Penamaan Kwsp Cara Daftar Syarat Dan Kepentingannya


Penamaan KWSP ialah proses seorang ahli KWSP menamakan individu atau institusi yang akan menguruskan serta menerima simpanan KWSPnya sekiranya ahli tersebut meninggal dunia. Layari www.kwsp.gov.my/ untuk login, daftar dan buat semakan akaun KWSP anda.
Ramai rakyat Malaysia yang mencarum KWSP terlepas pandang atau mengambil mudah akan perkara ini sehingga waris mereka menghadapi kesukaran untuk menuntut wang pencarum.
Ini merupakan satu kerugian besar dan menimbulkan kesukaran pada masa akan datang.
Mari lihat betapa mudahnya untuk mendaftarkan penama KWSP bagi akaun KWSP anda di bawah.
Apa Itu KWSP? Bagi yang belum mengetahui, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah agensi keselamatan sosial Malaysia yang ditubuhkan untuk menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan bagi pekerja sektor awam dan swasta yang tidak berpencen.
Ia beroperasi dengan mengumpul caruman bulanan daripada pekerja dan majikan ke dalam akaun simpanan individu, di mana dana ini boleh dilaburkan untuk menghasilkan pulangan dan dijamin oleh kerajaan.​
KWSP juga dikenali sebagai EPF (Employees Provident Fund) dalam Bahasa Inggeris dan nombor KWSP adalah nombor pengenalan unik bagi setiap ahli.
Caruman KWSP boleh dipotong cukai sehingga RM4,000 setahun dan pekerja boleh mengeluarkan sebahagian atau semua simpanan pada usia tertentu atau dalam keadaan tertentu seperti imigrasi atau kehilangan upaya.
​BACA JUGA: 5 Kesilapan Pengeluaran KWSP Selepas Umur 55 tahun
Apa Itu Penamaan KWSP? Ahli yang memenuhi syarat, sangat digalakkan untuk membuat penamaan KWSP. Apa itu penamaan KWSP?
Penamaan KWSP adalah proses memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia. Ini adalah untuk memudahkan waris mengurus simpanan tanpa melalui proses undang-undang yang rumit.
Anda dah buat belum?
Kepentingan Penamaan KWSP Berikut ialah sebab kenapa penting untuk ahli membuat penamaan KWSP. Antaranya adalah untuk:
Membantu menjaga orang tersayang Memastikan agihan simpanan yang teratur Mengelakkan kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga Memberi ketenangan minda kepada ahli Penamaan ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu; penamaan bagi ahli KWSP yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.
Penamaan bagi Ahli KWSP yang Beragama Islam Peranan penama yang dinamakan oleh ahli KWSP beragama Islam:
Penama yang dinamakan digelar sebagai wasi atau pentadbir. Wasi/pentadbir bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.
Penamaan bagi Ahli KWSP yang Bukan Beragama Islam Peranan penama yang dinamakan oleh ahli KWSP bukan beragama Islam:
Penama-penama merupakan penerima mutlak (benefisiari) bagi bahagian atau peratusan simpanan KWSP yang ditetapkan oleh ahli yang meninggal dunia.
Individu Yang Layak Membuat Penamaan Jangan bertangguh! Sekiranya anda sudah cukup syarat-syarat yang berikut, anda sudah layak membuat penamaan bagi pihak anda.
Berumur 18 tahun katas Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap Penamaan dibuat oleh pencarum/ahli sendiri Melengkapkan Borang KWSP 4 dengan lengkap Borang KWSP 4 Individu Yang Layak Dinamakan Individu yang layak dinamakan sebagai penama ialah mana-mana orang atau institusi yang boleh mengurus dan/atau mewarisi simpanan KWSP ahli mengikut status agama ahli.
Penama tidak semestinya ahli keluarga terdekat, tetapi disarankan dipilih daripada orang yang dipercayai atau institusi amanah yang bertauliah.​
Bagi memastikan usaha anda membuat penamaan KWSP tidak sia-sia dan mencapai objektifnya, maka individu yang ingin dinamakan mestilah menepati syarat-syarat yang berikut:
Bagi yang Islam – menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam Bagi bukan Islam – menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli. Pencarum (Islam dan Bukan Islam) boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama dimana ARB akan menguruskan 100% harta tersebut BACA JUGA: 5 Kesilapan Anak Muda Tentang KWSP
Cara Daftar Penama KWSP Secara Online Pendaftaran atau kemas kini penamaan KWSP boleh dibuat oleh ahli melalui:
aplikasi KWSP i-Akaun portal web i-Akaun (Ahli) Mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkannya sendiri di mana-mana pejabat KWSP ATAU;
Melalui permohonan penamaan (baharu) dan permohonan mengemaskini maklumat penamaan melalui i-Akaun (Ahli) dan hadir ke pejabat KWSP terdekat untuk pengesahan cap ibu jari.
Melalui aplikasi i-Akaun & Portal web i-Akaun (Ahli) Pendaftaran penamaan boleh dibuat oleh ahli melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) dengan mengikuti langkah berikut:
Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Pada Laman Utama, pilih ‘Profil’. Seterusnya, pilih ‘Penamaan’ dan kemudian ‘Daftar untuk penamaan’. Ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin sehingga proses selesai. Buat pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) atau di pejabat KWSP untuk melengkapkan pendaftaran penamaan. Rujuk panduan bergambar di bawah:
Mengisi Borang KWSP 4 dan serah di pejabat KWSP Sebagai alternatif, ahli boleh melengkapkan Borang Penamaan (KWSP 4) beserta salinan dokumen pengenalan diri dan mengemukakannya di mana-mana pejabat KWSP melalui kaedah pengesahan cap ibu jari (CIJ). Penamaan baharu akan membatalkan semua penamaan terdahulu secara automatik.
Dapatkan Borang KWSP 4 (Borang Penamaan) sama ada dengan memuat turun dan mencetak daripada laman web KWSP atau mengambil borang fizikal di pejabat KWSP. Borang perlu diisi dengan lengkap: maklumat ahli, senarai penama, nombor kad pengenalan setiap penama, hubungan, dan peratus agihan yang jumlahnya 100%. Sebarang kesilapan atau ruangan kosong boleh menyebabkan borang ditolak. Ahli kemudian hadir sendiri ke mana-mana pejabat atau kaunter KWSP dengan dokumen pengenalan diri asal (seperti MyKad) dan menyerahkan borang tersebut; pegawai KWSP akan membuat semakan, pengesahan identiti, dan merekod penamaan dalam sistem. Selepas penamaan disahkan, rekod baharu akan menggantikan penamaan terdahulu (jika ada), dan ahli disaran menyimpan salinan atau nota tarikh kemas kini sebagai rujukan masa depan. Muat turun BORANG KWSP 4 (Borang Penamaan) di SINI.
Dokumen Yang Diperlukan DokumenWarganegara Malaysia/ Pemastautin Tetap Malaysia (PR)*Bukan Warganegara MalaysiaBorang Penamaan (KWSP 4)✓✓Salinan Kad Pengenalan/ MyKad / MyTentera✓Salinan pasport yang sahlaku✓ NOTA:
Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998. Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baharu. Penamaan baharu akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu. Ahli digalakkan membawa bersama salinan pengenalan diri penama untuk rujukan. Semakan Maklumat Penamaan Semak maklumat penamaan anda di pejabat KWSP terdekat. Untuk akses yang lebih mudah dan cepat ke akaun KWSP anda, gunakan i-Akaun (Ahli) atau aplikasi mudah alih kami.
Portal Web i-Akaun (Ahli) Aplikasi KWSP i-Akaun Kunjungi pejabat KWSP terdekat anda Jika Tiada Penamaan;
Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian ahli, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP terdekat. Rujuk sini >> https://www.kwsp.gov.my/ahli/akaun-pengguna/kematian
Salah Faham Penamaan KWSP MitosFaktaSimpanan akan dipindahkan ke ARB jika tidak dituntutSimpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun berdasarkan tarikh lahir ahliKematian membatalkan keseluruhan penamaanHanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatalWaris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARBBagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli Implikasi Bagi ahli yang membuat penamaan KWSP:
Memudahkan waris menguruskan simpanan KWSP selepas ahli meninggal dunia. Memudahkan proses Pengeluaran Kematian dibuat oleh waris yang dinamakan. Mengurangkan konflik dikalangan ahli keluarga berkaitan dengan agihan simpanan KWSP. Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga. Bagi ahli yang membuat tidak membuat penamaan KWSP pula;-
Kesukaran waris untuk berurusan mengeluarkan simpanan KWSP ahli kerana perlu mendapatkan Surat Kuasa (Pengeluaran Kematian Tanpa Penamaan). Proses Pengeluaran Kematian menjadi lebih panjang. Pelbagai dokumen sokongan perlu disertakan. Kelangsungan hidup waris terdekat ahli terjejas. Konflik di kalangan ahli keluarga boleh berlaku. Pembatalan Penamaan KWSP Bagi ahli beragama Islam:
Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A) Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian di buat oleh penama/ waris Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008 Bagi ahli bukan beragama Islam:
Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A) Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008 Maklumat Lanjut Untuk dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai penamaan KWSP, sila layari portal KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/penamaan. Atau, ikuti FACEBOOK KWSP MALAYSIA.
Ingatlah, apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia.
Anda boleh merancang awal dengan membuat penamaan bagi mengurangkan kesulitan dan memastikan mereka yang ditinggalkan mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.
Soalan Lazim Penamaan KWSP Apa itu penamaan KWSP? Penamaan ialah arahan bertulis ahli kepada KWSP tentang siapa yang akan mengurus dan menerima simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia; untuk ahli Islam, penama berperanan sebagai wasi/pentadbir, manakala bagi bukan Islam, penama biasanya penerima manfaat (benefisiari).​
Adakah penama automatik jadi pemilik mutlak duit KWSP? Tidak semestinya; bagi ahli Islam, penama hanya mengurus dan mengagih ikut faraid, bukan mengambil semua untuk dirinya, manakala bagi bukan Islam penama lazimnya menerima sebagai hak milik tertakluk undang‑undang sivil dan wasiat jika ada.
Siapa yang layak membuat penamaan? Ahli KWSP berumur sekurang‑kurangnya 18 tahun, warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (dan beberapa kategori bukan warganegara yang sudah sedia menjadi ahli) serta membuat penamaan sendiri melalui saluran rasmi.
Siapa yang boleh dinamakan? Ahli boleh menamakan pasangan, anak, ibu bapa, adik‑beradik, saudara lain, individu yang dipercayai atau institusi amanah seperti Amanah Raya Berhad, tertakluk sama ada ahli itu Islam atau bukan Islam.
Bagaimana cara daftar atau kemas kini penama? Boleh dibuat melalui aplikasi i‑Akaun, portal web i‑Akaun (Ahli), atau dengan mengisi Borang KWSP 4 dan menghantarnya di pejabat KWSP untuk disahkan pegawai.
Apa jadi jika penama meninggal dunia dulu? Hanya bahagian penama yang meninggal dunia terbatal; bahagian penama lain kekal, dan ahli digalakkan membuat penamaan baharu untuk menggantikan bahagian yang kosong.
Bolehkah menamakan anak bawah 18 tahun? Boleh, tetapi KWSP akan memegang simpanan itu sehingga penama mencapai umur 18 tahun atau mengikut kaedah yang ditetapkan, sebab mereka belum layak mengurus sendiri.
Apa berlaku jika tiada penama? Waris perlu melalui prosedur perundangan seperti mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Faraid atau dokumen mahkamah sebelum KWSP boleh melepaskan wang simpanan, menyebabkan proses lebih lambat dan berpotensi mahal.
Adakah simpanan tanpa penama akan hilang? Simpanan kekal di KWSP dan hanya dipindah ke Akaun Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun; waris masih boleh menuntut tetapi proses lebih rumit.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/penamaan-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penamaan-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 174 hits
Daftar OKU dan dapatkan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat pelbagai kelebihan dan kemudahan sebagai orang kurang upaya di Malaysia Permohonan pendaftaran OKU secara online boleh dilakukan melalui MyDaftar OKU di pautan b...
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 247 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 116 hits
Perumahan Kasih Johor sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif ta...
Cara Daftar Internet Rakyat Biaya Cuma 100 Ribu Per Bulan

Cara Daftar Internet Rakyat Biaya Cuma 100 Ribu Per Bulan

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 168 hits
Begini cara daftar Internet Rakyat layanan internet cepat dari pemerintah yang harga berlangganannya hanya sekitar 100 ribu per bulan
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 268 hits
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik di Tahun 2026 Mencari emas menggunakan metal detector kini semakin popular di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi bekas lombong dan sungai cetek Dengan teknologi yang semakin maj...
Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

Nanas Dan Khasiatnya Cara Sa Makan Nanas

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum wrt Terdapat pelbagai buah buahan tropika yang kaya dengan manfaat antaranya adalah buah nanas Korang suka makan nanas Nanas bukan sahaja sedap dan menyegarkan tapi juga penuh dengan kebaikan untuk kesihatan Berikut beberapa...
Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 214 hits
Tajamkan mata pengisar sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka Ramai yang ingat bila blender dah kurang memotong atau mula mengambil masa lama untuk kisar bawang cili atau bahan masakan lain itu tandanya ia perlu diganti Tetapi sebenarnya...
Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 230 hits
Dalam dunia kafe yang penuh persaingan hari ini pelanggan bukan sahaja menilai rasa minuman anda mereka juga melihat pembungkusan gaya penyampaian dan identiti jenama anda Salah satu elemen kecil tetapi sangat berpengaruh ialah paper cup cu...
Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 145 hits
Mau tahu cara belanja di Taobao yang terbaru bagi pembeli dari Indonesia Kamu bisa ikuti langkah langkah lengkapnya di sini beserta beberapa tips dan trik yang pastinya akan membantu proses pendaftaran tersebut
Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand

Rekaan Grafik Yang Kuat Mampu Mengubah Cara Pelanggan Melihat Jenama Anda

Al Fatihah Buat Abah Mama Yan

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Thank God Ledge Keberanian Dan Ketinggian Di Half Dome Yosemite

Surah Al Qasas Rumi Terjemahan Audio Lengkap 88 Ayat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Simple Beef Tips And Rice Recipe With Brown Gravy

Perlukah Jam Azan Di Rumah Panduan Manfaat Untuk Keluarga

Asal Usul Pemutar Skru

Best Vin Lookup Services In 2026

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir