Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak


Sekiranya anak anda hilang selera makan, mengalami sakit perut, cirit-birit, kembung, pucat atau berat badan berkurangan, anak anda mungkin mengalami masalah kecacingan. Kecacingan atau jangkitan cacing biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan beberapa golongan dewasa yang mempunyai faktor risiko.


Kebiasaannya, cacing yang menjadi parasit di dalam tubuh manusia adalah seperti cacing gelang, cacing cangkuk, cacing kerawit, cacing benang dan cacing pita. Cacing-cacing tersebut mampu hidup di dalam tubuh manusia dengan mendapatkan nutrien di dalam usus ketika proses penghadaman. 

Bagaimana Jangkitan Cacing Berlaku? Jangkitan cacing melalui makanan berlaku apabila makanan seperti sayur dan buah-buahan tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur atau larva cacing yang terdapat pada permukaannya turut ditelan. Selain itu, amalan tidak membasuh tangan sebelum makan turut meningkatkan risiko dijangkiti. 
Bukan itu sahaja, jangkitan cacing juga boleh diperoleh melalui persekitaran jika kulit bersentuhan dengan telur cacing, seperti tabiat gemar berkaki ayam atau bermain di kawasan berpasir.

Komplikasi KecacinganJangkitan cacing yang kronik dapat menyebabkan komplikasi seperti masalah anemia dan kekurangan nutrien. Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan yang berpanjangan dan tidak dirawat sebaiknya akan mengalami masalah pertumbuhan fizikal akibat bekalan nutrisi yang terganggu. 

Rawatan Jangkitan CacingRawatan awal secara berjadual terbukti dapat mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan cacing. Terdapat beberapa jenis ubat dalam pasaran yang boleh digunakan untuk rawatan jangkitan cacing. Ini termasuk sesetengah ubat cacing dalam kategori ubat am yang boleh dibeli di premis farmasi komuniti.
Ubat-ubat ini berbeza dari segi dos dan bilangan hari ubat tersebut perlu diambil. Selain itu, spektrum tindakan setiap ubat terhadap spesis cacing juga berbeza. Ada ubat yang berkesan kepada kebanyakan spesis cacing manakala beberapa ubat lain hanya berkesan untuk merawat masalah kecacingan yang disebabkan oleh satu atau dua spesis cacing sahaja.
Albendazole ialah ubat yang biasa digunakan untuk rawatan jangkitan cacing. Ubat ini terdapat dalam sediaan tablet, tablet boleh kunyah dan ubat minum (suspensi). Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah sakit perut, loya, sakit kepala dan pening. 
Secara umumnya, kesan sampingan ubat albendazole adalah ringan dan akan berkurangan dengan sendirinya. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi berkaitan kesesuaian dan arahan penggunaan ubat ini supaya kesan rawatan yang diingini tercapai.
Selain albendazole, ubat lain dalam pasaran yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan cacing adalah seperti mebendazole. Pengguna yang mengalami jangkitan cacing yang berulang atau kronik hendaklah mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor supaya rawatan yang bersesuaian dan berkesan dapat diberikan. Jangkitan cacing yang serius perlu dirawat dengan segera supaya komplikasi dapat dielakkan.

Nasihat Untuk Ibu MengandungIbu mengandung tidak sesuai untuk mengambil albendazole atau ubat-ubat lain tanpa arahan doktor atau ahli farmasi. Ibu mengandung yang mengalami simptom-simptom kecacingan perlu hadir ke fasiliti kesihatan dan diperiksa oleh doktor sebelum rawatan diberikan. 

Tip Mengelakkan Masalah Kecacingan Terutama Pada Kanak-kanakMengutamakan kebersihan di persekitaran dan ketika menjalankan aktiviti harian merupakan langkah utama untuk mengelakkan jangkitan cacing berlaku. Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan oleh pengguna:
a. Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.b. Basuh sayur atau buah-buahan dengan menyeluruh sebelum dimasak atau dimakan mentah.c. Daging dan ikan perlu dimasak dengan suhu yang betul.d. Memakai selipar ketika berjalan di halaman rumah yang berpasir.e. Elakkan menyentuh tanah yang bercampur dengan najis.f. Sentiasa memakai pakaian dan mengguna cadar serta selimut yang bersih.g. Buang lampin (diaper) yang mengandungi najis bayi di tempat yang sesuai.



Jangkitan Cacing Pada Anak Bukan Perkara RemehPara ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya mereka mengalami simptom-simptom kecacingan yang ketara. Sebagai alternatif, anak-anak boleh dibawa ke fasiliti kesihatan bagi pemeriksaan yang lebih menyeluruh. 
Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi agar ubat-ubatan yang sesuai dalam rawatan kecacingan diberikan. Jangkitan cacing tidak seharusnya diambil mudah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2020/01/ibu-jangan-ambil-mudah-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begitu Besarnya Pahala Mendidik Anak Anak Ibu Bapa Jangan Mudah Mengeluh Jaga Amanah Allah Dengan Sebaiknya

Begitu Besarnya Pahala Mendidik Anak Anak Ibu Bapa Jangan Mudah Mengeluh Jaga Amanah Allah Dengan Sebaiknya

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 370 hits
MENDIDIK anak anak bukan kerja yang mudah Banyak ranjau yang terpaksa direntas supaya amanah daripada ALLAH SWT itu dapat disempurnakan dengan sebaik baiknya Apatah lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tempoh hari Ramai y...
Jangan Pakaikan Anak Barang Kemas Ke Tadika Antara 22 Peringatan Mesra Dari Cikgu Untuk Ibu Ayah

Jangan Pakaikan Anak Barang Kemas Ke Tadika Antara 22 Peringatan Mesra Dari Cikgu Untuk Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 668 hits
Tahun depan anak anak dah mula masuk ke tadika ataupun sekolah Memang seronok dan teruja nak tengok anak kecil kita mula ke sekolah Terasa dah besar si kecil kita ni pelbagai persiapan sekolah dibuat ibu ayah semua barang terasa nak dibeli ...
Anak Lebih Seorang Jangan Pilih Kasih Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah

Anak Lebih Seorang Jangan Pilih Kasih Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 431 hits
Bagusnya anak aku ni kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia Ingat jangan membanding dan beza anak anak Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik beradik lain mereka selalu di marah selalu l...
Anak Tertawa Saat Makamkan Ibu Tetiba Berubah Saat Buka Kafan Penutup Wajahnya

Anak Tertawa Saat Makamkan Ibu Tetiba Berubah Saat Buka Kafan Penutup Wajahnya

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 235 hits
Orang menghadapi ujian termasuk saat kehilangan orang orang tercinta dengan banyak cara Ada yang biasa saja ada pula yang terus meratapi kepergian orang terkasih tersebut Demikianlah yang disaksikan oleh Muhammad Rafieudin Zainal Rasid petu...
Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 248 hits
loading Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seorang kanak kanak lelaki yang masih kecil diikat tali di bad...
Cara Mudah Untuk Menyimpan Dan Melabur Secara Berkala Untuk Anak Anak

Cara Mudah Untuk Menyimpan Dan Melabur Secara Berkala Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 334 hits
Dalam pada ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk keluarga kadang kadang kita terlupa untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan anak anak Walaupun kita sedar kepentingan menyimpan
Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 519 hits
Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid 19 melanda negara kita Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarg...
Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 396 hits
789 total views 789 views today Perjalanan empat beranak berakhir dengan tragedi pilu apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 272 5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang Ipoh pada Rabu Namun memetik lapora...
Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 348 hits
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri Jika mer...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024