Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon


SPayLater Motorcycle ialah kemudahan pembiayaan motosikal baharu yang ditawarkan melalui ShopeePay untuk pengguna di Malaysia. Layari https://shopee.com.my/ untuk membuat semakan kelayakan, cara pengaktifan dan dokumen yang diperlukan.
Bermula awal tahun 2026, pengguna Shoppee boleh membuat pembelian motosikal menggunakan kemudahan kredit sehingga sekitar RM20,000 dengan tempoh bayaran ansuran sehingga 60 bulan, tertakluk pada kelayakan pengguna.
Menariknya lagi, SPayLater Motorcycle ini berasaskan model ansuran patuh Syariah tau.
​Rujuk info lebih terperinci mengenai SPayLater Motorcycle di bawah.
BACA JUGA: 5 Kad Kredit Cashback Terbaik 2025
Apa itu SPayLater Motorcycle? SPayLater Motorcycle ialah perkhidmatan pembiayaan motosikal yang ditawarkan oleh ShopeePay melalui platform Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd.
Ia membolehkan pengguna membeli motosikal secara ansuran dengan had kredit sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran sehingga 60 bulan serta proses kelulusan yang pantas dan prosedur patuh Syariah.​
Perkhidmatan ini membolehkan pembelian motosikal dilakukan dengan bayaran ansuran bulanan tanpa perlu deposit penuh di awal. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenama motosikal yang bekerjasama.
​Kemudahan ini sedang diperkenalkan secara berfasa kepada kumpulan pengguna terpilih dan dijangka tersedia lebih meluas sekitar suku pertama/awal 2026.​
Tidak semua pengguna dan tidak semua model motosikal layak. Sila semak senarai penuh jenama/model dan syarat terkini sebelum memohon.
Mekanisme Pembiayaan SPayLater Motorcycle 1. Permohonan dan eKYC
Pengguna mula dengan memohon pembiayaan melalui aplikasi ShopeePay. Pengguna perlu lengkapkan proses eKYC (pengesahan identiti digital) dan serahkan dokumen seperti IC, slip gaji, dan kad keluarga jika diminta.​
2. Penilaian Kelayakan
Sistem akan menilai kelayakan berdasarkan rekod kredit, pendapatan, dan sejarah transaksi di Shopee. Jika layak, pengguna akan diberikan had kredit (sehingga RM20,000) dan tempoh ansuran (sehingga 60 bulan).​
3. Pemilihan Motosikal
Pengguna boleh pilih model motosikal dari senarai jenama yang bekerjasama (seperti Honda, Yamaha, Modenas, dll.) di dalam aplikasi atau pengedar terpilih.​
4. Kelulusan dan Pembelian
Selepas kelulusan, pengguna pergi ke pengedar untuk sahkan pembelian. Bayaran pertama (deposit, jika ada) dibuat dan selebihnya dibayar secara ansuran bulanan mengikut tempoh yang dipilih.​
5. Pembayaran Ansuran
Pengguna bayar ansuran bulanan melalui aplikasi ShopeePay. Pembiayaan ini patuh Syariah, bermakna tiada faedah riba dan struktur bayaran disusun mengikut prinsip Syariah yang diperakui oleh penasihat Syariah.
Syarat Kelayakan Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi:
Pengguna mesti berumur 18 tahun ke atas.​ Perlu lalui proses eKYC (verifikasi identiti secara digital) dan serahkan dokumen pendapatan (seperti slip gaji atau penyata bank) melalui platform ShopeePay.​ Akaun Shopee perlu aktif dan telah dilakukan verifikasi.​ Pengguna perlu mempunyai rekod transaksi di Shopee dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh sistem (tiada rekod negatif, status kewangan stabil).​ Sebaik-baiknya pengguna sudah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan untuk memudahkan kelulusan.​ Lengkap dokumen yang diperlukan (Sila semak senarai di bawah). ​Cara Semak Kelayakan SpayLater Motorcycle Semak kelayakan SPayLater Motorcycle dengan mudah seperti berikut:
Log masuk ke aplikasi Shopee atau ShopeePay menggunakan akaun yang telah didaftarkan dan diverifikasi. Pergi ke bahagian SPayLater Motorcycle di dalam aplikasi, biasanya terdapat di bawah kategori pembiayaan motosikal. Lengkapkan proses eKYC dengan memuat naik dokumen seperti salinan kad pengenalan (IC), slip gaji atau penyata pendapatan, dan pengesahan identiti lain yang diminta. Sistem akan membuat penilaian automatik berdasarkan maklumat pengguna, termasuk rekod kredit dan sejarah transaksi Shopee untuk menentukan kelayakan dan had kredit. Jika layak, pengguna akan menerima makluman kelulusan dan jumlah had pembiayaan serta pilihan ansuran bulanan yang boleh dipilih. Cara Mohon/Aktifkan SPayLater Motorcycle Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SPayLater Motorcycle:
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee, pergi ke tab Saya (Me) dan klik pada Halaman Utama SPayLater
Langkah 2: Pilih SPayLater Motorcycle
Langkah 3: Klik pada Semak Kelayakan Secara Percuma 
Langkah 4: Sahkan Kad Pengenalan (IC)
Langkah 5: Isikan Maklumat Tambahan
Langkah 6: Muat naik Dokumen Pendapatan seperti yang diperlukan
Langkah 7: Lakukan Pengesahan Wajah 
Langkah 8: Permohonan Dihantar
Permohonan anda akan disemak dalam tempoh dua (2) hari bekerja (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) selepas permohonan di hantar.
NOTA: SPayLater Motorcycle kini tersedia untuk pengguna terpilih sahaja. Perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat. Nantikan kemas kini seterusnya!
Dokumen Diperlukan Dokumen yang diperlukan untuk melayakkan anda menggunakan Spaylater Motorcycle ialah:
Kad pengenalan Dokumen tambahan pendapatan (berdasarkan profil pengguna): Untuk pengguna bergaji:  Penyata gaji terkini 1 bulan; dan Mana-mana satu (1) daripada dokumen berikut:·  Penyata bank terkini 1 bulan  Penyata KWSP terkini Borang BE terkini Untuk pengguna bekerja sendiri: Borang Pendaftaran Perniagaan Penyata bank syarikat / Penyata e-dompet bagi 3 bulan terkini Had Kredit & Tempoh Bayaran Had kredit sehingga RM20,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan (5 tahun), bergantung pada kelayakan dan jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Kitaran bil SPayLater Motorcycle anda akan mengikut kitaran bil SPayLater sedia ada yang ditetapkan secara automatik apabila SPayLater anda diaktifkan.
Pengguna boleh memilih tempoh ansuran yang sesuai semasa proses permohonan, dan bayaran akan dibuat secara bulanan melalui aplikasi ShopeePay sehingga tempoh yang dipilih tamat.
Senarai Jenama & Model Motosikal yang layak untuk SPayLater Motorcycle Anda boleh melihat senarai penuh jenama dan model motosikal yang layak di bawah.
JenamaModelAPRILIASR-GT 200 STANDARDAPRILIASR-GT 200 SPORTAPRILIASR-GT 200 REPLICAARIIC318GTAVETAVS110 DBAVETAVTM250LXAVETAVTM250MAVETADY115AVETADY115 (SE)AVETANOVA 125AVETANOVA 160AVETARANGER CUB CROSS 115AVETARANGER CUB CROSS 115 SEAVETARanger Max Explorer StdAVETARX110AVETAV13R (V2)AVETAVanguard 250 (STD)AVETAVanguard 250 (SE)AVETAVS110AVETARanger Max Explorer SEAVETAMarvel 150AVETANova 250AVETANova 160 SEBENELLI150SBENELLI150S SEBENELLILEONCINO 250 SEBENELLIPANAREA 125BENELLIR18iBENELLIR18i SEBENELLITNT249SBENELLITNT249 (SE)BENELLITNT25-NBENELLITRK251 SE (N1)BENELLIVZ125i SE (N1)BENELLIIMPERIAL 400SE (N1)BRIXTONCAFÉ RACER 150iBRIXTONCLASSIC 150iBRIXTONCROSSFIRE 150XSBRIXTONFELSBERG 150XCBRIXTONRAYBURN 150BRIXTONSCRAMBLER 150iCF MOTO250 CL-XCF MOTO250NK LIMITED EDITIONCF MOTO250NK SECF MOTO250NK (N1)CF MOTO250SRCF MOTOPAPIO XOCMCDAYTONA 250 CAFE RACERCMCBUCCANEER 250iCMCMOMOS REGAL RAPTORHANWAYBOBBER 400 HERITAGEHANWAYBOBBER 400 CLASSICHANWAYBOBBER 125 SHONDAWAVE ALPHAHONDAWAVE 125IHONDADASH 125HONDABEATHONDAADV 160HONDAADV 160 SEHONDAVARIO 160HONDAVARIO 160 SEHONDAVARIO 160 REPSOLHONDARS-X 150 ABSHONDARS150RHONDAVARIO 125HONDACBR150RHONDANS S300 STDHONDAFORZA NSS250A ABSHONDARS-X FS150FA2KAMAXSUPER PRO 125KAWASAKIJ300 ABSKAWASAKIVN 250KEEWAYCAFÉ RACER 152KEEWAYK-LIGHT 202KEEWAYPATAGONIAN EAGLE 250KEEWAYSIXTIES 250KTM200 DUKEKTMRC 200KYMCODTX 250LAMBRETTAX250LAMBRETTAG350LAMBRETTAX300GTMODASporter SMODAMocaMODASHIFTER 400X (DY350T-6)MODENASKRISS 110 E4MODENASKRISS 110 E4 DISC BRAKEMODENASKRISS 125MODENASKARISMA EX 125MODENASELEGAN 250 EXMODENASPULSAR NS200 FI ABSMODENASDOMINAR D250MODENASELEGAN (SN250K)MODENASELEGAN 250 ABS (SN250K-A2MY)QJ MOTORLTR 150 (N1)QJ MOTORSRF 15QJ MOTORSRK 250QJ MOTORSRK 250RRQJ MOTORSRV 250QJ MOTORAX 200 SQJ MOTORFORT 350ROYAL ALLOYGP125ROYAL ALLOYGP180ROYAL ALLOYGP250ROYAL ALLOYTG250SSM SPORTSM SPORT 110R (N2)SM SPORTSM SPORT 110R (N3)SM SPORTSM SPORT 110E (N1)SM SPORTSM SPORT 110E (N2)SUZUKIAVENIS 125SUZUKIAVENIS 125 GPSUZUKIBurgman 125 Street EXSUZUKIRAIDER R150 FISUZUKIGSX-S150SUZUKIGSX-R150SUZUKIGIXXER 250SUZUKIGIXXER SF250SUZUKIV-STROM SXSUZUKISV650SYMJET X 150SYMJET X 150 SESYMJET14 200i (N1)SYMHUSKY 150SYMHUSKY 150 SESYMMIO 110SYMSPORT RIDER 125i (N2)SYMVF3i 185 (N2)SYMVF3i 185 LESYMVF3i 185 LE (PRO)SYMTUSCANY 150SYMHUSKY 300VESPAS 125VESPAGTS 300 SSVESPAPX 150VESPAGTS 300 MIVVESPAGTS 300 NOTTEVESPASPRINT 150 ABS JUSTIN BIEBERVOGEFORMICA ROSSA 150WMOTOCUB CLASSIC 110 (N1)WMOTOES125 STDWMOTOES125 STD (N1)WMOTOES125 SEWMOTOES250iWMOTOES250i (N1)WMOTOF-15iWMOTOGEMMA 125WMOTOXDV 250WMOTOXTREME150iWMOTOXTREME150i (SE)WMOTOXTREME 150i (N1)WMOTOXTREME 150i SE (N1)WMOTORT1WMOTORT2WMOTORT3SWMOTORT3S (N1)WMOTOV16WMOTOSM 125iWMOTOSX2-300WMOTOVE1-110E (N1)WMOTOVE1-110H (N1)WMOTOVE1-110R (N1)WMOTOWM110 (N1)WMOTOWM110 (N2)YADEAE8S PROYAMAHAEZ115 FIYAMAHAPG1YAMAHAEGO AVANTIZYAMAHAEGO GEARYAMAHA135LC FiYAMAHA135LC Fi SEYAMAHAY15ZRYAMAHAY15ZR SEYAMAHAY16ZR V2 ABSYAMAHANMAX 155 ABSYAMAHANVX 155 STDYAMAHANVX 155 ABSYAMAHANVX ABSYAMAHANVX SPYAMAHAMT15YAMAHAR15MYAMAHAXMAXYAMAHAMT-25YAMAHAYZF-R25ZEEHOAE4ZEEHOAE8S+ZONTESZT155ZONTESZT368T-G Cara Semak Pengedar Motosikal Berhampiran SPayLater Motorcycle hanya boleh digunakan untuk pembelian motosikal daripada pengedar yang mengambil bahagian. Anda boleh melihat senarai penuh peniaga dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee, pergi ke tab Saya (Me) dan klik pada Halaman Utama SPayLater
Langkah 2: Pilih SPayLater Motorcycle
Langkah 3: Klik Pengedar Berhampiran Anda (Dealers Near You)
Langkah 4: Anda akan dapat melihat senarai penuh pengedar motosikal yang mengambil bahagian
SPayLater vs SPayLater Motorcycle ProdukSPayLaterSPayLater MotorsikalJenis ProdukPerkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk pembelian barangan atau perkhidmatanPerkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk pembelian motosikalYuran Pemprosesan1.5% sebulan atau 18% setahun1.25% sebulan atau 15% setahunTempoh Pembayaran1 – 24 bulan12 – 60 bulanDokumen Diperlukan untuk PengaktifanKad pengenalan diperlukanKad pengenalan dan dokumen tambahan pendapatan di bawah diperlukan berdasarkan profil pengguna:

1. Untuk pengguna bergaji: 
a. Penyata gaji terkini 1 bulan; dan
b. Mana-mana satu (1) daripada dokumen berikut:· 
– Penyata bank terkini 1 bulan 
– Penyata KWSP terkini
– Borang BE terkini 

2. Untuk pengguna bekerja sendiri:
a. Borang Pendaftaran Perniagaan
b. Penyata bank syarikat / Penyata e-dompet bagi 3 bulan terkini Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan dan bagi mengetahui info lebih lanjut mengenai SPayLater Motorcycle, sila layari/hubungi:
Shopee Malaysia Customer Service:
Telefon: +6 032 298 9222 atau +6 032 777 9222​ Email: [email protected]​ Untuk pengaduan atau pertanyaan khusus SPayLater, hubungi PT Commerce Finance (penyedia perkhidmatan):
Telefon: (021) 8060 4253 Email: [email protected]​ Layari juga Pusat Bantuan Shopee​ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai SPayLater Motorcycle.
Soalan Lazim SPayLater Motorcycle Apa itu SPayLater Motorcycle? Ia adalah perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) khusus untuk pembelian motosikal, membolehkan pembayaran secara ansuran bulanan yang fleksibel dan patuh Syariah.
Siapa yang layak untuk SPayLater Motorcycle? Pengguna berumur 18 tahun ke atas, telah lulus proses eKYC, dan memenuhi syarat kelayakan kredit yang ditetapkan oleh sistem.
Berapa had kredit dan tempoh bayaran? Had kredit sehingga RM20,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan (5 tahun), bergantung pada kelayakan dan jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Adakah perlu deposit? Ada kemungkinan layak untuk 0% deposit, bergantung pada dokumen dan kelayakan pengguna.
Apakah dokumen yang diperlukan? Kad pengenalan, slip gaji, kad keluarga (jika diminta), dan dokumen pendapatan lain.
Bagaimana cara daftar dan memohon? Daftar melalui aplikasi ShopeePay, lengkapkan eKYC, serahkan dokumen, dan tunggu kelulusan.
Adakah pembiayaan ini patuh Syariah? Ya, SPayLater Motorcycle disahkan patuh Syariah oleh penasihat Syariah.
Di manakah boleh membeli motosikal dengan SPayLater Motorcycle? Di pengedar rasmi yang bekerjasama, senarai lengkap boleh dilihat di Pusat Bantuan Shopee atau skrol ke atas.
Bagaimana cara bayar ansuran? Bayar melalui aplikasi ShopeePay mengikut kitaran bil yang ditetapkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/spaylater-motorcycle/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spaylater-motorcycle

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 116 hits
Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji untuk tahun 2026 atau 1447H ketahui cara semak dan menjawab tawaran Haji melalui aplikasi ThiJARI atau Untuk maklumat dan info seterusnya sila baca di panduan seterusnya Mengenai Haji Menurut J...
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 175 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat

Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 109 hits
Mekanik Ajar 3 Cara Kenal Pasti Absorber Sudah Rosak Dalam Beberapa Saat Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kenderaa...
Lindung Pekerja Pastikan Anda Dilindungi Ini Cara Semakan Caruman Manfaat Tuntutan

Lindung Pekerja Pastikan Anda Dilindungi Ini Cara Semakan Caruman Manfaat Tuntutan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 111 hits
Mungkin ramai pekerja di Malaysia masih tak tahu bahawa caruman PERKESO adalah wajib di sisi undang undang tak kiralah sama ada pekerja bertaraf tetap atau kontrak dan telah memiliki insurans swasta Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja ...
Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 138 hits
Tabung Warisan Anak Selangor akan mula menyalurkan pembayaran manfaat bagi kelahiran tahun 2008 pada tahun 2026 Semak kelayakan kemaskini kini maklumat dan pilihan kaedah pembayaran di portal rasmi Yayasan Warisan Anak Selangor Tabung Waris...
Talian Kasih 15999 Fungsi Jenis Aduan Cara Buat Aduan

Talian Kasih 15999 Fungsi Jenis Aduan Cara Buat Aduan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 123 hits
Talian Kasih merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi orang ramai mengemukakan aduan dan pertanyaan mengenai isu isu keluarga dan kanak kanak yang boleh diakses melalui Berikut adalah maklumat dan info lanjut berkaitan talian ini Apa It...
Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan

Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 124 hits
Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan Kebersihan diri merupakan asas penting dalam menjaga kebersihan kulit Hal ini kerana kulit merupakan lapisan yang melindungi tubuh dari terdedah dengan bahan pencemaran dan juga kuman ...
Grabrewards Kini Jadi Grabcoins Lebih Banyak Cara Untuk Kumpul Ganjaran Jimat

Grabrewards Kini Jadi Grabcoins Lebih Banyak Cara Untuk Kumpul Ganjaran Jimat

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 118 hits
Grab baru sahaja naik taraf sistem GrabRewards kepada GrabCoins kat seluruh Asia Tenggara Dari Singapura Malaysia Thailand Filipina Kemboja Myanmar sampai Vietnam pengguna boleh mula kumpul dan guna GrabCoins dengan update aplikasi ke versi...
Rare Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun

Rare Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 112 hits
Rare Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun Umum bersetuju tulisan tangan doktor merupakan tulisan yang paling sukar untuk dibaca Tulisan mereka cukup berseni hingga ada masanya kelihatan umpama membuat contengan pa...
Klinik Kesihatan Perlis Ditutup Sementara Akibat Banjir Perkhidmatan Dipindahkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Pgdm Sertai Kempen Sosure Media 2025

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aiskrim Homemade Mudah Murah Resipi Viral Tekstur Halus Persis Jenama Mahal

Emas Berkemungkinan Akan Terus Mengukuh Hari Ini Rabu 26 November 2025 Walaupun Terdapat Potensi Untuk Pembetulan Yang

Hendri Dekrath Bagai Tertusuk Duri Chord

Tanggung Jawab

Mungkin Awak Singgah Tanpa Sengaja

From My Garage To Yours Gifts With True Motorcycling Soul