Baca Surah Al Furqan Ayat 74 Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata Amalkan Setiap Hari


“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram. Justeru, perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.

Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak. Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Baca Surah Al- Furqan Ayat 74. Ustaz Kongsi Supaya Anak Lebih Dengar Kata. Amalkan Setiap Hari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baca-surah-al-furqan-ayat-74-ustaz-kongsi-supaya-anak-lebih-dengar-kata-amalkan-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Masih Belum Cakap Selain Jumpa Pakar Amalkan Surah Ni Insyaallah Membantu

Anak Masih Belum Cakap Selain Jumpa Pakar Amalkan Surah Ni Insyaallah Membantu

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 503 hits
Mencecah usia anak setahun sepatutnya ada beberapa patah perkataan anak boleh sebut Walaupun masih pelat tetapi dia berusaha untuk menyebutnya berbanding anak yang tak bercakap tetapi memberi isyarat tunjuk saja Mungkin awal awal kita boleh...
Rayuan Najib Dua Anak Berhubung Tunggakan Cukai Rm1 74 Bilion Akan Di Dengar Hari Sama

Rayuan Najib Dua Anak Berhubung Tunggakan Cukai Rm1 74 Bilion Akan Di Dengar Hari Sama

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua anak lelakinya berhubung pembayaran cukai mereka berjumlah RM1 74 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan disebut pada hari yang sama di Mahkamah Rayuan Naji...
Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 488 hits
Anak anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak jadikan a...
Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Marion Caunter Kongsi Cita Cita Anak Kedua Sempena Ulangtahun Ketujuh Lana Rose

Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Marion Caunter Kongsi Cita Cita Anak Kedua Sempena Ulangtahun Ketujuh Lana Rose

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 639 hits
Keletah anak anak selalunya membuatkan kita rasa gembira Tambah pula bila mereka mula bercerita tentang apa cita cita dan impian mereka bila dewasa kelak Apa sahaja impian mereka kita sebagai ibu bapa pastinya akan menyokong minat mereka si...
Selamat Tinggal Malindo Air 2 200 Krew Diberhenti Kongsi Kesedihan Hari Terakhir

Selamat Tinggal Malindo Air 2 200 Krew Diberhenti Kongsi Kesedihan Hari Terakhir

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 274 hits
Berikutan impak COVID 19 ke atas industri penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd juga terpaksa mengurangkan sekitar 2 200 daripada 3 200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati rata rata be
Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Lebih 6 600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata ini ...
Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 327 hits
Seorang ahli ekonomi menolak cadangan seorang timbalan menteri agar Bank Negara mencetak dan mengedarkan wang kepada golongan bawah 40 untuk meningkatkan kemampuan perbelanjaan mereka dengan menyifatkan idea itu sebagai naif Dalam temu bual...
Masak Kongsi Menang Rm500 Barangan Saji Menanti Anda Setiap Minggu

Masak Kongsi Menang Rm500 Barangan Saji Menanti Anda Setiap Minggu

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 487 hits
Bila setiap hari memasak kadang kadang buntu juga fikir menu apa kan Jom tonton video SAJI an Misteri bersama Rasa Menariknya anda turut berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM500 dan barangan SAJI Lima pemenang bertuah akan dipilih set...
3 Doa Untuk Anak Supaya Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

3 Doa Untuk Anak Supaya Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 2961 hits
3 Doa Untuk Anak Supaya Menjadi Anak Soleh Dan Solehah Antara ciri ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya Namun sejauh mana kita mampu memantau anak anak Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya