Tidur Tak Nyenyak Sering Terganggu Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur


Melihat anak tidur tidak nyenyak dan berpusing sana sini membuatkan hati ibu mula risau. Apakah yang dialaminya sepanjang tidurnya yang panjang. Sama seperti kita orang dewasa, anak-anak kecil kita juga mudah terdedah kepada gangguan ketika tidur.
Rasanya tidak ramai yang cakna mengenai apa itu sleep apnea bukan? Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis gangguan tidur!
Gangguan ini bukan sahaja akan mengakibatkan tidur anda menjadi tidak lena malahan juga berisiko menyebabkan kondisi kesihatan yang lain.

Meskipun kita semua sering kali terdengar atau terbaca bahawa ia kerap terjadi kepada orang dewasa, ketahuilah bayi juga berisiko mengalaminya.
Apa itu sleep apnea?
Sleep apnea adalah sejenis gangguan tidur yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia. Menurut Dr. Zarmina Ehsan yang merupakan Pembantu Profesor Pediatrik dari University of Missouri-Kansas City School of Medicine di Amerika Syarikat, ada 2 jenis gangguan tidur apnea yang utama iaitu:
Obstructive sleep apnea (OSA)
Ia terjadi apabila berlaku penyekatan atau penyempitan saluran pernafasan dari hidung ke paru-paru lantas menyebabkan penderita kekurangan oksigen ketika sedang tidur.
Central sleep apnea (CSA)
Ia terjadi apabila terdapat halangan atau rintangan penghantaran isyarat dari otak ke sistem pernafasan (paru-paru, hidung dan mulut) agar terus bernafas ketika sedang tidur.
Berikut adalah simptom-simptom yang mungkin akan berlaku sekiranya menderita gangguan tidur ini:
* Sukar bernafas terutamanya pada waktu malam
* Sering mengantuk terutamanya pada waktu siang
* Kesukaran menumpukan perhatian
* Masalah perilaku
* Tidur berdengkur
* Sekiranya ada simptom-simptom yang dinyatakan ini pada diri atau bayi anda, segera berjumpa doktor untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain.

Bayi pun berisiko alami gangguan tidur apnea?
Menurut kajian yang dijalankan oleh healthychildren.org, kira-kira 2% kanak-kanak dan bayi akan mengalami kondisi ini dan majoritinya tidak mendapatkan rawatan lanjutan. Ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurang peka, arif dan cakna mengenai apa itu sleep apnea.
Perkara pertama yang kalian perlu perhatikan ketika si kecil anda sedang tidur adalah pernafasan mereka – lihat dan dengar sama ada mereka berdengkur, tercekik atau sukar untuk bernafas.
Bayi anda juga bukan perlu diberi perhatian ketika tidur waktu malam sahaja, malahan ketika ‘naping’ pada waktu siang agar gejala sleep apnea tidak lagi berulang pada ketika yang lain. Sekiranya anda mengesyaki si kecil anda mengalami gangguan ini, segera bawa bayi jalani ujian gangguan tidur!
Tanpa diduga, si kecil anda juga mungkin adalah salah seorang dari individu yang menderita gangguan tidur apnea. Selepas mendapati terdapat petanda atau gejala gangguan tidur ini pada mereka, segera berjumpa dengan pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan,
Di sana, pakar mungkin akan menyarankan bayi kalian untuk menjalankan ujian tidur yang dikenali sebagai polysomnogram. Semasa ujian ini, staf perubatan akan melihat dan menilai si kecil anda ketika sedang tidur dengan bantuan lekatan sensor pada tubuh badan.

Ini untuk memerhatikan corak pernafasan, kadar kemasukan oksigen serta gelombang pergerakan otak (electroencephalogram atau EEG). Hasilnya, ia akan dapat menentukan sama ada mereka menderita sleep apnea ataupun tidak.
Kebanyakan bayi atau kanak-kanak yang alami gangguan sleep apnea ini akan mempunyai tonsil dan adenoid yang lebih besar. Adalah penting untuk membuang tonsil dan adenoid ini melalui prosedur pembedahan tonsilektomi dan adenoidektomi. Ia adalah langkah pertama yang perlu ibu bapa lakukan untuk merawat kondisi ini sepenuhnya.
Selain itu, ada juga rawatan lain yang memerlukan si kecil kalian memakai topeng ketika mereka tidur agar aliran udara yang masuk ke dalam hidung atau mulut mereka lebih lancar dan stabil.
Sekiranya mereka lahir dengan kondisi kesihatan lain seperti sindrom Down, cerebral palsy atau craniofacial, maka bayi anda lebih tinggi risiko terkena gangguan tidur apnea dan memerlukan rawatan lanjutan khas.
Artikel berkaitan: Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah, Ubah Cara Kita, Kesian Mereka
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: Hellodoktor.com
The post Tidur Tak Nyenyak, Sering Terganggu, Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidur-tak-nyenyak-sering-terganggu-tak-tahu-rupanya-anak-ada-masalah-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak Rupanya Tak Bukan Material Anak Perlu Tapi

Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak Rupanya Tak Bukan Material Anak Perlu Tapi

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 445 hits
Keluar makan bersama pergi bercuti beli baju dan permainan itu semua merupakan bonding antara ibu bapa dan anak anak yang sering dilakukan Tapi itu semua tak janjikan anak anak akan rapat dengan kita Rupanya ada beza antara bonding luaran d...
Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 261 hits
Macam macam perkataan yang kita keluarkan pada anak kita Anak anak kecil yang sedang membesar sebenarnya sudah mula memahami apa yang diperkatakan kepada mereka Oleh sebab itu belajarlah untuk mengeluarkan perkataan yang baik baik sahaja Ad...
Mama Bangunlah Ramai Orang Datang Ni Anak Kecil Sangka Ibunya Sedang Tidur

Mama Bangunlah Ramai Orang Datang Ni Anak Kecil Sangka Ibunya Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 437 hits
Mama bangunlah ramai orang datang rumah kita kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman tiga tahun yang cuba mengejutkan jenazah ibunya Mahfuzah Ishak yang disangka sedang tidur Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi Nur Adni Afeera beralih...
Simple Saja Main Sambung Sambung Rupanya Aktiviti Ni Dapat Latih Motor Halus Anak

Simple Saja Main Sambung Sambung Rupanya Aktiviti Ni Dapat Latih Motor Halus Anak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 382 hits
Jika berkunjung ke taska atau tadika anak anak pasti kita akan ternampak mainan seakan paip ini di mana mana Inilah salah satu pembelajaran sambil bermain yang diterapkan di sekolah untuk anak anak kita Kemahiran bermain paip yang disambung...
Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Elak Bagi Coklat Kafein

Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi Ada Kaitan Dengan Pemakanan Elak Bagi Coklat Kafein

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 291 hits
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam kanak kanak pun tidak terkecuali juga Aduh ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut Masalah tidur malam dalam kalangan kanak kanak Umumnya terdapat b...
Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 379 hits
Tidak dinafikan ramai ibu ayah mengakui bahawa anak tidur bersama setiap malam walaupun sudah berusia 7 tahun Sememangnya setiap orang mempunyai pendapat masing masing namun hal yang jelas ialah kesan tabiat ini terhadap proses perkembangan...
Masalah Tulang Belakang Sakit Ketika Tidur Baring Ibu Hamil

Masalah Tulang Belakang Sakit Ketika Tidur Baring Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 392 hits
Masalah Tulang Belakang Sakit Ketika Tidur Baring Ibu HamilMasalah Tulang Belakang Sakit Ketika Tidur Baring Ibu Hamil Ketika sedang mengandung 5 minggu saya mengalami kemalangan jalan raya yang agak tragis Saya tercampak keluar dari kereta...
Hiburan Comel Macam Anak Patung Emma Maembong Dedah Wajah Anak Sulungnya Di Instagram

Hiburan Comel Macam Anak Patung Emma Maembong Dedah Wajah Anak Sulungnya Di Instagram

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 310 hits
Sejak menimang cahaya mata pada awal November lalu Emma Maembong kini menjadi perhatian peminat apabila ramai yang menantikan pelakon tersebut untuk memuat naik foto terbaru anak sulungnya itu Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator