Permohonan Dua Syarikat Pembalakan Saman Penduduk Akan Diketahui Pada 5 November Ini


 


KUANTAN - Permohonan mendapatkan injuksi kekal secara inter-parte yang difailkan dua syarikat pembalakan terhadap lapan penduduk kampung yang didakwa menghalang kerja mengambil hasil hutan berhampiran Kampung Baharu, Jerantut kira-kira 120 kilometer dari sini, akan diputuskan pada 5 Nov ini.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan hari ini, dan perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Jacob Goldie yang mewakili dua syarikat pembalakan berkenaan selaku plaintif.
Pada prosiding itu, defendan diwakili oleh peguam Charles Hector Fernandez.
Syarikat pembalakan Beijing Million Sdn Bhd dan Rosah Timber & Trading Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 14 Julai lalu selepas mendakwa diganggu oleh tindakan defendan menghalang kerja mengambil hasil hutan dan memuat naik kenyataan atau gambar tidak tepat di laman Facebook berkaitan plaintif.
Lapan defendan yang dinamakan ialah Mohamed Said, 62; Mohamed Zarrif Mahmud, 29; Mohamad Hafizi Rosnan, 30; Saifulnizam Sulaiman, 33; Sukmarizal Nazman, 27; Shukran Firdaus Nazman, 29; Mohammad Zakirin Hasan, 36; dan Mohamad Lozi Mohd Nasir, 45 tahun.
Plaintif mendakwa telah memperoleh hak di bawah satu lesen bagi mengambil hasil hutan di kawasan seluas 202.61 hektar di Komparment 1 Hutan Simpan Jerantut daripada Jabatan Perhutanan Pahang pada 28 Jan 2019 dengan jangkaan mula kerja pada awal tahun ini.
Plaintif mendakwa Pejabat Perhutanan Jerantut telah mengadakan sesi pertemuan bagi memberi penerangan berhubung kerja mengambil hasil hutan itu bersama penduduk yang turut dihadiri empat defenden pertama pada 24 Jan 2020 dan 15 Feb lalu.
Selepas sesi itu, plantif berkata mula membuat persediaan kerja dengan membawa masuk jentera ke tapak pada 19 Feb 2020, namun mendakwa defenden telah menganggu kerja mereka sehingga pekerja terpaksa meninggalkan kawasan itu dan membuat laporan polis untuk keselamatan diri.
Kejadian itu, menurut plaintif juga menyebabkan Pejabat Perhutanan Jerantut mengeluarkan surat penangguhan mengambil hasil hutan berkuat kuasa 20 Feb 2020 sehingga isu itu selesai, yang didakwa menyebabkan plaintif menanggung kerugian.
Plaintif mendakwa mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis kepada semua defenden bagi meminta mereka menghentikan aktiviti bantahan atau memuat naik kenyataan dan gambar tidak benar di Facebook pada 12 Feb 2020, namun tidak diendahkan defenden.
Tindakan itu menyebabkan plaintif pada 10 Jun lalu menghantar surat makluman kepada defenden memaklumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memohon perintah injuksi terhadap defendan.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/permohonan-syarikat-pembalakan-saman.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Pembalakan Failkan Saman Terhadap Penduduk Dakwa Halang Ambil Hasil Hutan

Syarikat Pembalakan Failkan Saman Terhadap Penduduk Dakwa Halang Ambil Hasil Hutan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 326 hits
KUANTAN Syarikat pembalakan Beijing Million Sdn Bhd dan Rosah Timber Trading Sdn Bhd memfailkan saman terhadap penduduk Kampung Baharu di Jerantut Pahang atas dakwaan menghalang pekerja dan kontraktor mereka daripada masuk mengambil hasil h...
Tiada Air Di Selangor Ebit Lew Beli Dua Lori Air Yang Besar Untuk Bantu Penduduk

Tiada Air Di Selangor Ebit Lew Beli Dua Lori Air Yang Besar Untuk Bantu Penduduk

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 488 hits
MasaIah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah pen4t untuk mervngut
Dua Hari Ribut Dan Omb4kk Kuat Di Pantai Chenang Hari Ini Penduduk Situ Dapat Rezeki Yang Tak Disangka

Dua Hari Ribut Dan Omb4kk Kuat Di Pantai Chenang Hari Ini Penduduk Situ Dapat Rezeki Yang Tak Disangka

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 291 hits
Ribut serta ombak kuat sejak dua hari lalu berikutan fasa peralihan monsun membawa limpahan rezeki Lebih lagi kepada penduduk sekitar pulau ini apabila pelbagai jenis kerang kerangan seperti siput kabung dan siput paha ayam ditemukan terdam...
Tunang Khashoggi Saman Putera Mahkota Arab Saudi

Tunang Khashoggi Saman Putera Mahkota Arab Saudi

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 232 hits
WASHINGTON Tunang kepada Jamal Khashoggi semalam memfailkan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi dan pegawainya di mahkamah Amerika Syarikat bagi menuntut pembelaan susulan insiden pembunuhan kejam wartawan berkenaan di Istanbul dua tah...
Walau Error 404 Saman Tetap Saman

Walau Error 404 Saman Tetap Saman

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 232 hits
JAMZURI ARDANIHarakah dalam kenyataan membela diri menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihaknya dari sudut politik dan sosial untuk meletakkan kesalahan kepada Dr Mujahid di atas apa yang dilakukan oleh Sajad Berita mengenai isu ...
Influencer Berdepan Saman Rm2 Juta

Influencer Berdepan Saman Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 288 hits
INFLUENCER BERDEPAN SAMAN RM2 JUTA JOHOR BAHRU Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek 37 memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap seorang personaliti media sosial yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming Peguamnya Mohd Rash...
Rahim Tamby Chik Saman Dap

Rahim Tamby Chik Saman Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 319 hits
Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memfailkan saman terhadap Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong dan parti itu yang didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel kerana mengaitkannya dengan pe...
Jabatan Kehakiman As Saman Google

Jabatan Kehakiman As Saman Google

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 235 hits
WASHINGTON Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman antipesaingan terhadap Google kerana secara tidak sah mengekalkan monopoli dalam perkhidmatan pasaran carian dan carian iklan pada Selasa lapor agensi berita Xinhua Saman terhad...
Mb Kedah Saman Fitnah 4 Individu Termasuk Mahfuz Omar Cybertropper Ph Berkaitan Tuduhan Pembelian Vellfire

Mb Kedah Saman Fitnah 4 Individu Termasuk Mahfuz Omar Cybertropper Ph Berkaitan Tuduhan Pembelian Vellfire

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 482 hits
ALOR SETAR Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah melantik beberapa peguam bagi memfailkan saman fitnah terhadap pemimpin pemimpin pembangkang serta individu yang telah melontarkan fitnah terhadap beliau berkaitan dengan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat