Pertama Kali Duit Adsense Blog Masuk Akaun Bank


Ingat tak saya pernah kongsikan kepentingan Adsense untuk buat duit online bagi pemilik blog? Kali ni saya nak kongsikan cara untuk pastikan duit Adsense terus masuk ke akaun bank sebaik sahaja akaun Adsense kita capai minimum pengeluaran yang dibenarkan. Mood tengah rajin nak update pasal Adsense almaklumlah sebab saya pun baru saja terima duit Adsense yang pertama bulan lepas. Bila tukar USD 100 ke MYR dapatlah dalam RM400++ duit hasil daripada Adsense, to be exact saya dapat RM448.13. Okaylah sebab duit geli-geli kan. Tapi lama juga saya ambil masa untuk dapat USD 100 ni, dua tahun beb..haha

Sebenarnya masa mula-mula buat blog, memang saya tak terfikir langsung yang saya boleh buat duit dengan blog. Jadi setiap kali saya update blog, saya ceritakan tentang perkara yang berlaku dalam hidup saya sebagai tempat luahan isi hati. Kalau baca balik artikel lama memang buat rasa nak tergelak je, macam budak-budak perangai dengan tulisan shortform apa semua. Tapi apa yang bestnya bila ada blog ni, kita boleh jadikan blog sebagai buku kenangan. Cerita 5 tahun lepas semua ada siap dengan details kejadian lagi, jadi kalau nak tengok balik kenangan lama..cari je kat blog sendiri


Lepas dapat tau yang pemilik blog juga boleh buat duit dengan Adsense, jadi saya Google pasal Adsense. Kemudian saya cuba apply Adsense untuk dapatkan peluang buat duit sambil berblogging. Tak sangka sekali apply berjaya lulus Adsense! Kemudian saya mula letak script Adsense ke dalam coding HTML blog untuk mula mengira duit. Ka-ching! Tapi Ya Allah, rupa-rupanya nak buat duit dengan Adsense ni bukan mudah sebenarnya ye. Payah


Sepanjang 3 tahun saya letakkan Adsense di blog, saya tak pernah merasa duit Adsense mencapai minimum USD 10 bagi membolehkan saya menerima nombor PIN dari Adsense. Nombor PIN ni penting kerana ia berfungsi sebagai verification yang menunjukkan kita adalah owner untuk blog yang didaftarkan itu. Hinggalah saya mula abaikan blog bila dah mula masuk kerja dan mula kembali cari balik blog bila dah resign dan jadi surirumah sepenuh masa pada tahun 2018. 

Bermula Februari 2018 saya mula tukar domain blog. Disebabkan domain berubah, jadi Adsense hilang pada blog saya dan perlu di re-apply untuk membolehkan saya kembali mengira duit Adsense. Setahun kemudian barulah saya dapat mengumpul USD 10 dalam akaun yang melayakkan saya untuk terima nombor PIN daripada Google Adsense. Bayangkan nak kumpul 10 USD pun kena tunggu selama setahun beb..haha. Sedih betul


Tambah lagi setahun iaitu pada tahun ni dalam bulan Mac barulah saya berjaya terima USD 100 yang pertama daripada Adsense. Dua tahun ambil masa untuk dapatkan RM400++, apa ke lambatnya. Haha..tapi takpela, memang dari awal niat buat blog ni pun untuk suka-suka saja kan. Tambahan pula sekarang dah tak bekerja, kalau nak update sosial media setiap hari pun macam bosan juga. Paling kurang di blog saya boleh mengomel sesuka hati kerana tak ramai pun yang baca blog ni. Takde la rasa mengganggu ketenteraman jiwa orang lain asyik nampak post saya je naik (ayat seorang introvert) :P

Semoga lepas ni bolehla kiranya saya dapat cash out setahun sekali duit Adsense dan lepas tu sebulan sekali (amboi cita-cita tinggi..haha). Btw sebelum ni ada beberapa orang yang tanya saya cara nak pasang Adsense di blog dan cara nak cash out. Maaf sebab kedua-dua soalan tu saya tak dapat nak jawab sebelum ni sebab saya dah apply lama sangat Adsense ni. Jadi tak ingat cara yang tepat saya pernah gunakan untuk apply akaun Adsense. Cuma apa yang pasti ialah bila dah dapat akaun Adsense, baru boleh letak script pada coding blog dan jana income


Bagi soalan cara nak cash out pula, akak baru sekarang dapat merasa duit Adsense dik. Jadi memang taktau cara lagi masa awak tanya tu. Awak dulu yang cash out duit walaupun akaun Adsense akak lagi lama dari awak..uh, sedih. Tapi disebabkan akak risau kot ada yang nak tanya cara duit Adsense terus masuk ke dalam akaun bank lepas ni, jadi akak siap-siap buat post ni supaya nanti senang akak nak share link :P

Cara Edit Setting Supaya Duit Adsense Masuk Terus ke Akaun Bank
1. Log masuk ke akaun Adsense2. Klik Payments3. Pada bahagian How you get paid, klik Manage Payment Methods 4. Klik Add Payment Method dan pilih Add New Wire Transfer Details5. Isi maklumat pada bahagian berikut:
- Name of bank account (nama pemilik akaun)- Bank name (nama bank)- SWIFT BIC (masukkan kod bank. Boleh cari kod bank di SWIFTCODE)- Account number (nombor akaun bank)- Re-type account number (taip sekali lagi nombor akaun)

Kalau dah lengkap isi semuanya, boleh klik Save okeh. Abaikan bahagian yang lain. Maknanya kalau dalam akaun Adsense dah cukup minimum wang untuk pengeluaran, Adsense akan terus masukkan duit ke akaun bank kita. Tak perlu lagi clearkan cheque di bank atau buat pindahan wang dengan Western Union. Jadi jimat masa kerana tak perlu pergi ke kaunter untuk urusan keluarkan duit. Proses untuk terima bayaran pun tak lama. Anggaran dalam masa satu ke tiga hari sahaja. Btw apa yang saya perasan, proses clearkan duit dari akaun Adsense ke akaun bank saya hanya ambil masa sehari sahaja


Disebabkan kita masih perlu melalui proses PKP fasa kedua di rumah sekarang, jadi apa kata dalam masa tengah #stayathome ni awak buat satu blog untuk awak bercerita secara santai-santai. Mana tau blog yang awak buat hari ni akan generate income pada tahun depan kan? Kita tak tau selagi belum bermula. Jadi marilah kita sama-sama berblogging. Btw bila dah buat blog nant jangan lupa pula cari blog saya ni balik untuk tengok cara-cara edit setting pada akaun Adsense supaya duit terus masuk ke akaun bank ya. Take care, be safe and stay home



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/04/cara-buat-duit-adsense-masuk-terus-akaun-bank.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Duit Bpn Masuk Dalam Akaun Atau Tidak

Cara Semak Duit Bpn Masuk Dalam Akaun Atau Tidak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1458 hits
Semak Duit masuk Bantuan Prihatin Nasional cara mudah tanpa perlu ke bank Untuk sesiapa yang tidak memiliki Online Banking atau tiada akaun bank yang berdaftar dengan BSH BPN anda hanya perlu semak di laman web https bpn hasil gov my untuk ...
Buasir Otak Tv Pertama Kali Main Game Tembak Tembak

Buasir Otak Tv Pertama Kali Main Game Tembak Tembak

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 340 hits
Bila kawan ajak main game tembak tembak macam PUBG Mobile atau COD tapi kau baru pertama kali nak main Jom tonton animasi ini
Ini Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 2 Kwsp

Ini Cara Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 2 Kwsp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 252 hits
Memandangkan dah masuk bulan April Ohmedia cuma nak bagitahu bahawa hari ini korang sudah boleh membuat permohonan secara online bagi pengeluaran duit dari Akaun 2 di laman web Baru baru ini ada seorang pengguna bernama mohdamirfarhan berko...
Niche Blog Menguntungkan Untuk Adsense Untuk 2020

Niche Blog Menguntungkan Untuk Adsense Untuk 2020

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 184 hits
Niche Blog Untuk Hasilkan Income Pendapatan Bayaran Adsense yang Tinggi untuk tahun 2020 Pernah tak anda mengelamun depan screen laptop tengok pageviews atau stats blog anda bukan main lagi tinggi menggungung Tapi bila check pendapatan adse...
Perasaan Bila Akaun Adsense Dah Lulus

Perasaan Bila Akaun Adsense Dah Lulus

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 279 hits
AdSense Dah Lulus Alhamdulillah Masih bernyawa Nice aku punya Akaun AdSense dah approved and active Rasa nak lompat lompat haritu Yeah before PKP dah settle sebenarnya tapi harini baru rasa nak update Walaupun bukan usaha sendiri godek gode...
Kali Pertama Rasa Rasam Telur

Kali Pertama Rasa Rasam Telur

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 577 hits
Kali Pertama Rasa Rasam Telur Bertahun dok Penang dan kahwin dengan orang Penang tapi ni baru kali pertama CH tergerak hati nak rasa rasam Tu pun kakak Ipar CH yang masak rasam telur Semalam CH tag dia kat FB yang post pasal resepi rasam te...
Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

Pelakon Muzikal Muncul Pertama Kali Dalam Drama Watak Songhwa Dalam Hospital Playlist Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 327 hits
Pasti ramai sekarang ini yang melekat di hadapan televisyen setiap hari Khamis bagi menonton drama perubatan Hospital Playlist Penat betul nak tunggu setiap minggu dahlah tayang satu episod sahaja saban minggu Meskipun drama ini menjadi per...
Duit Hilang Dari Akaun Cimb Ini Tindakan Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

Duit Hilang Dari Akaun Cimb Ini Tindakan Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 691 hits
Semalam pemegang akaun bank CIMB berada dalam kerisauan selepas beberapa pengguna berkongsi kisah mereka kehilangan duit dari akaun CIMB Sama ada melalui transaksi debit atau
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut