Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top Bantu Anak Orang Asli Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat



Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat. Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 
Senyuman mesra dari pelajar SK Kudong, Johor, sekolah Orang Asli berprestasi tinggi yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Sekolah Orang Asli terbaik, PIBG terbaik, PIBK terbaik, Pra-sekolah terbaik dan Surau Sekolah terbaik.
Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.

Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.

Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu

Pelajar dari SK Pos Dipang, Perak gembira bermain bowling kelapa.
TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.

“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li. 
Pelajar Orang Asli di SK Terisu, Pahang gembira bila bersama.
Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020
Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’

dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.

Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online. 
Sesuai untuk basuhan baju seragam sekolah dan pelitup muka, menghapuskan 99.9% bakteria dan bau hapak

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2020/12/kempen-cerahi-kehidupan-bersama-top.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 309 hits
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat l Assalamualaikum Dengan peningkatan kes COVID 19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian kanak kanak tidak sabar i...
Video Adakah Isteri Akan Selamat Suami Sayu Isteri Contraction Lahirkan Anak

Video Adakah Isteri Akan Selamat Suami Sayu Isteri Contraction Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 362 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik detik kelahiran bayi mereka dan berharap segala urusan dipermudahkan Namun begitu disebalik perasaan teruja menyambut kelahiran baru pastinya keselamatan ibu ju...
Corona Kembali Menggila Kpai Minta Sekolah Tatap Muka Ditunda

Corona Kembali Menggila Kpai Minta Sekolah Tatap Muka Ditunda

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 216 hits
Meningkatnya jumlah kasus Covid 19 pada anak anak di Indonesia membuat Komisioner Komisi Perlindungan Anak Indonesia Bidang Pendidikan Retno Listiyarti meminta Pemerintah untuk mengkaji ulang pembukaan sekolah pada semester genap 2020 2021 ...
Let Us Join Top To Assist Orang Asli With Back To School Essentials

Let Us Join Top To Assist Orang Asli With Back To School Essentials

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 343 hits
Let Us Join TOP To Assist Orang Asli with Back To School Essentials Just when we thought we were winning the unlucky streak strikes again That s the case with the pandemic scenario in our beloved country With the spike in COVID 19 cases in ...
Petua Bantu Hilangkan Masalah Anak Kerap Kencing Malam

Petua Bantu Hilangkan Masalah Anak Kerap Kencing Malam

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1375 hits
Masalah kencing malam ini selalu berlaku pada anak anak yang masih bersekolah rendah dan kadangkala melarat hingga ke remaja Saya masih ingat ketika kecil ketika masih bersekolah rendah dulu ada juga berlaku dalam keluarga kami ketika itu m...
Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 431 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sud...
Pilih Baju Sekolah Untuk Anak Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 441 hits
Ibu bapa pastinya akan mula kembali sibuk dengan pelbagai urusan anak anak sebaik cuti hujung tahun bakal melabuhkan tirainya Salah satu hal yang menjadi keutamaan ibu bapa pastinya menyediakan kelengkapan persekolahan anak anak Bagi ibu ba...
Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak Bantu Dia Membesar Lebih Sihat

Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak Bantu Dia Membesar Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 304 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik Ini menjela...
Wayar Masuk Dalam Jantung Selamat Jalani Pembedahan Bob Lokman Kembali Ke Kelantan

Wayar Masuk Dalam Jantung Selamat Jalani Pembedahan Bob Lokman Kembali Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 337 hits
Penulis lirik dan pelakon popular Bob Lokman 56 selamat tiba di kediamannya di Kubang Kerian Kelantan kira kira jam 6 30 petang hari ini selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therap...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin