bertanya harga, bunga hanya hiasan di depan Gerai Sweet Home pada 10 dan 11.12.2025.
Di area Likas Kota Kinabalu Sabah pada 09.12.2025, singah makan di Restoran Amin Maju.
Kepada blogger dari Indonesia TERIM KASIH menyukai hadiah dari Keningau, Sabah.
Happy sekali bila hadiah dari Keningau, Sabah sampai ditangan penerimanya
di Indonesia Blogger Fenny Nilla.Alhamdulillah.Terma kasih kerana turut suka hadiah ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/12/keladi-urat-daging-merah-ramai-terpesona.html