Pernah Hidap Kanser Tahap 4 Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser


Siapapun kala berdepan dengan dugaan penyakit sehebat kanser pastinya akan merasa sedih dan kecewa. Tertanya-tanya mengapa kita menjadi insan terpilih untuk melalui semua ini. Namun kalimat alhamdulillah menjadi ucapan pertama Ustaz Hanafi kala diberitahu oleh doktor mengenai sakitnya itu.
Tiga tahun lalu, pada 31 Januari 2017, pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Meskipun dugaan ini maha berat untuk dilaluinya, namun Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menerimanya dengan penuh rasa syukur.
 
Dan kini beliau semakin sihat malah semakin pulih daripada kanser yang dilaluinya.

” Bila saya disahkan mengidap kanser, perkataan pertama yang saya sebut adalah alhamdulillah. Alhamdulillah Ya Allah, syukur kepada Allah. Saya terima dengan hati yang lapang, tenang dan hati yang terbuka.
“Alhamdulillah selepas itu kami terus lakukan pembedahan segera. Saya tak pernah rasa terdetik kenapa saya dipilih Allah.
Apa yang saya buat adalah saya doakan pada Allah, jika Allah nak ambil nikmat yang lain, ambilah tapi saya mohon agar Allah jangan ambil nikmat saya untuk berdakwah dan bersolat jemaah,” katanya berkongsi.

Tak Kisahkan Soal Makan
Dalam pada itu, kata ustaz lagi apa yang dilaluinya adalah satu ujian pada dirinya. Katanya lagi, beliau adalah seorang yang cukup gemar makan dan antara makanan kesukaannya adalah Yong Tau Foo. Malah setiap kali ke mana sahaja, makanan menjadi keutamaannya untuk dicuba.
Sunnah Rasullullah iaitu berhenti makanan sebelum kenyang tidak pernah diikuti dan dijadikan panduan dalam hidupnya. Dan akhirnya kini beliau akur dengan ujian untuk dirinya.
“Saya suka sangat makan fishball, fishcake, crab stick, terlalu banyak benda-benda segera yang saya makan.
” Bila saya berkonvoi, saya cukup suka makan dan mencuba pelbagai jenis makanan” katanya lagi.

Kongsi Formula 5 S & 2 Z
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan kepada pesakit yang baru disahkan menghidap kanser agar melalui detik ini dengan tenang dan bersyukur sepertinya.
“Syukur atau sabar. Bila kita sebut alhamdulillah, jiwa kita akan menjadi lapang, tenang menerima kenyataan dan ujian, tenang berdepan dengan kanser itu sendiri. Tenang akan datang darupada jiwa yang sentiasa bersyukur.
Bersangka baik. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Apa yang Allah nak bagi selepas itu, untuk apa, pastinya ada sesuatu yang Allah mahu berikan kepada kita.
” Sakit macam mana pun jangan tinggalkan solat. Walaupun saya koma, menurut kata isteri saya, setiap kali tiba azan, saya akan bertayamum dan solat, kemudian saya koma balik. Wallahuallam.
“Seterusnya banyakkan bersedekah dalam hidup kita. Ketika sakit, jemputan berceramah semakin berkurangan. Apa yang saya buat setiap kali solat subuh berjemaah di masjid, saya bersedekah atas nama arwah ibu saya.
“Sedekah ini boleh memadamkan dosa. Mungkin sedekah inilah memadamkan kemurkaan Allah dan menyembuhkan penyakit saya.

“Dan yang terakhir, makanlah makanan yang sihat, pilihlah makanan yang seimbang. Saya bertaubat, saya tak makan lagi seperti dulu, saya makan makanan sihat dan kawal pemakanan saya. Saya juga baca pelbagai buku untuk mengawal kanser melalui pemakanan,” ” katanya berkongsi tip untuk melawan kanser.
Dan selebihnya kalau beliau, lengkapkanlah dengan dua amalan ini iaitu zikir dan ziarah.
“Banyakkanlah berzikir kerana kita tidak tahu bila masa kita mati. Jadi biarlah kita mampu menyebut raja segala zikir iaitu lailahaillallah.
” Banyakkan berziarah. Barang siapa yang bertawakal Allah akan menunjukkan jalan keluar. Wallahuallam,” katanya berkongsi.

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Ustaz Hanafi Makin Sihat, Kongsi Formula 5 S Untuk Lawan Kanser! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pernah-hidap-kanser-tahap-4-kini-ustaz-hanafi-makin-sihat-kongsi-formula-5-s-untuk-lawan-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Hidap Kanser Prostat Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu Jangan Malu

Pernah Hidap Kanser Prostat Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu Jangan Malu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 373 hits
RASA berbesar hati berkongsi kisah seorang insan ternama Chairman Founding Partner of Ikhlas Capital Dato Sri Nazir Razak Siapa sangka beliau ialah seorang pejuang kanser Kita kena sedar kanser tak kenal siapa Beliau sangat bertuah kerana t...
Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 372 hits
Anak nakal tu mesti mak ayah tak ajar anak Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran naik darah dan geram Justeru perkongsian penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu b...
Ustaz Pun Kaki Fitnah Pas Makin Maju

Ustaz Pun Kaki Fitnah Pas Makin Maju

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 313 hits
http kedahlaniie blogspot com 2020 11 jawapan mantan su kfa berkaitan isu html Ustaz pun dah terajang konsep tabayyun Jangan malukan janggut
Sosej Memang Sedap Tapi Bahaya Anak Anak Boleh Hidap Kanser Usus

Sosej Memang Sedap Tapi Bahaya Anak Anak Boleh Hidap Kanser Usus

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 272 hits
Kebiasaanya jika ibu bapa sibuk bekerja atau ingin memudahkan kerja memasak sosej adalah pilihan utama sebagai juadah pagi Lebih senang apabila anak langsung tidak menolak makanan segera ini Tapi sayangnya ramai dalam kalangan kita yang mem...
Fazura Kongsi Foto Sipi Anak Lagi Fatima Makin Bambam

Fazura Kongsi Foto Sipi Anak Lagi Fatima Makin Bambam

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 318 hits
Pelakon Nur Fazura yang bersalin pada 2 Oktober 2020 lalu itu dilihat semakin terbuka berkongsi sedikit demi sedikit perkembangan anak sulungnya di laman Instagram meskipun masih belum mendedahkan wajah bayi perempuan itu secara keseluruhan...
Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 355 hits
Melayari insta story Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti membuatkan kita tertanya tanya mengenai anak kesayangan Tok Ti Siti Aafiyah yang dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan baru baru ini Ramai yang tertanya tanya mengenai masalah yang ...
Kini Sudah 32 Minggu Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil Kongsi Gambar Di Perth

Kini Sudah 32 Minggu Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil Kongsi Gambar Di Perth

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 377 hits
Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu Zahirah yang kini berada di Perth Australia ditemani suami Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi...
Tiada Lagi Lobak Merah Atau Labu Hidap Penyakit Karotenemia Ika Nabella Mohon Doakan Noah Sihat

Tiada Lagi Lobak Merah Atau Labu Hidap Penyakit Karotenemia Ika Nabella Mohon Doakan Noah Sihat

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 331 hits
Bila anak anak sakit yang paling risau tentulah ibu dan ayah Walaupun mungkin penyakit yang dihidapi oleh si kecil tidak terlalu merbahaya pastinya kegusaran tetap bertandang di hati Pelakon Ika Nabella dalam perkongsian terbarunya di Insta...
Bila Masuk Kerja Makin Lama Makin Kurang Susu Praktis 3 Cara Kembalikan Susu Ibu

Bila Masuk Kerja Makin Lama Makin Kurang Susu Praktis 3 Cara Kembalikan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 342 hits
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah paling kerap yang mereka hadapi iaitu masalah susu yang semakin berkurangan apabila kembali bekerja Masalah ini menjadi satu ketakutan dan mimpi ngeri kepada mereka Oleh sebab inilah sejak awal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities