Persiapan Menuju Ke Malam Lailatul Qadar
Persiapan Menuju ke Malam Lailatul Qadar | Makin lama makin sayu hati ni nak meninggalkan Ramadhan. Rasanya belum cukup amalan yang umi buat pada bulan Ramadhan ni.Banyak kelemahan dalam diri ini yang perlu umi buat untuk kaut pahala-pahala yang HANYA ADA DI BULAN RAMADHAN. Dan sekarang ni dah menempuh malam-malam terakhir Lailatul Qadar.Entah bila datangnya malam yang ISTIMEWA tu kan? Yang penting kita sebagai umatnya perlu mempersiapkan diri menuju hari-hari Lailatul Qadar. Ramai yang menantikan 10 MALAM TERAKHIR di bulan Ramadhan ni.Atau lebih dikenali dengan nama Malam 7 LIKUR. Kalau zaman kecik-kecik dulu, masa 10 malam terakhir nilah kena pasang lampu pelita.Masa ni mak kata Arwah abah balik rumah nak lihat anak-anak dia..Haishh..Terus rasa sebak hati umi ni. Semampu mungkin kita perlu mempersiapkan diri dan salah satunya adalah AMALAN MALAM LAILATUL QADAR yang perlu kita lakukan AMALAN MALAM LAILATUL QADAR 1.Memastikan solat di awal waktu.Allah swt akan selesaikan segala masalah kita jika kita solat di awal waktu.Kita dahulukan Allah ,pasti Allah akan bantu kita.Amal yang pertama yang akan dihisab olehNya adalah SOLAT. So, perkara pertama adalah solat di awal waktu. 2.Hormat kedua ibu bapa.Jangan pernah untuk sakiti hati mereka.Dan muliakanlah ibu bapa kita.Jika tindakan mereka ada yang menyakiti hati kita, kita sabar dan diam.Moga Allah berikan kita hati yang sabar kerana Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. 3. Jihad fisabillah PERSIAPAN MENJELANG MALAM LAILATUL QADAR Antara amalan yang perlu dilakukan dan juga doa yang perlu di baca untuk bertemu jodoh dengan Malam Lailatul Qadar. 1. Untuk mendapat Lailatuqadar hanya susah bagi orang yang ada kemunafiqan di dalam hatinya. Seorang Muslim mungkin pergi 3 hari pertama sahaja ke masjid. Tetapi bagi Mukmin akan sentiasa terus untuk mencari malam Lailatulqadar. 2. Kuatkan niat untuk mendapat malam Lailatulqadar dari awal Ramadhan. Sekarang ni perbaharui niat tersebut walaupun bagi wanita yang datang bulan. 3. Melaksanakan ibadah fardhu dan menjagakan yang fardhu. Fardhu ada 5: -Syahadah. Buat segala perkara kebaikan kerana Allah. – Solat – Puasa – Zakat- keluarkan pada waktu Ramadhan ini kerana banyak pahala diberi Allah. Allah akan jaga kesihatan, harta, kerjaya dan business jika keluarkan zakat dan bersedekah. – Bercita-cita untuk pergi Haji walaupun tidak mampu. Daftar sekarang. 4. Jaga perkara-perkara Sunnah. Solat sunat rawatib jangan tinggalkan, sentiasa senyum, Qiyamulail. Qiyamulail ini sebagai tanda kita syukur kpd Allah. Al-Quran sentiasa dibaca. Hanya Al-Quran dapat menyelamatkan kita di kubur dan dan di Padang Masyhar. Bacalah surah Al-Mulk setiap hari. Zikir harian juga perlu dijaga. Lakukan ibadah yang fardhu untuk dekatkan diri kepada Allah dan ibadah Sunnah pula untuk mencari cinta Allah. 5. Banyakkan berdoa ketika bulan Ramadhan. Baca doa Lailatulqadar dan doa dari ayat akhir surah Al-Baqarah. Takdir yang buruk akan terhalang dengan doa. Apabila berdoa minta Allah sayangkan kita. 6. Gandakkan taubat dan istighfar supaya diberi keampunan oleh Allah s.w.t. 11 bulan kita sudah melakukan macam-macam dosa. Jadi pada 1 bulan di Ramadhan ini mohonlah ampun dari Allah s.w.t. Nikmat dalam hidup kita adalah apabila dosanya diampunkan. 7. Beriktikaf di 10 malam terakhir. Tahan sikit nafsu tidur. Jangan sia-siakan 10 malam terakhir ini. Hanya 10 malam sahaja yang Allah minta. Mandi dan pakai wangi-wangian ketika berikhtikaf. 8. Berdoa Doa malam lailatul-qadar Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku) *Semoga Allah s.w.t menerima ibadah kita di bulan Ramadhan dan dikurniakan keutamaan malam Lailatulqadar. Insyallah..Amin sumber : siraplimau
The post Persiapan Menuju ke Malam Lailatul Qadar appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/persiapan-menuju-ke-malam-lailatul-qadar/