Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan


Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026: Panduan Lengkap Permohonan
Menyedari cabaran yang dihadapi rakyat dalam memiliki rumah sendiri akibat peningkatan kos sara hidup, Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026.
Ianya merupakan sebuah program komprehensif yang merangkumi bantuan sewaan, sokongan pindah masuk dan insentif pembelian rumah pertama.
Inisiatif ini dirangka untuk memastikan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 berpeluang mendiami kediaman yang selesa, stabil dan mampu milik.
Program ini memberi tumpuan kepada tiga kategori utama bantuan. Ianya bermula daripada penyewa yang memerlukan kelegaan komitmen bulanan sehinggalah mereka yang sedang melangkah masuk ke rumah pertama dan bakal membeli kediaman sendiri.
Gabungan bantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga membuka peluang lebih luas kepada rakyat Johor untuk membina masa depan yang lebih kukuh.
Apa itu Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 adalah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyat negeri ini memiliki atau menyewa kediaman yang selesa dan mampu milik.
Program ini memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya B40 dan M40.
Ia menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan termasuk bantuan sewa rumah, sokongan pindah masuk rumah pertama serta bantuan pembelian rumah pertama.
Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat, memudahkan proses pemilikan rumah dan memastikan setiap keluarga di Johor dapat menikmati tempat tinggal yang selamat dan stabil.
Dengan syarat kelayakan yang jelas dan mekanisme penyaluran yang teratur, program ini bukan sahaja memberi sokongan kewangan tetapi juga membuka peluang kepada rakyat untuk merancang masa depan perumahan dengan lebih teratur dan yakin.
1. Bantuan Sewa Rumah – RM200 sebulan
Bantuan sewa rumah sebanyak RM200 sebulan ditawarkan kepada penyewa yang masih belum berupaya membeli rumah sendiri terutamanya mereka yang menghadapi komitmen kewangan yang tinggi setiap bulan.
Dalam suasana ekonomi semasa yang menyaksikan kadar sewa terus meningkat saban tahun, bantuan ini memberikan kelegaan yang sangat bermakna kepada keluarga yang memerlukan.
Terutamanya bagi mereka yang menanggung pelbagai kos lain seperti pendidikan anak-anak, perbelanjaan utiliti, makanan dan keperluan asas harian.
Dengan adanya bantuan ini, penyewa dapat mengurangkan tekanan kewangan bulanan dan menikmati ruang pernafasan yang lebih selesa dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah.
Malah, lebihan RM200 setiap bulan dapat dijadikan sebagai tabungan jangka panjang bagi mereka yang merancang untuk membeli rumah sendiri suatu hari nanti.
Secara tidak langsung, bantuan ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban hidup tetapi turut menyokong kestabilan ekonomi keluarga dan memupuk budaya merancang masa depan perumahan dengan lebih teratur.
Syarat kelayakan Pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria asas. Antaranya:
Warganegara Malaysia dan memiliki alamat kad pengenalan di Johor. Pemohon dan pasangan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Johor. Berstatus berkahwin, ibu tunggal atau bapa tunggal dengan tanggungan. Berumur antara 25 hingga 40 tahun. Bekerja di dalam Negeri Johor. Tidak mempunyai rumah sendiri dan tidak tinggal di perumahan kerajaan seperti PPR, RSK, RMMJ Transit, RTB atau projek milik GLC. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 (kawasan JS-SEZ) atau RM4,000 (luar JS-SEZ). Menyewa rumah yang bukan milik ahli keluarga terdekat. Mempunyai perjanjian sewaan sah sebagai bukti. Had sewa yang layak memohon
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan sewa rumah, had sewa yang layak ditetapkan mengikut kawasan. Bagi kawasan Johor Bahru dan JS-SEZ, kadar sewa rumah tidak boleh melebihi RM1,500 sebulan.
Manakala bagi kawasan di luar JS-SEZ, had maksimum sewa ditetapkan pada RM1,000 sebulan.
Cara permohonan
Permohonan dibuat melalui borang rasmi yang perlu dihantar terus ke PKPJ.
Kaedah penyaluran Pembayaran bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon bagi memastikan proses penyaluran lebih mudah, selamat dan tepat pada masanya.
Dokumen yang diperlukan
Antara dokumen sokongan termasuk:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Sijil nikah, cerai atau kematian (jika berkaitan). Bukti daftar pemilih. Penyata gaji 3 bulan (atau penyata KWSP/penyata bank bagi yang bekerja sendiri). Salinan penyata bank. Perjanjian sewa yang dimatikan setem. Gambar rumah sewaan. Borang Aku Janji penyewa dan pemilik rumah. Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN. 2. Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000
Bagi pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang bakal menerima kunci rumah idaman mereka, bantuan RM2,000 secara one-off disediakan sebagai sokongan kewangan awal.
Proses berpindah ke rumah baharu sering melibatkan pelbagai kos yang tidak dijangka, seperti bayaran deposit utiliti, pemasangan elektrik dan air, serta pembelian perabot dan kelengkapan asas.
Selain itu, pemilik rumah juga perlu menanggung kos kerja-kerja penyelenggaraan kecil, pengecatan, serta upah lori atau pekerja untuk menguruskan perpindahan.
Melalui bantuan ini, pemilik rumah dapat memulakan kehidupan di kediaman baharu mereka dengan lebih tenang, teratur dan selesa tanpa rasa terbeban oleh kos-kos permulaan yang lazimnya memerlukan perbelanjaan besar.
Ia juga memberi peluang kepada keluarga untuk menyediakan persekitaran rumah yang lebih sempurna, selamat dan selesa untuk didiami sejak hari pertama.
Secara keseluruhan, bantuan RM2,000 ini benar-benar membantu meringankan beban awal pemilik. Khususnya golongan muda dan keluarga berpendapatan rendah yang baru membina kehidupan.
Syarat kelayakan
Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah: Pemohon adalah warganegara Malaysia dengan alamat kad pengenalan di Johor. Pemohon dan pasangan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Johor. Pembelian rumah adalah rumah pertama dan termasuk kategori RMMJ, lot Bumiputera atau rumah sub-sale lot Bumiputera. Harga rumah tidak melebihi RM500,000. Rumah yang dibeli mestilah terletak di Johor. Pembelian dilakukan pada tahun 2025 atau 2026. Pembeli lot Bumiputera perlu berstatus Bumiputera. Cara memohon
Permohonan perlu dibuat melalui borang rasmi yang disediakan oleh PKPJ.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen sokongan termasuk:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Sijil kelahiran (jika berkaitan dengan status Bumiputera). SLMR untuk pembelian RMMJ. Perjanjian jual beli (S&P). Surat tawaran pinjaman bank. Carian hak milik dari Pejabat Tanah (untuk sub-sale). Penyata akaun bank. Bukti daftar pemilih. Pengesahan YB EXCO / ADUN / Penyelaras DUN. 3. Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000 Untuk mereka yang sedang merancang membeli rumah pertama, bantuan RM5,000 ini merupakan antara insentif paling penting dan signifikan dalam mengurangkan kos awal pemilikan rumah.
Pembelian rumah biasanya melibatkan pelbagai kos wajib seperti deposit jual beli, yuran guaman, duti setem, caj penilaian, serta kos pemprosesan pinjaman bank.
Ssemuanya boleh menjadi beban besar kepada pembeli terutama bagi golongan B40 dan M40.
Dengan bantuan yang ditawarkan ini, sebahagian besar kos pemilikan tersebut dapat ditampung. Seterusnya memudahkan proses mendapatkan pembiayaan dan kelulusan pinjaman perumahan.
Ia bukan sahaja menjadikan pembelian lebih mampu milik malah membantu mempercepatkan impian pasangan muda, keluarga kecil dan individu bekerja untuk memiliki kediaman pertama mereka.
Secara tidak langsung, bantuan RM5,000 ini memberi dorongan besar kepada rakyat Johor untuk membina kehidupan yang lebih stabil melalui pemilikan rumah yang sah dan terancang.
Syarat kelayakan
Pemohon perlu:
Memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) daripada PKPJ. Telah menerima surat serahan milikan kosong (VP) antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026. Tidak pernah menerima bantuan ini sebelum ini. Tidak pernah mendapat baucar RMMJ. Cara memohon Permohonan dibuat menggunakan borang rasmi dan dihantar terus ke PKPJ.
Kaedah penyaluran
Wang bantuan akan dikreditkan secara terus ke akaun bank pemohon bagi memastikan proses penerimaan dana lebih mudah dan selamat.
Langkah ini juga mengurangkan keperluan pemohon untuk menghadapi prosedur yang rumit atau menunggu bayaran secara manual.
Dokumen permohonan
Pemohon perlu menyediakan:
Salinan kad pengenalan. Penyata akaun bank. Surat pengesahan rumah siap (Vacant Possession). Pengesahan YB EXCO / ADUN / Penyelaras DUN. Kesimpulannya, Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 merupakan salah satu usaha paling signifikan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat mampu memiliki kediaman yang lebih stabil dan berpatutan.
Dengan tiga bentuk bantuan yang saling melengkapi iaitu sewaan, sokongan pindah masuk dan bantuan pembelian rumah pertama, program ini memberi laluan lebih mudah untuk rakyat Johor mencapai impian memiliki rumah sendiri.
Sumber : PKPJ
BACA : Program Agromakanan RISDA: Tingkatkan Pendapatan Pekebun
The post Perumahan Kasih Johor 2026: Panduan Lengkap Permohonan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/12/perumahan-kasih-johor-2026-panduan-lengkap-permohonan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 126 hits
Perumahan Kasih Johor sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif ta...
Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 103 hits
Ramai umat Islam di Malaysia memakai perfume sebagai rutin harian sebelum keluar bekerja menghadiri majlis atau sebelum masuk masjid Namun persoalan yang sering timbul ialah Adakah perfume yang mengandungi alkohol sah digunakan untuk solat ...
Lesen Mendulang Emas 2026 Permohonan Syarat

Lesen Mendulang Emas 2026 Permohonan Syarat

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 115 hits
Lesen mendulang emas 2026 akan dibuka secara rasmi kepada rakyat Kelantan bermula Januari 2026 Permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Tanah dan Galian negeri atau jajahan bermula tahun hadapan Layari untuk semak syarat kelayakan permoho...
Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 98 hits
Pahamilah Permintaan Doktor Saya Perlukan Memo untuk WFH Sepenuh Masa Ramai pekerja yang mengalami masalah seperti mengandung sakit belakang kegelisahan atau penyakit kronik Mereka sering menunjukkan keinginan untuk terus bekerja walaupun k...
Permohonan Bantuan Am Persekolahan Mains 2026

Permohonan Bantuan Am Persekolahan Mains 2026

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 132 hits
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan MAINS 2026 yang boleh dipohon mulai 2 Disember 2025 menerusi pautan Pemberian bantuan ini adalah khusus kepada mereka daripada golongan B40 dan M40 di Negeri Semb...
Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 183 hits
Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita Mencari cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka boleh jadi cabaran besar terutama jika anda pertama kali membeli atau sedang mencari gaya baharu Ramai orang beli...
Tvet Pertanian Permohonan Kemasukan Januari 2026

Tvet Pertanian Permohonan Kemasukan Januari 2026

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 160 hits
Permohonan Pengajian TVET Pertanian bagi Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dibuka bagi sesi pengambilan Januari 2026 menerusi pautan Berikut adalah maklumat dan info mengenai TVET ini Mengenai TVET Pertanian Progr...
Ramadan 2025 Panduan Lengkap Kelebihan 30 Amalan Wajib

Ramadan 2025 Panduan Lengkap Kelebihan 30 Amalan Wajib

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 170 hits
Berapa kali anda rasa Ramadan berlalu begitu pantas dan anda tertanya Adakah saya betul betul maksimumkan 30 hari emas ini Ramai yang sambut Ramadhan dengan penuh semangat di minggu pertama tetapi momentum mula jatuh menjelang pertengahan b...
Shout Out 2026 Bantu Usahawan Atasi Last Minute Marketing Menjelang Ramadhan Raya

Shout Out 2026 Bantu Usahawan Atasi Last Minute Marketing Menjelang Ramadhan Raya

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 91 hits
Bagi majoriti usahawan musim Ramadhan dan Aidilfitri merupakan tempoh perniagaan paling kritikal Namun realitinya ramai jenama masih bergelut dengan masalah sama setiap tahun nbsp perancangan kempen yang dibuat pada saat akhir mengakibatkan...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis