Cara Kiraan Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Permohonan Gcr


Urusan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2025 kini telah dibuka untuk menerima permohonan daripada Kementerian mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Penjawat awam yang telah memenuhi syarat sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PP.1.3.4 Pemberian Awal Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR), boleh membuat permohonan ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) 2025 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam? GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
Rujuk surat edaran di bawah mengenai info terkini Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam 2025.



Tarikh Permohonan Dibuka Permohonan secara hard copy boleh dibuat ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Permohonan secara dalam talian buat masa ini ditangguhkan.
Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2025 Berdasarkan Belanjawan 2023, kadar maksimum pengumpulan GCR dinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari. Perubahan ini masih berkuat kuasa pada 2025 melainkan terdapat pinda baru yang diumumkan kerajaan.
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:
Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari. Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari Pemberian Awal Award Wang Tunai
Penjawat awam layak menebus sehingga 90 hari GCR secara awal sebelum bersara jika memenuhi syarat berikut:
Kelulusan Ketua Jabatan Tempoh perkhidmatan minimum 15 tahun Umur sekurang-kurangnya 45 tahun Jumlah GCR terkumpul ≥90 hari Bebas tindakan tatatertib/jenayah Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun (b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat (c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari (d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib (e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.
Cara Kira GCR Penjawat Awam Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut. 
Pengiraan Award GCR adalah menggunakan formula berikut:
1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR
CONTOH KIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN
Bagi pegawai yang telah lama berkhidmat, isu berkaitan kelayakan GCR mungkin tidak menjadi masalah. Namun, masih terdapat pegawai yang kurang jelas bahawa sekiranya kelayakan Cuti Rehat (CR) tahunan berkurang, jumlah GCR yang layak disimpan bagi tahun tersebut turut akan berkurang.
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Cuti haji, cuti Barah Tibi Kusta; Apa-apa jenis CSG : cuti belajar, cuti bersalin guru, cuti menjaga keluarga sakit, cuti sakit lanjutan; atau/dan Apa-apa jenis CTG : Cuti belajar, cuti bersalin, CMA, cuti sakit lanjutan, CTG urusan peribadi, tidak hadir bertugas, terlebih ambil Cuti Rehat. Contoh Kiraan:
Pegawai yang Cuti Haji 40 hari pd tahun 2025
Kelayakan CR : 30 hari
Kelayakan tahunan selepas Cuti Haji :
365 – 40
———— x 30 = 26.7 ~27 hari
365
Jadi, kelayakan utk simpan GCR tahun 2025 :
27 / 2 = 13.5 ~ 13 hari saja berbanding layak simpan 15 hari tanpa Cuti Haji.
Begitu juga kalau pegawai lantikan baru, contoh lantik pada 1.9.2025, kelayakan cuti 20 hari.
122
—— x 20 = 6.68 ~ 7 hari
365
*122 hari tu dari 1.9.2025 – 31.12.2025
Jadi kelayakan CR Tahun 2025 = 7 hari
Kelayakan GCR = 7/2 = 3.5 ~ 3 hari.
Kalau kiraan CR tahunan, kita genapkan ikut perpuluhan terhampir. >0.5 = genapkan ke nombor lebih besar. <0.5 = genapkan ke nombor lebih kecik. Kalau kiraan kelayakan GCR, kita genapkan ke no lebih kecik.
Jadi, sebaiknya semak sama ada pegawai ada mengambil mana-mana cuti tersebut pada tahun semasa, kemudian kira semula secara prorata kelayakan Cuti Rehat (CR) dan GCR. Selalunya perkara ini terlepas pandang, terutamanya melibatkan Cuti Haji dan Cuti Barah.
Disebabkan kedua-dua cuti ini bergaji penuh, ramai yang menyangka tiada kesan. Namun, jika tersilap kira kelayakan, ia boleh memberi kesan kepada pencen, ganjaran dan GCR pada masa hadapan.
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan, anda boleh gunakan kalkulator online berikut: https://award-gcr.jpa.gov.my/calculator
Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,
Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS. Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.
Dokumen yang diperlukan:
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini. 1 salinan kenyataan cuti 2 salinan penyata kiraan cuti 1 salinan kad pengenalan 1 salinan surat permohonan pesara/waris. Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Baca juga:
Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online FAQ – Soalan Lazim GCR 1. Apakah award wang tunai GCR? Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan apabila bersara kelak.
2. Apakah yang dimaksudkan pemberian awal award wang tunai GCR? Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
3. Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan? 1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari
*Nota:
(a) Imbuhan Tetap Jawatan Utama
(b) Imbuhan Tetap Keraian
(c) Imbuhan Tetap Khidmat Awam
(d) Imbuhan Tetap Perumahan
4. Apakah syarat-syarat kelayakan pemberian awal award wang tunai GCR? Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memohon pemberian awal award wang tunai 90 hari ialah:

(a) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun, tertakluk kepada Peraturan 5, 6 dan 7, Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
(b) telah mencapai umur 45 tahun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002: Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam;
(c) jumlah cuti rehat yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan; dan
(f) pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.
5. Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan semula sekiranya permohonan terdahulu tidak diluluskan atau ditolak? Ya. Sekiranya telah memenuhi syarat di atas.
6. Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan baharu sekiranya permohonan GCR 80 hari telah diluluskan? Tidak. Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan
7. Adakah saya dibenarkan membuat permohonan pemberian awal award wang tunai lebih/ kurang daripada 90 hari? Tidak. Jumlah pemberian awal award GCR ditetapkan sebanyak 90 hari sahaja.
9. Adakah saya akan dibayar jumlah GCR sebanyak 180 hari apabila bersara walaupun telah mendapat kelulusan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari? Tidak. Pembayaran GCR apabila bersara kelak adalah berasaskan kepada baki jumlah cuti rehat yang telah dikumpulkan, terhad kepada jumlah keseluruhan 180 hari sepertimana yang dinyatakan dalam Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).
9. Bagaimanakah cara untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR? Permohonan pemberian awal award wang tunai GCR perlu dibuat melalui Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tatacara permohonan pemberian awal award wang tunai GCR dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.4: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
10. Adakah lebihan GCR masih boleh ditukar kepada cuti rehat pada tahun persaraan? Ya. Tatacara permohonan kebenaran GCR digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.
Muat turun PDF di bawah untuk mengetahui soalan-soalan lazim mengenai Gantian Cuti Rehat 2025:
faq_se12052023_1Muat Turun
Anda juga boleh muat turun:
1. Surat Edaran GCR 2025: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-permohonan-pemberian-awal-award-wang-tunai-gcr-tahun-2025
2. MyPPSM Ceraian PP.1 – Persaraan Faedah Persaraan
Ceraian PP.1.3.1 : Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Ceraian PP.1.3.3 : Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan Ceraian PP.1.3.4 : Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 3. Soalan Lazim
Maklumat Lanjut Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut: https://www.jpa.gov.my/
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cuti-rehat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cuti-rehat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penebusan Gcr Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Penebusan Gcr Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 88 hits
Penebusan GCR atau Gantian Cuti Rehat adalah kemudahan penting bagi penjawat awam Persekutuan yang membolehkan baki cuti rehat yang tidak diambil dikumpul dan ditebus sebagai ganjaran wang tunai sama ada semasa persaraan atau secara awal se...
Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 167 hits
Perumahan Kasih Johor sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif ta...
Hilang Kelayakan Budi95 Jika Tak Bayar Saman Betul Ke

Hilang Kelayakan Budi95 Jika Tak Bayar Saman Betul Ke

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 125 hits
Hilang kelayakan BUDI95 jika tak bayar saman menjadi antara isu utama menjelang akhir tahun apabila jutaan saman trafik masih belum diselesaikan Tarikh akhir diskaun saman pada 31 Disember menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jal...
Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 193 hits
Pempengaruh media sosial sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video dirinya dijemput merasmikan Majlis Anugerah Akademik di sebuah sekolah rendah di Kedah Dalam video tersebut Faiz menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang YB na...
Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan Budi95 Loke

Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan Budi95 Loke

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 112 hits
Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 Loke KUALA LUMPUR 9 Dis Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke B...
Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 120 hits
Jom Makan Buffet dinner Sempena Cuti Krismas di Renaissance Johor Bahru Kalau hari tu kekda ajak korang untuk makan dinner sempena Ren Festive Dinner Buffet kali ni kekda nak ajak korang makan sempena cuti krismas pada 25 Disember 2025 akan...
Cara Hilangkan Darah Degil Di Tuala Putih

Cara Hilangkan Darah Degil Di Tuala Putih

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 140 hits
Cara Hilangkan Darah Degil di Tuala Putih Cara Hilangkan Darah Degil di Tuala Putih Hari ini kita akan belajar cara yang betul untuk hilangkan kotoran darah pada tuala putih Semua teknik ini mudah praktikal dan berdasarkan sains Jangan pani...
Cara Kukus Pulut Kuning

Cara Kukus Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 153 hits
Pulut kuning antara makanan yang kak ana suka makan paling sedap lah kalau dapat makan dengan rendang Tak kisah rendang ayam daging atau kerang dan sebagainya memang itu lah guu nya kalau makan pulut kuning kan nbsp Sebenarnya tak ada beza ...
Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 145 hits
Penamaan KWSP ialah proses seorang ahli KWSP menamakan individu atau institusi yang akan menguruskan serta menerima simpanan KWSPnya sekiranya ahli tersebut meninggal dunia Layari untuk login daftar dan buat semakan akaun KWSP anda Ramai ra...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik