Melukis Altenatif Main Gajet Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan Warna


Ketika bercuti panjang ini tidak dinafikan gajet menjadi pilihan utama anak-anak di rumah. Ubahlah cara ini jika tidak mahu anak ketinggalan dalam semua perkara malah merisikokan kehidupan mereka sendiri. Lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil.
Usahakan untuk mencari satu aktiviti yang lebih berfaedah serta mampu mencipta bonding dan menggerakkan kemampuan anak berfikir. Barulah otak anak makin sihat dan berkembang. Salah satu aktiviti paling disarankan adalah melukis.
Ini yang disarankan oleh Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada anak-anak kita yang berada lama di rumah sepanjang cuti panjang ini.
Contoh lukisan anak-anak yang kreatif. Muktahkir ini, pasti ada segelintir ibubapa yang tertekan dan bergelut ketika pandemik melanda kerana mendepani ketagihan si anak kepada gajet. Ini cabaran besar anak-anak generasi Z. Hakikatnya, jangan pernah menyangka apa yang kita depani, sama dengan anak-anak generasi ini.
Hari ini, penciptaan gajet seringkali diagungkan sebagai penghubung manusia sejagat, namun ianya telah menjauhkan manusia dalam alam realiti kerana membawa kealpaan. Yang lebih menyedihkan apabila gadjet dijadikan “umpan” anak-anak kecil bagi memudahkan urusan ibu bapa.
Ibubapa perlu lebih bertanggungjawab dan lebih bijak dalam menangani cabaran membesarkan anak-anak kecil IT lebih-lebih lagi di masa pandemik ini. Misalnya, menetapkan peraturan asas serta memantau penggunaan gajet dan limitasi masa contohnya hanya sejam sehari.

Selebihnya, luangkan masa bersama anak dan jadikan setiap pertemuan adalah untuk mengeratkan silaturrahim. Ibubapa boleh melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca al-Quran bersama-sama sekurang-kurangnya senggang masa di antara Maghrib dan Isyak, mengikuti slot-slot tazkirah online bersama, dan banyak lagi.
Sabda Nabi S.A.W: “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang sebagai syafaat pada Hari Kiamat sebagai ahlinya (yakni pembacanya).” (Hadis Riwayat Muslim).
Ibubapa juga boleh memurnikan komunikasi bersama anak-anak kecil dengan aktiviti santai lain yang bermanfaat adalah seperti membaca buku bersama mahupun melukis. Islam membolehkan lukisan selagi mana ia mempunyai elemen yang baik dan tidak merosakkan akidah atau melalaikan.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah itu indah, Dia menyukai segala yang indah.” Allah SWT menciptakan daya kepada manusia untuk menghargai dan menyenangi keindahan (Hadith Riwayat Muslim).

 
Melukis bantu perkembangan asas literasi awal kanak-kanak
Di dalam pendidikan awal kanak-kanak, melukis seringkali dikaitkan dengan literasi visual. Banyak kajian telah menemui manfaat melukis dikalangan kanak-kanak.
Melukis mampu membantu perkembangan asas literasi awal kanak-kanak.
Secara umumnya, literasi awal kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai kemahiran membaca atau menulis yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mengekspresi tahap pemahaman dan komunikasi sesuatu konten ke dalam bentuk lukisan. Sekaligus menyokong perkembangan penaakulan intelektual.
Ibubapa perlu tahu bahawa otak kanak-kanak bekerja secara aktif ketika mereka bereksperimen dengan pelbagai jenis garisan dan bentuk mahupun ketika memicit cat warna atau mencampurkan warna.

Melukis menjadikan kanak-kanak lebih ekspresif dan kreatif. Kanak-kanak menyampaikan mesej apabila mereka melukis. Ibubapa dapat memperoleh gambaran awal tentang pemikiran dan perasaan anak melalui lukisannya. Kanak-kanak yang menzahirkan perasaan melalui lukisan mampu meningkatkan kecerdasan emosi.
Contohnya, sekiranya anak gembira dan sayang dengan keluarga dan persekitarannya, dia akan melakarkan lukisan seperti bentuk hati dan pelangi. Namun, sekiranya anak sedih dengan keadaan persekitarannya, dia akan melukis emoji sedih berserta airmata atau tanda silang pada objek tertentu.
Anak yang melukis hadiah harijadi idaman di atas sehelai kertas lalu diberikan kepada si ibu atau si ayah sebelum harijadinya menjelang tiba sebenarnya cuba menyampaikan mesej tentang harapan dan keinginannya.
Selain itu, ibubapa perlu sedar bahawa koordinasi otot dapat ditingkatkan melalui aktiviti melukis. Bermula dengan contengan, melukis titik dan garis hingga karya “agung”, melukis dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan ketangkasan koordinasi kanak-kanak dari usia muda.

Setiap kali memegang pensil, krayon, tiub warna atau berus warna, mereka menggunakan kemahiran yang dipanggil “dexterity”. Dalam bahasa mudah, “dexterity” ialah koordinasi otot kecil dalam pergerakan dan biasanya melibatkan pergerakan tangan, jari dan mata. Pelbagai jenis lukisan dapat membantu koordinasi tangan-mata kanak-kanak. Finger painting atau lukisan jari misalannya memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan tangan dalam berkarya.
Melukis adalah salah satu asas awal pemikiran logik dan abstrak. Mempelajari cara berfikir kreatif pada usia dini menjadikan kanak-kanak lebih bersedia kepada pendidikan masa depan.
Menjadi keperluan juga pada ibubapa untuk memberikan anak-anak kepelbagaian dalam penggunaan bahan untuk melukis seperti krayon, cat warna, kapur dan tidak ketinggalan alat media digital antaranya aplikasi Doodly dan Whiteboard sebagai persiapan pendidikan digital.
Anak-anak ialah aset ibubapa. Gadget bukan “teman setia” anak-anak kecil. Jangan pernah membiarkan mereka bersendirian bersama gadjet tanpa pemantauan, bimbingan dan kawalan. Ia boleh mengundang kesan negatif ke atas diri mereka yang naif.

Luangkan masa yang berkualiti bersama mereka dan lakukan aktiviti yang bermanfaat dalam berkasih sayang dengan anak kecil. Islam menggesa setiap ibubapa menitikberatkan apek pendidikan anak-anak. Imam al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya’ Ulum al-Din ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya.
Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”
Artikel berkaitan: Makin Kreatif Buat Otak Anak Berfikir, Latihlah Anak Pandai Melukis!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Melukis Altenatif Main Gajet, Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan & Warna! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/melukis-altenatif-main-gajet-bantu-otak-anak-aktif-bila-bereksperimen-dengan-garisan-warna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 262 hits
Di saat anak anda sudah pandai berjalan akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka Mereka akan melihat menyentuh menghidu mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka Ketika peringkat ...
Makin Kreatif Buat Otak Anak Berfikir Latihlah Anak Pandai Melukis

Makin Kreatif Buat Otak Anak Berfikir Latihlah Anak Pandai Melukis

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 364 hits
Tempoh cuti yang panjang ini ada baiknya kita sebagai mak ayah dorong anak untuk lakukan sesuatu yang berfaedah untuk mereka Jika anak suka aktiviti bercucuk tanam ajaklah anak anak sama menanam pokok kegemaran mereka Begitu jugalah dengan ...
Pilih Makanan Sihat Amp Aktif Bersukan Rahsia Kekal Muda Saida Tarudin Patutlah Nampak Sebaya Dengan Anak Anak

Pilih Makanan Sihat Amp Aktif Bersukan Rahsia Kekal Muda Saida Tarudin Patutlah Nampak Sebaya Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 842 hits
Pada 13 Disember lalu genaplah usia Saida Tarudin yang ke 44 tahun Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Norsairah Beberapa hari lalu Saida telah berkong...
Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak Bantu Dia Membesar Lebih Sihat

Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak Bantu Dia Membesar Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 290 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik Ini menjela...
Isteri Anak Syafiq Ahmad Stabil Masih Dirawat Di Hospital Seberang Jaya

Isteri Anak Syafiq Ahmad Stabil Masih Dirawat Di Hospital Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 562 hits
MUHAMMAD Syafiq Ahmad masih bersedih di atas kehilangan anak emak mentua dan pembantu rumahnya yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Sungai Bakap pukul 4 pagi semalam BUTTERWORTH Isteri dan anak kepada pemain Harimau Malaya ...
Jom Kemas Dapur Ajak Anak Buat Sama Sama Bukan Marah Sambil Arah Dia Tak Akan Buat Kalau Kita Arah Arah

Jom Kemas Dapur Ajak Anak Buat Sama Sama Bukan Marah Sambil Arah Dia Tak Akan Buat Kalau Kita Arah Arah

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 360 hits
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa sebenarnya kita sedang untuk memahami sikap anak anak yang berlainan Lebih mencabar jika anak anak menggunakan tangisan sebagai komunikasi sebagai luahan perasaan Ada beberapa perkara yang anak anak sang...
Masa Check Doktor Cakap Anak Seorang Bila Bersalin Keluar Kembar

Masa Check Doktor Cakap Anak Seorang Bila Bersalin Keluar Kembar

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 400 hits
Seorang ibu tak menyangka yang dia akan merasa pengalaman melahirkan anak kembar beberapa bulan lepas Selama kehamilannya dia hanya mengetahui yang janinnya hanya satu Ibu muda terkejut merasai pengalaman melahirkan anak kembar pramatang Kr...
Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan Amp Tidak Berdrama Macam Ibu

Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan Amp Tidak Berdrama Macam Ibu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 263 hits
Proses membesarkan anak anak merupakan cabaran terbesar buat ibu ayah Mana tidaknya mereka perlu diterapkan dengan nilai nilai baik setiap hari bagi membentuk keperibadian seorang anak yang hebat Tentu sahaja ada perbezaan dalam corak didik...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator