Petua Bantu Hilangkan Masalah Anak Kerap Kencing Malam


Masalah kencing malam ini selalu berlaku pada anak-anak yang masih bersekolah rendah dan kadangkala melarat hingga ke remaja. Saya masih ingat ketika kecil ketika masih bersekolah rendah dulu ada juga berlaku dalam keluarga kami ketika itu masih dalam umur 10 ke 13 tahun kalau tak silap saya. Hampir setiap minggu mak kena basuh dan jemur tilam sebabkan kencing malam. 

Apakah Sebenarnya Punca Masalah Kencing Malam?Keadaan ni memang tidak terkawal, sebab kita tak sedar pun dah terkencing, sedar-sedar dah basah tilam. Alhamdulillah, ketika itu ibu dan arwah bapa tak pernah marah atau pun salahkan kami tapi berikhtiar untuk hilangkan masalah kencing malam ini.
Masalah kencing malam pada anak-anak biasanya berlaku tanpa sedar. Keadaan ini disebut sebagai Enuresis (istilah perubatan) dan berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya ;

Anak mungkin tidur terlalu nyenyak.Mengalami tekanan emosi atau gangguan perasaan.Minum terlalu banyak air ketika malam dan sebelum tidur.

Kalau ikutkan dulu-dulu arwah saya beritahu yang saudara saya mengalami masalah kurang kawalan pundi kencing oleh doktor yang merawatnya. Dan kes saya lebih kepada takut hendak ke tandas pada malam hari dah akhirnya tidur nyenyak tanpa sedar dah kencing di tempat tidur.
Antara Petua Bantu Elakkan Anak Kencing Malam ialah:
    1. Minum Air Barli :Saya masih ingat arwah ayah selalu rebuskan air barli untuk kami minum bagi kurangkan masalah ini. Barli bersifat diuretik yang dapat meningkat pengeluaran air kencing. Jika masalah kencing malam anak adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran kencing, barli dapat membantu keluarkan toksin pada badan dengan lebih cepat.
    2. Buat Urutan di Bahagian Abdomen Anak :Urutan lembut boleh dilakukan pada bahagian abdomen anak yang mengalami masalah kencing malam ini. Selain dapat bantu menguatkan otot di bahagian tersebut, urutan dapat mengurangkan rasa tertekan anak. Dengan ini emosi anak juga dapat dijaga baik masalah kencing malam dapat dikurangkan.
Saya masih ingat mak dulu selalu urut dengan minyak urut di bahagian tersebut. Lega je rasa dan serta diri jadi lebih tenang.
    3. Bantu Anak Dengan Memahami Masalah Dihadapi Mereka :Kadangkala stress dan juga tekanan perasaan boleh akibatkan anak-anak mengalami masalah kesihatan contohnya gastrik, kencing malam dan juga migrain.
Sebagai ibubapa ada baiknya komunikasi dua hala selalu dilakukan supaya anak-anak dapat salurkan permasalahan mereka dengan baik dan tekanan perasaan dapat dikurangkan. 
    4. Latih Anak Kencing Sebelum Tidur:Anak juga boleh dilatih ke tandas sebelum masuk tidur. Ini supaya mereka tidak kencing di tilam. Mungkin dalam antara satu ke dua jam sebelum tidur, anak boleh disuruh untuk ke tandas dahulu.
    5. Gunakan Alas Tilam Kalis Air:Sementara anak-anak sedang berusaha untuk hilangkan masalah kencing malam, ibubapa boleh letakkan alas tilam yang kalis air untuk tujuan kurangkan bau hancing pada tilam.
Jangan Bimbang , Anak Pasti Boleh Sembuh !
Mengikut kajian masalah kencing malam pada anak-anak biasanya akan hilang dengan sendiri seiring dengan peningkatan umur mereka. Sebagai ibubapa jangan terlalu bimbang melainkan anak anda ada masalah yang lebih serius, ini dapat dipastikan dengan membawa mereka untuk diperiksa oleh doktor.
Namun, jika masalah kencing malam ini berlaku tanpa sedar dan kerap terjadi ketika sudah dewasa, kemungkinan ada masalah kesihatan lain yang sedang dihadapi. Jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan.
sumber info : myhealth.gov
Haulia Razali

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eksplorasilea.com/2020/12/petua-bantu-hilangkan-masalah-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Tak Nyenyak Sering Terganggu Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur

Tidur Tak Nyenyak Sering Terganggu Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 350 hits
Melihat anak tidur tidak nyenyak dan berpusing sana sini membuatkan hati ibu mula risau Apakah yang dialaminya sepanjang tidurnya yang panjang Sama seperti kita orang dewasa anak anak kecil kita juga mudah terdedah kepada gangguan ketika ti...
Melukis Altenatif Main Gajet Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan Warna

Melukis Altenatif Main Gajet Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan Warna

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 278 hits
Ketika bercuti panjang ini tidak dinafikan gajet menjadi pilihan utama anak anak di rumah Ubahlah cara ini jika tidak mahu anak ketinggalan dalam semua perkara malah merisikokan kehidupan mereka sendiri Lebih lebih lagi pada anak anak kecil...
Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 427 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sud...
Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak

Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 647 hits
Sekiranya anak anda hilang selera makan mengalami sakit perut cirit birit kembung pucat atau berat badan berkurangan anak anda mungkin mengalami masalah kecacingan Kecacingan atau jangkitan cacing biasa berlaku dalam kalangan kanak kanak da...
Tak Rugi Pun Main Sama Sama Dengan Anak Bantu Anak Kembangkan Ideanya Makin Bijak

Tak Rugi Pun Main Sama Sama Dengan Anak Bantu Anak Kembangkan Ideanya Makin Bijak

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 375 hits
Tahu tak mak ayah di rumahlah tempat anak anak untuk bermain dengan bebas Bukan di taska mahupun di tadika mereka Rumahlah tepat paling selesa untuk mereka Namun jangan dibiarkan anak bermain sendiri atau memahami mereka setiap kali mereka ...
Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

Bila Anak Kerap Batuk Selesema Elak Makanan Ni Anak Ada Asma Pun Elakkan Terus

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 879 hits
Pemakanan anak boleh jadi punca kepada permasalahan kesihatan anak Sebab itu bila anak sakit ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan Seperti yang dikongsikan oleh bila anak sakit terutama yang berkaitan dengan saluran...
Petua Untuk Hilangkan Migrain

Petua Untuk Hilangkan Migrain

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 545 hits
Petua hilangkan migrain ramai yang berkongsi Berkesan ke jika diamalkan petua petua tersebut Jika kita lihat di media sosial memang banyak Hanya yang pernah mencuba sahaja yang tahu berkesan atau tidak Migrain sakit kepala yang bagaimana Ja...
Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 298 hits
Tangisan adalah cara anak anak kecil kita berkomunikasi Pun begitu jika inilah cara yang digunakan oleh anak pada usia tiga tahun mak ayah perlu lakukan sesuatu Anak pada usia tiga tahun sudah boleh meminta diambilkan barang Jika hanya menu...
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top Bantu Anak Orang Asli Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top Bantu Anak Orang Asli Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 320 hits
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat Dengan peningkatan kes COVID 19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian kanak kanak tidak sabar ingin kembali ke se...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar