Pertama Kali Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang



Pertama Kali 'Hiking' Bukit Senorang Kemayan Pahang | Assalamualaikum dan selamat pagi. Sempena Hari Wanita baru-baru ni iaitu 8 Mac 2020, Cik Renex dan kawan-kawan CR telah mencabar diri untuk mendaki bukit di Kemayan Pahang iaitu Bukit Senorang. CR sebenarnya dah lama teringin untuk berhiking akan tetapi mak CR tidak memberi 'Green Light'. Entah kenapa baru-baru ni bila CR cakap teringin nak hiking, mak CR telah bagi kebenaran. Apa lagi, laju la CR beritahu geng yang dah dapat green light. 
Mula-mula plan tarikh sekian-sekian tapi ada hal pulak. Akhirnya, last minit malam tu baru confirm siapa yang pergi dan nak pergi jam berapa. Kami berlima yang confirm pergi iaitu CR, Dayah, Pikah, Azie dan Sapik. Dalam 640 pagi kami gerak ke Kg Seri Hamzah ,lokasi Bukit Senorang tersebut. Masing-masing tak pernah pergi, jadi kami semua tak tahu mana lokasi sebenar pintu  masuk untuk memulakan hiking ni. hiks


Kami bertanyakan pada orang yang berada di kedai makan dimana lokasi tersebut dan alhamdulillah akhirnya kami jumpa tempatnya. Makcik kedai tu cakap jumpa tanah perkuburan Kg Seri Hamzah, parking la depan tu ada kawasan lapang dan akhirnya kami jumpa. :) Tempat parking kereta yang luas tapi tahap keselamatan tu tiada la yer,jadi janganlah letak barang berharga dalam kereta kita



Sebelum bermula, pastikan warm-up dulu  yer kawan-kawan. CR asalnya nak rekod video masa naik,last-last tak rekod pun. Banyak rekod masa dah turun jer sebab masa naik tu, penat sangat,nak on hp pun tak larat. Hahaha. Baru first time naik bukit kan, gitu la gayenya. :) 


Sepanjang pendakian Bukit Senorang ini, kami dihidangkan dengan pemandangan ladang getah dan ladang kelapa sawit di kiri dan kanan kami. Kami juga bertemu dengan kandang kambing yang siap ada tulis "Kambing demam,jangan bising". Haha itu kelakar tapi memang kambing dalam tu diam je tak mengembek. :)
Sepanjang perjalanan ke atas tu juga, ada beberapa kali kami berhenti sebentar , ambil nafas panjang sebab  penat yang amat naik ke atas tu weh. Bukit-bukit-bukit-bukit. Jalan ratanya boleh kira berapa kali je. CR memang pertama kali naik bukit, jadi memang semput laaa. Yang sorang tu nama dia Pikah,dia yang paling awal sampai dan paling tak penat tengok gayenya. Laju je mendaki bukit-bukit. 


Akhirnya, dengan berkat kesabaran dan kesungguhan sampai jugak ke puncak Bukit Senorang ni. Walaupun awan dah tak macam awan karpet sangat tetap cantik pemandangan dari atas bukit tersebut. SubhanaAllah memang cantik ciptaanNya. Kalau sampai awal lagi, mungkin lagi lawa dapat tengok awan karpet tu

Bila dah sampai atas tu, memang bergambar sakan la di atas tu walaupun muka dah gaya apa jer. Rugi la kalau lepaskan peluang bergambar diatas puncak Bukit Senorang dan berlatar belakang awan karpet yang cantik. Rezeki kami sebab malam tu hujan, jadi memang cantik la awan yang terbentuk

Muka bangga sampai juga di puncak Bukit Senorang.



Dah puas bergambar, kami isi pula perut. Dah banyak lemak terbuang masa ondaway naik keatas,maka kena topup semula. Terima Kasih sebab masak nasi lemak untuk kami semua. Untung kami sebab ada kawan yang rajin memasak. Hehe. Sedap sangat sambal nasi lemak Sapik. Kekenyangan kat atas tu sampai rasa malas nak turun. hee. Sampah kami tak tinggal diatas tu yer,dah sampai bawah baru buang. Kita kena jaga alam sekitar kita

Nasi Lemak Special dari Sapik


Sebelum turun ke tempat asal,acara wajib adalah bergambar. Masa turun laju je masing-masing sebab turun bukan mendaki. Tapi mencabar jugak bila sampai ke bukit yang curam tu. Berhati-hati mana yang ingin pergi tu

CR ada edit sedikit video untuk dijadikan kenangan. Jangan lupa ke channel Youtube CR dan subscribe okay. Untuk tengok di post,boleh scroll di bawah ini untuk menonton video yang CR edit. Maaf lah video bergegar, failed bila rekod sambil berjalan


Bagi CR, mendaki Bukit Senorang ni adalah pengalaman baru untuk CR dan kepuasan tu akan rasa bila kita dah sampai ke puncak bukit. Rasa dia tu tak tergambar dek perasaan. Huhu. Masa ondaway tu memang rasa menyesal lak hiking tapi bila dah sampai, eh seronoknya. Tapi tulah, antara hiking dan join aktiviti berlari, CR pilih aktiviti berlari. Tapi inshaallah, kalau ada kesempatan lagi, boleh je cuba lagi hiking bukit lain. Akak CR ajak naik Gunung Lambak Kluang pulak. Bukit pun dah semput, kalau gunung tak tahu laa. haha. 
Jadi, kalau anda, apa aktiviti outdoor kegemaran anda? Antara hiking dan fun run,mana satu pilihan anda. Kongsikan di bahagian komen. 
Sehingga berjumpa lagi dilain post. Bye




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2020/04/pertama-kali-hiking-bukit-senorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keindahan Misteri Tasik Biru Dan Tasik Hijau Di Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang

Keindahan Misteri Tasik Biru Dan Tasik Hijau Di Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 793 hits
Tasik Biru dan Hijau Bukit Ibam Kebiasaannya jika alam semulajadi yang cantik dipandang atau jarang dilihat adalah datangnya dari negara luar Tasik Biru Tasi Hijau Bukit Ibam PahangBukan mahu beritahu Malaysia atau pelancongan domestik kita...
Kali Pertama Rasa Rasam Telur

Kali Pertama Rasa Rasam Telur

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 576 hits
Kali Pertama Rasa Rasam Telur Bertahun dok Penang dan kahwin dengan orang Penang tapi ni baru kali pertama CH tergerak hati nak rasa rasam Tu pun kakak Ipar CH yang masak rasam telur Semalam CH tag dia kat FB yang post pasal resepi rasam te...
Pertama Kali Rai Ulang Tahun Kelahiran Tanpa Suami Ucapan Bcl Ini Sangat Menyentuh Hati

Pertama Kali Rai Ulang Tahun Kelahiran Tanpa Suami Ucapan Bcl Ini Sangat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 272 hits
small Cover image via Instagram bclsinlcair small Pada 18 Februari lalu industri hiburan tanah air dan juga Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon Ashraf Sinclair Ashraf yang juga merupakan suami kepada penyanyi popular Indonesia iai...
Pertama Kali Duit Adsense Blog Masuk Akaun Bank

Pertama Kali Duit Adsense Blog Masuk Akaun Bank

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 328 hits
Ingat tak saya pernah kongsikan untuk buat duit online bagi pemilik blog Kali ni saya nak kongsikan cara untuk pastikan duit Adsense terus masuk ke akaun bank sebaik sahaja akaun Adsense kita capai minimum pengeluaran yang dibenarkan Mood t...
Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 326 hits
Pasti ramai sekarang ini yang melekat di hadapan televisyen setiap hari Khamis bagi menonton drama perubatan Hospital Playlist Penat betul nak tunggu setiap minggu dahlah tayang satu episod sahaja saban minggu Meskipun drama ini menjadi per...
Covid 19 China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

Covid 19 China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 265 hits
China mencatat sejarah buat pertama kalinya pada Selasa tiada kematian baharu akibat wabak Covid 19 dilaporkan di negara itu sejak kematian diumumkan bermula Januari lalu Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan kes di Tanah Besar China sem...
Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

Kali Pertama Aidan Memanjat Ke Tingkat Dua

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 482 hits
Pada waktu Maghrib tadi Master meletakkan Aidan di ruang tamu bersama sama kakaknya si Aina selepas memandikannya dan memakaikannya baju Kemudian Master masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung kerjanya yang tidak keputusan sementara be...
Saya Segan Bang Pertama Kali Dalam Hidup Minta Dengan Orang

Saya Segan Bang Pertama Kali Dalam Hidup Minta Dengan Orang

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM Kisah seorang kelindan lori yang dalam keadaan kelaparan serta ketiadaan wang untuk menjamah sebarang makanan mendapat perhatian netizen sejak semalam Seorang pengguna Facebook Zarul Zabidi menceritakan dia bertemu dengan seorang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025