Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran


Tangisan adalah cara anak-anak kecil kita berkomunikasi. Pun begitu jika inilah cara yang digunakan oleh anak pada usia tiga tahun, mak ayah perlu lakukan sesuatu. Anak pada usia tiga tahun sudah boleh meminta diambilkan barang.
Jika hanya menunjukkan cari, bukan hanya ada masalah speech delay bahkan berkemungkinan anak juga mempunyai masalah pendengaran.
Menurut Encik Mohd Rayyan Abdul Halim, Audiologis daripada Perfect Hearing, Shah Alam, ada beberapa petanda dan isyarat bahasa badan anak yang menunjukkan mereka ada masalah pendengaran. Mama papa kena periksa ni.

Komunikasi anak kecil hanyalah dengan menangis. Apa sahaja keperluan dan keinginan mereka seperti lapar, sejuk, panas, minta didodoi, tidak selesa, minta ditukar lampin, semuanya adalah dengan menangis.
Komunikasi ini kemudiannya berubah apabila bayi membesar bermula dengan bebelan bunyi konsonan seperti ba, ba, ma,ma, pa, pa. Pendedahan bunyi atau percakapan berterusan kepada bayi merangsang otak mereka untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka dengar.
Lebih kerap kita berkomunikasi dengan mereka, lebih banyak rangsangan otak dapat dihasilkan. Apabila mencapai umur 1 tahun, bayi mula menyebut perkataan yang bermakna seperti “mama” yang merujuk kepada si ibu atau “papa” merujuk kepada si ayah. Jika berkehendakkan sesuatu mereka sepatutnya boleh menyebut satu perkataan seperti ‘nak’ sambil menunjuk benda yang dikehendaki.
Apabila mencecah umur 2 tahun dengan 2 patah perkataan seperti “nak makan”, umur 3 tahun dengan sekurang-kurangnya dengan 3 patah perkataan seperti “nak makan nasi”. Perkembangan komunikasi ini berkembang seiring dengan pertambahan umur dan hendaklah sentiasa dipantau secara berterusan.

Kenal Pasti Tanda-Tanda Anak
Jika anak sudah berumur 3 tahun tapi komunikasinya adalah hanya dengan isyarat bahasa badan seperti menunjuk-nunjuk dengan jari (finger-pointing) kepada barang yang dikehendakinya, ibu bapa perlu berhati-hati.
Kemahuan anak tanpa sebarang permintaan lisan seperti, menunjuk ke dapur yang bermaksud mahu makan , menunjuk ke televisyen yang bermaksud mahu menonton, menunjuk ke bilik yang bermaksud mahu tidur, maka ini memberi petanda yang memerlukan tindakan segera dari ibu bapa.
Sekiranya si anak ingin menonton televisyen dengan kekuatan suara televisyen yang tinggi atau selalu menonton dalam jarak yang dekat juga memberikan petanda berhati-hati juga kepada ibu –bapa. Begitu juga jika si anak kerap mengadu sakit telinga dan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah.
Tanda-tanda ini merupakan tanda awal seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang boleh membawa kepada masalah lain seperti lewat bercakap dan masalah pembelajaran apabila memasuki alam persekolahan nanti.

 
Tips Untuk Ibu Bapa
1. Perbanyakkan ilmu berkaitan perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.
2. Sentiasa merangsang otak si anak dengan sentiasa berkomunikasi.
3. Pastikan komunikasi si anak mengikut jadual perkembangan mengikut umur.
4. Buat perbandingan perkembangan komunikasi antara abang atau kakak dengan si adik pada umur tertentu jika perlu.
5. Perhatikan respon si anak kepada bunyi-bunyi yang biasa di rumah seperti bunyi mainan, bunyi air, bunyi burung dan lain- lain lagi.
6. Bertindak dengan segera dengan merujuk kepada doktor atau Audiologis sekiranya :
* Anak kerap mengadu sakit telinga / cecair kerap mengalir dari dalam telinga.
* Si anak menonton televisyen atau gajet dengan nada bunyi yang kuat atau menonton terlalu dekat dengan televisyen
* Lewat bercakap.
* Berkomunikasi dengan bahasa isyarat seperti menunjuk jika inginkan sesuatu tanpa komunikasi lisan.
* Selesema berpanjangan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu, Awas! Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-bercakap-tapi-tunjuk-jari-bila-nak-sesuatu-awas-bimbang-anak-ada-masalah-pendengaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Kesan Anak Anda Delay Dalam Bercakap

Cara Nak Kesan Anak Anda Delay Dalam Bercakap

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 404 hits
RAMAI YANG TAK TAHU MACAM MANA BILA NAK DETECT ANAK DELAY KE TIDAK Artikel ini dikongsikan oleh Aishah Kassim di laman web ramsi beliau berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya Caranya senang sahaja macam ni Cara Nak Kesan Ana...
Bukan Sebab Nak Tunjuk Baik Faezah Elai Ikhlas Sayang Anak Tiri Sepenuh Hati

Bukan Sebab Nak Tunjuk Baik Faezah Elai Ikhlas Sayang Anak Tiri Sepenuh Hati

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 304 hits
Sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya Luq Adam pelakon jelita Noor Faezah Md Elai atau lebih mesra dikenali dengan nama Faezah Elai berkongsi kisah tentang anak lelakinya itu di laman Instagram miliknya Menurut pelakon berusia 38 tahun...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 409 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Patut Laa Fazura Tak Nak Tunjuk Rupanya Fazura Kngsi Wajah Anak Sekali Netizen Perasan Sesuatu

Patut Laa Fazura Tak Nak Tunjuk Rupanya Fazura Kngsi Wajah Anak Sekali Netizen Perasan Sesuatu

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 390 hits
loading Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura yang memperoleh bayi sulung mereka pada 2 Oktober 2020 merahsiakan wajah puteri mereka sebelum ini
Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet Risiko Anak Delay

Bila Masa Anak Nak Pandai Bercakap Kalau Asyik Main Gajet Risiko Anak Delay

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 356 hits
Anak lambat bercakap mak ayah mulalah risau Tanpa sedar anak lambat bercakap disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang diperkenalkan pada mereka sejak kecil Mungkin kita tidak tahu atau takut anak ketinggalan zaman kerana tidak pandai ...
Anak Umur 2 Tahun Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Tegurlah Dengan Baik

Anak Umur 2 Tahun Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Tegurlah Dengan Baik

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 372 hits
Di usia anak dua tahun anak kecil kita sudah menampakkan cara untuk bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya Pun begitu ada waktunya anak kecil kita masih tidak pandai cara berkawan Bermain sambil tolak menolak itu biasa tetapi jangan dibia...
Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak Rupanya Tak Bukan Material Anak Perlu Tapi

Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak Rupanya Tak Bukan Material Anak Perlu Tapi

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 445 hits
Keluar makan bersama pergi bercuti beli baju dan permainan itu semua merupakan bonding antara ibu bapa dan anak anak yang sering dilakukan Tapi itu semua tak janjikan anak anak akan rapat dengan kita Rupanya ada beza antara bonding luaran d...
Nak Tunjuk Kaya Kena Sambut Krismas

Nak Tunjuk Kaya Kena Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 251 hits
Hamdan TahaKedua ibu bapa saya tidak pernah mendidik saya supaya kejar menjadi kaya Dia doa dan minta supaya anak dia senang dan murah rezeki sahaja Dia doa supaya anak anak dia hidup lebih baik dari mereka setakat itu sahaja Tetapi dunia h...
Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 509 hits
loading Perkongsian foto di Instagram daripada pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Nur Fazura tengah malam tadi mengundang perhatian netizen
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui