Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon


Perumahan Kasih Johor (2026) sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor.
Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif tahun 2026.
Pengenalan Perumahan Kasih Johor Rumah Kasih Johor (RKJ) ialah sebuah inisiatif perumahan yang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat, khususnya golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih, berpeluang memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Jenis Inisiatif Perumahan Kasih Johor Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 terbahagi kepada tiga iaitu:
Rumah Prihatin Johor Bantuan Sewa Rumah Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000 Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000 Syarat Kelayakan & Cara Permohonan 1. Bantuan Sewa Rumah Program Bantuan Sewa Rumah 2026 menyasarkan 20,000 orang sebagai penerima. Setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan selama 10 bulan bermula Mac 2026.
Objektif Program: Program ini bertujuan:
Meminimumkan beban sewa golongan B40 di seluruh Negeri Johor. Mengurangkan tekanan kos sara hidup, khususnya bagi golongan B40, sepanjang tempoh sehingga 10 bulan pada tahun 2026, selagi perjanjian sewaan masih berkuat kuasa. Syarat Kelayakan Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan beralamat di Negeri Johor. Pemohon dan pasangan mestilah pengundi berdaftar di Negeri Johor. Pemohon adalah berkahwin, ibu tunggal atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. Pemohon berumur 25 hingga 40 tahun. Pemohon bekerja di Negeri Johor. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau tidak tinggal di rumah bawah program kerajaan seperti PPR, RSK, RMMJ Transit, Rumah Johor (RTB), atau perumahan di bawah syarikat berkaitan kerajaan. Pendapatan isi rumah tidak melebihi: RM5,000 sebulan bagi kawasan JS-SEZ (MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP). RM4,000 sebulan bagi kawasan selain JS-SEZ. Pemohon menyewa rumah yang bukan milik ahli keluarga terdekat. Pemohon sedang menyewa rumah dengan bukti perjanjian sewaan yang sah. Kaedah Permohonan Permohonan perlu dibuat melalui borang rasmi dan dihantar terus kepada PKPJ. Pemohon juga boleh rujuk pautan ini (https://drive.google.com/drive/folders/1n8QQBuEnE6chQgi8xb9cPN3nBu5SxBb7) yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memuat turun borang permohonan.
Borang Permohonan:
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1n8QQBuEnE6chQgi8xb9cPN3nBu5SxBb7
Muat turun Borang Akujanji Pemilih Rumah : https://drive.google.com/drive/folders/1n8QQBuEnE6chQgi8xb9cPN3nBu5SxBb7
Muat turun Borang Akujanji Pemohon/Penyewa Rumah : https://drive.google.com/drive/folders/1n8QQBuEnE6chQgi8xb9cPN3nBu5SxBb7
Kaedah Penyaluran: Bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
Hadar Kadar Sewa yang Ditetapkan Kawasan Johor Bahru (termasuk JS-SEZ: MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP) Had maksimum sewa: RM1,500.00 Luar kawasan JS-SEZ (selain Johor Bahru) Had maksimum sewa: RM1,000.00 Dokumen Permohonan: Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / perceraian / kematian (jika berkaitan). Salinan semakan daftar pemilih dari Suruhanjaya Pilihan Raya. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini pemohon dan pasangan (disahkan majikan). Jika bekerja sendiri, sertakan penyata KWSP terkini ATAU penyata bank 3 bulan terkini. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja). Salinan perjanjian sewaan yang telah ditandatangani dan dimatikan setem. Jika masih dalam proses, sertakan perjanjian asal beserta perjanjian tambahan apabila siap. Gambar rumah yang disewa. Pemohon perlu melengkapkan borang Aku Janji Penyewa Rumah dan Aku Janji Pemilik Rumah (bagi rumah yang disewa). Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.

2. Bantuan Beli Rumah Pertama Program ini menyediakan bantuan kepada 20,000 pembeli rumah pertama yang membeli rumah di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) bagi lot Bumiputera. Setiap penerima layak menerima bayaran one-off sebanyak RM5,000.
Objektif Program: Program Bantuan Beli Rumah Pertama dilaksanakan untuk:
Membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah melalui pembelian RMMJ, lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera. Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Johor, khususnya golongan Bumiputera. Memberikan bantuan one-off bagi meringankan beban kewangan pemohon untuk digunakan sebagai bayaran deposit atau yuran guaman. Mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (“rent trap”). Syarat Kelayakan Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memegang kad pengenalan beralamat di Negeri Johor. Pemohon dan pasangan mestilah pengundi berdaftar di Negeri Johor. Pembelian rumah pertama mestilah daripada kategori: RMMJ, lot Bumiputera, atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera
dengan harga RM500,000 dan ke bawah. Rumah yang dibeli mestilah berada di dalam Negeri Johor. Pembelian mestilah dibuat dalam tahun 2025 atau 2026 sahaja. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera bagi pembelian lot Bumiputera dan pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera. Kaedah Permohonan: Permohonan perlu dibuat melalui borang yang disediakan dan dihantar terus kepada PKPJ. Pemohon boleh rujuk pautan ini (https://drive.google.com/drive/folders/1EzgTRqQOoQCb7PdVCpMQbSLh7UbCNro5) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang permohonan.
Borang Permohonan:
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1EzgTRqQOoQCb7PdVCpMQbSLh7UbCNro5
Dokumen Permohonan: Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Salinan sijil kelahiran bagi pembelian pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.
(Untuk status Bumiputera: sertakan surat sijil lot Bumiputera bagi pembelian lot Bumiputera.) Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) untuk pembelian RMMJ. Salinan Perjanjian Jual Beli bagi pembelian RMMJ, ATAU salinan bagi lot Bumiputera atau pasaran sekunder (sub-sale) yang berkaitan. Salinan surat tawaran pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan. Salinan Carian Persendiri Hakmilik Rumah yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Galian Johor/Pejabat Tanah Daerah untuk pembelian pasaran sekunder. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja). Salinan Semakan Daftar Pemilih Mengundi di Negeri Johor bagi pemohon dan pasangan (boleh dicetak dari laman web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my). Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.
3. Bantuan Masuk Rumah Pertama Seramai 8,915 pembeli rumah pertama di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) layak menerima bantuan ini. Bayaran one-off yang asalnya bernilai RM1,000.00 telah dinaikkan kepada RM2,000.00 bagi membantu pembeli membuat persediaan awal memasuki rumah baharu.
Objektif Program: Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban awal pembeli rumah, termasuk kos perpindahan, deposit utiliti, serta keperluan asas ketika memasuki rumah baharu.
Syarat Kelayakan Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
Pemohon perlu memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) yang dikeluarkan oleh PKPJ bagi rumah di bawah kategori Rumah Mampu Milik. Pemohon hendaklah telah menerima surat serahan dokumen milikan kosong atau Vacant Possession (VP) daripada pemaju antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026, yang mengesahkan bahawa rumah telah siap dan boleh diambil kunci. Pemohon dan pasangan belum pernah menerima bantuan ini sebelum ini. Pemohon dan pasangan yang pernah menerima bantuan baucar RMMJ adalah tidak layak memohon. Kaedah Permohonan: Permohonan perlu dibuat menggunakan borang yang disediakan dan dihantar terus kepada PKPJ. Pemohon juga boleh rujuk pautan ini (https://drive.google.com/drive/folders/1-fw2yoxlAeqLRpvPYiO9QLaSh0Bsb5TC) untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memuat turun borang permohonan.
Borang Permohonan:
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1-fw2yoxlAeqLRpvPYiO9QLaSh0Bsb5TC
Kaedah Penyaluran: Bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
Dokumen Permohonan: Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
Salinan kad pengenalan pemohon. Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja). Salinan surat makluman daripada pemaju yang mengesahkan rumah telah siap dan pemohon boleh mengambil kunci (Vacant Possession). Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.
Maklumat Lanjut Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Perumahan Kasih Johor, anda boleh rujuk pada butiran berikut:
Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
No. Tel: 07-2666260 No. Faks: 07-2661512 Emel: [email protected] Laman web: pkpj.johor.gov.my Media sosial: PKPJOFFICIAL (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube) Soalan Lazim – Perumahan Kasih Johor A. UMUM – SOALAN BERKAITAN KESELURUHAN PROGRAM
1. Apakah Program Perumahan Kasih Johor (PKJ)? Program Perumahan Kasih Johor ialah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Johor, khususnya golongan B40 dan M40, memiliki rumah pertama atau meringankan kos berkaitan perumahan seperti deposit, kos masuk rumah dan bayaran sewa.
2. Siapakah yang menguruskan permohonan program ini? Semua permohonan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
3. Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan? Pemohon boleh memuat turun melalui kod QR yang disediakan atau mengambil borang di PKPJ.
4. Adakah program ini khusus untuk rakyat Johor sahaja? Ya. Semua pemohon mesti warganegara Malaysia yang beralamat di Johor dan pengundi berdaftar di Johor.
B. FAQ – BANTUAN BELI RUMAH PERTAMA
1. Apa tujuan skim ini? Bantuan kewangan one-off ini disediakan bagi meringankan beban kewangan pembeli untuk membeli rumah kediaman di Johor.

Melalui inisiatif ini, ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (rent-trap).
2. Siapa layak? Pembeli yang layak memohon adalah pembeli rumah pertama yang memenuhi syarat kelayakan serta mengemukakan dokumen lengkap.
Bantuan ini terbuka kepada pembeli bagi kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), lot Bumiputera atau pembelian pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.
Harga rumah yang dibeli hendaklah tidak melebihi RM500,000, berada dalam Negeri Johor dan pembelian tersebut dibuat dalam tahun 2026.
3. Mengapakah bantuan ini dikhususkan kepada pembeli rumah pertama? Bantuan ini diberikan kepada pembeli rumah pertama sahaja kerana tujuan utamanya adalah membantu golongan yang belum memiliki kediaman sendiri supaya mereka diberi peluang memiliki kediaman tanpa beban awal yang tinggi.

Pendekatan ini juga memastikan peruntukan kerajaan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, bukan kepada mereka yang sudah mempunyai kediaman.
4. Mengapa pemohon perlu mengemukakan perjanjian jual beli (SPA) semasa memohon bantuan ini? Pemohon perlu mengemukakan SPA kerana ia membuktikan pembelian rumah memang sudah sah. SPA memastikan bantuan diberi kepada pemohon yang benar-benar membeli rumah pertama dan mengelakkan permohonan palsu serta memastikan pemberian bantuan dibuat kepada mereka yang layak.
5. Mengapakah kadar bantuan ini dihadkan kepada pembelian rumah berharga sehingga RM500,000 sahaja? Had harga sehingga RM500,000 ditetapkan kerana ia selaras dengan objektif membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama dalam julat harga mampu milik. Ia memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran sebenar dan mengelakkan penyertaan pemohon berpendapatan tinggi.

Julat harga ini juga dianggap munasabah dan lebih berdaya tampung dari segi komitmen ansuran bulanan, sekali gus mengurangkan risiko beban hutang kepada pembeli kali pertama.
6. Mengapa pembeli sub-sale perlu mengemukakan salinan Carian Persendirian Hakmilik rumah yang dibeli daripada Pejabat Tanah Galian Johor / Pejabat Tanah Daerah? Salinan Carian Persendirian Hakmilik diperlukan sebagai bukti bahawa rumah tersebut wujud dan transaksi jual beli antara penjual dan pembeli adalah sah. Ia juga memastikan rumah itu adalah lot Bumiputera sebelum bantuan diluluskan.

Syarat ini hanya untuk pembelian rumah pasaran sekunder (sub-sale).
7. Bagaimana kaedah permohonan? Kaedah permohonan adalah secara manual melalui borang yang perlu diisi oleh pemohon.
Borang tersebut boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
8. Bila saya boleh memohon bantuan ini? Pemohon yang berminat boleh mengikuti roadshow yang dianjurkan oleh PKPJ. Borang boleh didapati melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Permohonan rasmi boleh dihantar terus ke PKPJ.
9. Bila bantuan akan disalurkan? Bantuan akan disalurkan selepas semua dokumen pemohon disemak dan disahkan lengkap serta proses penentuan kelayakan selesai. Setelah pemohon disahkan layak, PKPJ akan memproses bayaran bantuan berkenaan.
10. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan kepada pemohon? Bantuan akan disalurkan secara terus ke akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
11. Apa akan berlaku sekiranya permohonan dan maklumat yang dikemukakan adalah palsu? PKPJ berhak membatalkan bantuan sekiranya terdapat penipuan atau maklumat palsu.
Penerima bantuan akan disenaraihitamkan daripada semua skim di bawah Perumahan Negeri Johor.
C. FAQ – BANTUAN MASUK RUMAH PERTAMA
1. Apa tujuan skim ini? Bantuan kewangan one-off ini disediakan bagi meringankan beban awal pembeli rumah termasuk kos pindah, deposit utiliti dan keperluan asas ketika memasuki rumah baharu.
2. Siapa layak? Pembeli yang layak memohon adalah pembeli rumah pertama yang telah menerima surat serahan dokumen milikan kosong / Vacant Possession (VP) daripada pemaju mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026 yang menyatakan rumah telah siap dan boleh mengambil kunci.

Bantuan ini dikhaskan kepada pembeli rumah pertama di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sahaja.
3. Berapakah kadar bantuan yang diberikan? Kadar bantuan yang disediakan adalah bayaran one-off sebanyak RM2,000 kepada pemohon yang layak.
4. Bila bantuan akan disalurkan? Bantuan akan disalurkan selepas semua dokumen pemohon disemak dan disahkan lengkap serta proses penentuan kelayakan selesai. Setelah pemohon disahkan layak, PKPJ akan memproses bayaran bantuan berkenaan.
5. Mengapa dokumen serahan milikan kosong / Vacant Possession (VP) diperlukan? Dokumen ini mengesahkan bahawa pemohon telah menerima rumah tersebut. Bantuan masuk rumah hanya diberikan kepada pemohon yang telah menerima milikan rumah.
6. Bagaimana kaedah permohonan? Kaedah permohonan adalah secara manual melalui borang yang perlu diisi oleh pemohon.
Borang tersebut boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
7. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan kepada pemohon? Bantuan akan disalurkan secara terus ke akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
8. Apa akan berlaku sekiranya permohonan dan maklumat yang dikemukakan adalah palsu? PKPJ berhak membatalkan bantuan sekiranya terdapat penipuan atau maklumat palsu.
Penerima bantuan akan disenaraihitamkan daripada semua skim di bawah Perumahan Negeri Johor.
9. Bila saya boleh memohon bantuan ini? Pemohon yang berminat boleh mengikuti roadshow yang dianjurkan oleh PKPJ. Borang boleh didapati melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Permohonan rasmi boleh dihantar ke PKPJ mulai Januari 2026.
10. Mengapakah bantuan ini dikhususkan kepada pembeli rumah pertama? Bantuan ini diberikan kepada pembeli rumah pertama sahaja kerana tujuan utamanya adalah membantu golongan yang belum memiliki kediaman sendiri supaya mereka diberi peluang memiliki tempat tinggal tanpa beban awal yang tinggi.

Pendekatan ini juga memastikan peruntukan kerajaan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, bukan kepada mereka yang sudah mempunyai kediaman.
D. FAQ – BANTUAN SEWA RUMAH
1. Apa tujuan skim ini? Skim ini bertujuan untuk:

Meminimumkan beban sewa golongan B40 di seluruh negeri Johor.
Membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan rakyat, khususnya golongan B40, sehingga 10 bulan pada tahun 2026 selagi perjanjian sewaan berkuat kuasa.
2. Siapa layak? Pemohon mestilah memenuhi syarat berikut:

Warganegara Malaysia dan mempunyai alamat kad pengenalan di Negeri Johor.
Pemohon dan pasangan adalah pengundi berdaftar di Negeri Johor.
Berkahwin atau merupakan ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Berumur 25 hingga 40 tahun.
Bekerja di Negeri Johor.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah serta tidak tinggal di mana-mana skim perumahan kerajaan seperti PPR, RSK, RTBJ, Perumahan Prisma termasuk kuarters kerajaan.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Sedang menyewa rumah kediaman yang bukan milik ahli keluarga terdekat.
3. Apakah jenis kediaman yang dibenarkan untuk permohonan bantuan sewa? Permohonan ini terbuka untuk kediaman seperti rumah teres, flat dan pangsapuri. Pemohon perlu menyertakan gambar kediaman yang disewa.
4. Bila bantuan akan disalurkan? Bantuan akan disalurkan selepas dokumen pemohon disemak dan disahkan lengkap serta proses penentuan kelayakan selesai. Setelah pemohon disahkan layak, PKPJ akan memproses bayaran bantuan.
5. Bagaimana pemakluman berpindah hendak dibuat? Pemakluman berpindah boleh dibuat melalui surat makluman kepada PKPJ dan dihantar secara terus ke kaunter PKPJ atau melalui emel [email protected].
6. Berapakah had kadar sewa rumah pemohon yang layak untuk memohon? Kawasan JS-SEZ (MBJB, MBIP, MBPG, MPKu, MPPn, MPP): maksimum RM1,500 sebulan.
Selain kawasan JS-SEZ: maksimum RM1,000 sebulan.
7. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan kepada pemohon? Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
8. Bagaimana kawalan risiko penyalahgunaan dilaksanakan? PKPJ akan melaksanakan audit berkala dan semakan rawak ke rumah penerima bantuan. Jika terbukti berlaku penipuan, bantuan akan dihentikan serta-merta dan penerima disenaraihitamkan daripada semua skim perumahan Negeri Johor.
Penyewa dan pemilik rumah perlu melengkapkan dokumen Aku Janji yang disediakan oleh PKPJ.
PKPJ juga berhak membatalkan bantuan jika terdapat maklumat palsu.
9. Berapakah kadar bantuan yang diberikan? Bantuan adalah sebanyak RM200 sebulan selama 10 bulan bermula Mac 2026 selagi perjanjian sewaan berkuat kuasa.
10. Bolehkah pemohon yang menyewa rumah keluarga atau saudara memohon? Tidak boleh. Hanya perjanjian antara penyewa dan pemilik rumah yang tiada hubungan kekeluargaan sahaja diterima.
11. Bagaimana kaedah permohonan? Permohonan dibuat melalui borang rasmi yang perlu diisi oleh pemohon.
Borang boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
12. Bagaimana jika penyewa berpindah tanpa makluman? Bantuan akan dihentikan serta-merta dan pemohon akan disenaraihitamkan daripada skim perumahan Negeri Johor.
Baca juga:
Adakah Loan Rumah / Loan Kereta Itu Riba? 5 Kesilapan Utama Semasa Mohon Pinjaman Rumah Beli Rumah vs Sewa Rumah: Mana Lebih Bijak?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/perumahan-kasih-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perumahan-kasih-johor

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan

Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 199 hits
Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan Menyedari cabaran yang dihadapi rakyat dalam memiliki rumah sendiri akibat peningkatan kos sara hidup Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 ...
Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 181 hits
Penamaan KWSP ialah proses seorang ahli KWSP menamakan individu atau institusi yang akan menguruskan serta menerima simpanan KWSPnya sekiranya ahli tersebut meninggal dunia Layari untuk login daftar dan buat semakan akaun KWSP anda Ramai ra...
Cara Kiraan Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Permohonan Gcr

Cara Kiraan Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Permohonan Gcr

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 163 hits
Urusan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Tahun 2025 kini telah dibuka untuk menerima permohonan daripada Kementerian mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Penjawat awam yang telah memenuhi syarat sepertimana dalam Peke...
Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 242 hits
SPayLater Motorcycle ialah kemudahan pembiayaan motosikal baharu yang ditawarkan melalui ShopeePay untuk pengguna di Malaysia Layari untuk membuat semakan kelayakan cara pengaktifan dan dokumen yang diperlukan Bermula awal tahun 2026 penggu...
Hiburan Ditegur Lagi Tapi Masih Buat Netizen Kecam Dolla Tak Ambil Iktibar Selepas Ustazah Tegur Cara Berpakaian

Hiburan Ditegur Lagi Tapi Masih Buat Netizen Kecam Dolla Tak Ambil Iktibar Selepas Ustazah Tegur Cara Berpakaian

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 222 hits
Sebuah hantaran di Instagram kembali mencetuskan perbalahan netizen apabila kumpulan muzik terkenal didakwa tidak berubah meskipun sudah beberapa kali ditegur ustazah mengenai cara pemakaiannya yang terlalu seksi View this post on Instagram...
Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 236 hits
Skim Lindung 24 7 adalah skim perlindungan sosial terbaru di Malaysia yang menyediakan perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja formal termasuk pekerja asing ketika berada di luar waktu kerja pada hari cuti atau ketika dalam perjalanan har...
Halus Sangat Cara Awak Ni Uqasha Senrose Terkilan Dengan Kamal Adli Hantaran Ig Story Undang Perhatian

Halus Sangat Cara Awak Ni Uqasha Senrose Terkilan Dengan Kamal Adli Hantaran Ig Story Undang Perhatian

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 129 hits
Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories Pelakon ini turut menyertakan perbualan dengan peguam menyatakan mengenai hasratnya untuk mengambil barang barang peribadi di ru...
Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 210 hits
Bila usia meningkat mesti ramai antara kita yang mula rasa mata tak seterang dulu Tulisan jauh nampak blur kena kecikkan mata kalau nak baca papan tanda atau asyik nak tambah brightness bila tengok Sebenarnya ada beberapa cara semulajadi ya...
Kelebihan Chia Seed Cara Penggunaan

Kelebihan Chia Seed Cara Penggunaan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 144 hits
Dalam dunia hari ini semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari Kelebihan Chia Seed1 Chia seed...
Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mockup Produk Realistik Kenapa Ia Lebih Meyakinkan

Firth Of Cro Kapal Besi Terdampar Di St Margaret S Bay 1894

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Barang2 Dibawa Keluar Tanpa Beritahu Dr Fie Berang Dengan Nubhan Kejam Kamu

Jawapan Tenang Syed Saddiq Beri Bayangan Soal Kahwin Dengan Bella Astillah Hanya Untuk Keluarga

Ini 5 Azam Tahun Baharu Yang Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif