Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan
Semakan Tawaran Bagi Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2025/2026 boleh dibuat melalui pautan rasmi MARA https://www.mara.gov.my/ atau terus ke pautan pantas berikut – Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1 atau Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
Seperti yang kita sedia maklum, sistem satu saluran pengambilan pelajar ke SBP dan MRSM akan dilaksanakan pada tahun 2026.
Tujuan utama sistem tunggal ini diwujudkan pengambilan dapat mengatasi tawaran bertindih yang berlaku sebelum ini sebelum kaedah itu dilaksanakan.
Selain itu, sistem ini juga memastikan pengagihan tempat ke sekolah tersebut akan jadi lebih adil dan inklusif khususnya untuk pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar.
Menerusi sistem tunggal terbaharu ini, pemilihan akan menggunakan kaedah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), dengan platform dalam talian diseragamkan antara MARA dan KPM.
Bagi pelajar sekolah swasta yang tiada dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), permohonan boleh dibuat melalui sistem MyMRSM yang diuruskan oleh MARA.
Semakan Permohonan MRSM 2026
Semakan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2026 bagi Tingkatan 1 & 4 boleh dilakukan pada 26 Disember 2025 (Jumaat).
Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM menggunakan No. Kad Pengenalan secara dalam talian menerusi pautan berikut :
Untuk Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
Untuk Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
Arahan Penting:
Calon perlu membuat pengesana terima / tolak tawaran dalam tempoh (7 hari) daripada tarikh semakan.
Kegagalan membuat pengesahan terima akan dianggap menolak tawaran.
Keputusan tawaran adalah muktamad.
Rayuan Kemasukan ke MRSM 2026
Bagi calon yang tidak berjaya untuk mendapat tempat di MRSM, anda boleh membuat rayuan bermula 26 Disember 2026 hingga 13 Januari 2026.
Semakan rayuan boleh dilakukan bermula 6 hingga 10 Februari 2026.
Pengenalan Ujian Khas MRSM
Ujian khas MRSM ialah Ujian Khas yang perlu diduduki oleh calon yang memilih program seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal, dan Bitara, selepas melepasi penilaian awal seperti PKSK/UKKM. Ujian Khas ini merupakan komponen penilaian tambahan untuk program-program tertentu yang memerlukan kebolehan khusus. Calon yang melepasi ujian PKSK/UKKM dan dipilih untuk program khas akan menerima panggilan untuk menduduki Ujian Khas.
Ujian Khas ini adalah kepada yang ada mohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi program berikut :
BITARA
STEM
Ulul Albab
IGCSE
Teknikal
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan panggilan Ujian Khas MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan oleh MARA.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM dan semakan panggilan bagi Ujian Khas.

Semakan Ujian Khas MRSM 2025 Bagi Kemasukan Sesi 2026
Tarikh Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) / Ujian Khas Ulul Albab, IGCSE, Teknikal telah diumumkan oleh pihak MARA melalui laman web rasmi https://www.mara.gov.my/
Semakan tarikh UKKM/Ujian Khas secara atas talian akan mula dibuka pada jam 3.00 petang 5 November 2025 hingga 27 November 2025.

Semakan panggilan Ujian Khas MRSM sesi 2026 boleh dibuat secara berperingkat melalui pautan berikut:
Tingkatan 1 :
https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1 ATAU
https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/frmLoginF1.aspx
Tingkatan 4 :
https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/ ATAU
https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/frmLoginF4.aspx

Follow Whatsapp Channel MARA >> https://whatsapp.com/channel/0029VaPSRWI5Ejy3BsIRsp3n
Maklumat Lanjut Semakan Ujian Khas MRSM 2025/2026
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
Telefon : 03-2613 2000
Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel
[email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483
Apakah Ujian Khas MRSM? Ujian khas MRSM ialah Ujian Khas yang perlu diduduki oleh calon yang memilih program seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal, dan Bitara, selepas melepasi penilaian awal seperti PKSK. Ujian Khas ini merupakan komponen penilaian tambahan untuk program-program tertentu yang memerlukan kebolehan khusus. Calon yang melepasi ujian PKSK dan dipilih untuk program khas akan menerima panggilan untuk menduduki Ujian Khas.
Bagaimana mengakses Sistem Semakan UKKM/Ujian Khas Bagi Kemasukan ke MRSM Tahun 2026? Semakan panggilan Ujian Khas MRSM sesi 2026 boleh dibuat secara berperingkat melalui pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
ATAU
Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/frmLoginF1.aspx
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/frmLoginF4.aspx
Siapa yang perlu ambil ujian ini? Calon yang memilih Program Khas sebagai pilihan pertama dalam permohonan mereka dan melepasi skor merit PKSK/UKKM. Calon yang melepasi ujian UKKM dan dipilih untuk program khas akan menerima panggilan untuk menduduki ujian ini.
Bagaimana format ujian ini? Komponen ujian terdiri daripada :
– Ujian Keperibadian dan sahsiah
– Ujian Kemahiran (termasuk Ujian Teknikal dan Ujian Khas Ulul Albab untuk program yang berkaitan).
Apa yang perlu fokus untuk ujian khas ini?
MRSM Teknikal : Matematik, Sains & Teknologi, RBT, Inovasi, STEM, Asas Kejuruteraan
MRSM ULUL ALBAB : Temuduga, Tilawah, Hafazan
MRSM IGCSE : English, Math & Science, IQ
MRSM BITARA / STEM EXCELLENCE : Ujian Kognitif, Sains
SBPI / SMKA TMUA : Temuduga, Hafazan, Tilawah, Tahriri
NOTA: Fokus / pelaksanaan ujian mungkin akan berbeza atau mungkin sama dengan tahun-tahun sebelumnya kerana permohonan MRSM telah bergabung dengan KPM bermula kemasukan tahun 2026. Apapun pastikan anda merujuk info rasmi dari pihak KPM/MRSM/MARA
Adakah semua calon yang memohon akan dipanggil untuk ujian ini? Hanya calon yang melepasi ujian UKKM/PKSK dan dipilih untuk program khas akan menerima panggilan untuk menduduki Ujian Khas.
Baca juga:
Semakan SBP 2026 – Tawaran Sekolah Berasrama Penuh KPM
Kelas Rancangan Khas: Semakan & Senarai Sekolah KRK
Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/semakan-mrsm-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-mrsm-2026