7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini



7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar  Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini || Salam semua, hari ini dah masuk ke 20 Ramadan, 10 hari lagi akan berakhirnya Ramadan yang penuh berkah ini.


Kat sini 2 hari sebelum masuk 10 terakhir Ramadan cuaca tak berapa panas. Hari ini pun cuaca mendung redup jerr. Harap - harap sampai nak habis puasa pun keadaan macam ni la jugak.

Bulan puasa ni setakat sampai 20 Ramadan, hujan tu dah banyak kali dah turun. Alhamdulillah tak macam sebulan sebelum ni, kemarau sangat huu. Bila sebut malam lailaltul Qadar, orang berebut rebut nak dapatkan ganjaran yang besar yang Allah bagi untuk penghuni seluruh alam. Cuma kita sendiri nak tak nak jerr, "man jadda wa jadda". Begitulah. :)

Kat sini, kita kongsikan keistimewaan Malam Lailatul Qadar dan doa malam lailatul qadar. Jom kita sama - sama amalkan doa ini.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah saw tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.

Allah سبحانه وتعالى berfirman;
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”

(Surah Al-Qadr atau Al-Qadar; Ayat 3)

An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).

3. Malam Penuh Keberkatan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam Lailatul Qadar dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

Keistimewaan dan kelebihan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”(Surah Al-Qadar; Ayat 4)

Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu.

Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)

5. Malam Kesejahteraan

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.

Firman Allah سبحانه وتعالى;
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar; Ayat 5)

Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim).

Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى.

Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” (Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).” (Surah Ar Ra’d; Ayat 39)

7. Dosa Diampunkan

Dosa setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah  bersabda
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut.

Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)

‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Orang yang beribadah atau buat ibadat sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
Doa Malam Lailatul Qadar 

Dalam sebuah hadis, Saidatina 'Aisyah RA berkata: “Aku bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu bilakah malam Lailatulqadar terjadi, apa yang harus aku ucapkan?” Baginda SAW menjawab:

“Ucapkanlah: “Ya ALLAH, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sumber : SInar Harian Sumber : media maklumat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/05/7-keistimewaan-malam-lailatul-qadar-pada-10-hari-terakhir-ramadan-dan-amalkan-doa-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 658 hits
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya Memasuki hari hari terakhir dalam bulan mulia Ramadhan Terasa begitu sekejap masa berlalu tentunya dalam meniti kepergian bulan Ramadhan ini 10 hari...
Malam Lailatul Qadar 2019 Doa Kelebihan Amalan Yang Boleh Dilakukan

Malam Lailatul Qadar 2019 Doa Kelebihan Amalan Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1427 hits
Malam lailatulqadar merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan dimana malam tersebut hanya terjadi ketika bulan Ramdhan Ayat al Quran juga diturunkan pada malam tersebut diamana malam tersebut disebut di dalam sura Al Qadr Malam Lail...
Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1062 hits
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat spesial bagi umat Islam tidak hanya bulan yang diberkati dan dirahmati namun doa mudah dikabulkan oleh Allah terutama bagi orang yang berpuasa sampai ia berbuka Dalam sebuah hadits Nabi yang diriwa...
Ciri Ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qadar Di Bulan Ramadan

Ciri Ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qadar Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 294 hits
Orang yang mendapatkan malam Lailatul Qadar akan merasakan ketenangan dan ketentraman serta lapang dada pada saat malam tersebut lebih banyak dari yang didapatkannya pada malam malam selain malam Lailatul Qadar
Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan

Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 665 hits
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya Sepuluh hari yang terakhir atau sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan ini merupakan penutupnya yang bermula pada hari ke 21 Ramadan iaitu setelah selesainya 20 h...
Persiapan Menuju Ke Malam Lailatul Qadar

Persiapan Menuju Ke Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 531 hits
Persiapan Menuju ke Malam Lailatul Qadar Makin lama makin sayu hati ni nak meninggalkan Ramadhan Rasanya belum cukup amalan yang umi buat pada bulan Ramadhan ni Banyak kelemahan dalam diri ini yang perlu umi buat untuk kaut pahala pahala ya...
Kelebihan Doa Lailatul Qadar

Kelebihan Doa Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 470 hits
Kelebihan Doa Lailatul Qadar adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kelebihan Doa Lailatul Qadar membawa ...
Bacalah Doa Penting Ini Jika Malam Itu Anda Bertemu Dengan Malam Al Qadar

Bacalah Doa Penting Ini Jika Malam Itu Anda Bertemu Dengan Malam Al Qadar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 584 hits
As Salam Syukur Kita semakin menghampiri 10 malam terkahir pada Bulan Ramadhan Sekejapnya masa berlalu Sungguhlah Masa itu ibarat pedang Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita Allahuakbar Saya ingin kongsikan satu doa khusus yang...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation