Syarikat Pembalakan Failkan Saman Terhadap Penduduk Dakwa Halang Ambil Hasil Hutan


 


KUANTAN - Syarikat pembalakan Beijing Million Sdn Bhd dan Rosah Timber & Trading Sdn Bhd memfailkan saman terhadap penduduk Kampung Baharu di Jerantut, Pahang atas dakwaan menghalang pekerja dan kontraktor mereka daripada masuk mengambil hasil hutan berhampiran kawasan tersebut.
Dua syarikat itu memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan pada 14 Julai lalu, menerusi firma guaman Tetuan Jacob Goldie S.S Chew.
Menurut salinan writ saman itu, mereka antara lain memohon satu injunksi dikeluarkan terhadap lapan defendan - iaitu penduduk kampung tersebut - agar mereka dilarang daripada terus menghalang plaintif kawasan hutan yang dikenali sebagai kompartment 1A Hutan Simpan Jerantut Tambahan di Mukim Ulu Cheka di sana, yang berkeluasan 202.61 hektar.
Plaintif juga memohon agar mahkamah melarang defendan daripada memberi dan/atau menyebabkan maklumat dan gambar yang didakwa tidak benar daripada diterbitkan di laman Facebook “Bantah pembalakan di kawasan tadahan air di Kampung Baharu, Jerantut, Pahang” atau mana-mana media lain.
“Menganggu dan/atau mencampurtangan dengan kelulusan yang diberi oleh Pejabat Hutan kepada plaintif-plaintif melalui surat-surat bertarikh 15 September 2019.
“Menyebabkan kacau ganggu kepada kerja-kerja plaintif-plaintif dan apa acara pun termasuk secara fizikal, sesawang am dan/atau komunikasi dengan pihak-pihak berkuasa,” menurut writ saman tersebut.
Lapan defendan itu ialah Mohamed Said, Mohamed Zarrif Mahmud, Mohamad Hafizi Rosnan, Saifulnizam Sulaiman, Sukmarizal Nazman, Shukran Firdaus Nazman, Mohammad Zakirin Hasan dan Mohamad Lozi Mohd Nasir.
Menurut writ saman itu lagi, pada April 2019, plaintif mendapat tahu bahawa terdapat hantaran di laman Facebook atas nama “Bantahan Pembalakan Tadahan Air di Kg Baharu, Jerantut Pahang” yang membuat beberapa dakwaan serius seperti pembalakan di kawasan tadahan air dan merosakkan khazanah hutan.
Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, kos serta faedah atas kos, lain-lain relif yang dianggap perlu dan sesuai oleh mahkamah.
Defendan: Jejas pendapatan, alam sekitar
Bagaimanapun, afidavit oleh defendan ketiga Mohamad Hafizi Rosnan yang dilihat Malaysiakini menyatakan berkenaan permohonan meminda pembelaan dan tuntutan balas yang telah difailkan di mahkamah.
Afidafit bertarikh 28 September itu menyatakan bahawa plaintif secara salah dengan niat buruk telah memulakan tindakan writ itu dan secara salah membuat permohonan injuksi secara ex-parte (bersifat sebelah pihak) melalui notis permohonan tanpa sebarang notis diberikan kepadanya dan defendan lain.
“Saya ingin menyatakan bahawa saya dan defendan lain percaya bahawa tujuan jahat plaintif kemungkinan besar adalah untuk menafikan hak defendan membawa bantahan dan isu yang harus diambil kira dengan wajar, yang mungkin sebelum ini gagal di ambil kira.
“Harapan defendan adalah kawasan hutan, yang terletak berhampiran atau yang defendan dan penduduk setempat bergantung untuk hidup, akan terus dikekalkan hutan simpanan tetap dan tidak dibenarkan membalak (di sana),” katanya.
Menurut Mohamad Hafizi, jika plaintif dibenarkan untuk meneruskan kegiatan membalak di sana, penduduk setempat akan menanggung kerugian yang tidak terkira meliputi perniagaan dan aktiviti ekonomi dan menyebabkan kolam ikan dan pembenihan ikan akan rosak.
Malah, katanya lagi, bantahan penduduk terhadap pembalakan di kawasan hutan simpan atau hutan simpan tetap di sana dilakukan secara aman dan sah, dengan berhubung dengan pihak berkuasa dan/atau kerajaan yang bertanggungjawab.
Selain itu, dia mempersoalkan bagaimana dan bila status hutan simpan itu ditukar sehingga aktiviti pembalakan dibenarkan, memandangkan sebarang keputusan harus melibatkan konsultasi bersama rakyat terutama penduduk sekitar.
“Saya ingin menyatakan bahawa kawasan hutan tersebut adalah hak milik kerajaan Negeri Pahang, kerajaan DYMM Sultan Pahang.
“Saya tidak percaya kerajaan Pahang tidak buat penilaian impak alam sekitar (EIA) dan/atau penilaian impak alam sekitar terperinci (DEIA) dan penilaian impak sosial berhubung kesan pembalakan kepada alam sekitar dan penduduk.
“Saya masih belum dapat akses kepada dokumen tersebut yang amat perlu untuk para penduduk menilai dan mengkaji,” katanya.
Untuk rekod, pada 12 Oktober lalu, kes ditangguhkan kerana peguambela yang mewakili lapan defendan tersebut, Messrs Haris Salleh & Co menarik diri secara tiba-tiba.
Sebutan semula kes dijadualkan pada 22 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuantan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/syarikat-pembalakan-fail-saman-terhadap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Dua Syarikat Pembalakan Saman Penduduk Akan Diketahui Pada 5 November Ini

Permohonan Dua Syarikat Pembalakan Saman Penduduk Akan Diketahui Pada 5 November Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 259 hits
KUANTAN Permohonan mendapatkan injuksi kekal secara inter parte yang difailkan dua syarikat pembalakan terhadap lapan penduduk kampung yang didakwa menghalang kerja mengambil hasil hutan berhampiran Kampung Baharu Jerantut kira kira 120 kil...
Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 321 hits
117 total views 24 views today Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas empat pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman adalah bagi ke...
Pengurusan Kes Saman Mohamed Apandi Terhadap Dr Mahathir Pada 13 Nov

Pengurusan Kes Saman Mohamed Apandi Terhadap Dr Mahathir Pada 13 Nov

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 318 hits
350 total views 350 views today KUALA LUMPUR 22 Okt Pengurusan kes saman menuntut ganti rugi RM2 2 juta yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai ...
Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 354 hits
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi Terdapat 18 k...
Warga Emas 97 Tahun Kahwin Dengan Wanita Seusia Cucunya Dakwa Dirinya Masih Mampu Beri Nafkah Batin

Warga Emas 97 Tahun Kahwin Dengan Wanita Seusia Cucunya Dakwa Dirinya Masih Mampu Beri Nafkah Batin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 273 hits
Seorang lelaki di Ghana bernama Akwasi Gyan atau Agyaba menjadi bahan perbualan netizen di media sosial kerana beliau menikahi seorang wanita muda sebaya dengan usia cucunya Warga emas berusia 97 tahun itu menikahi Akua Asabea yang berusia ...
Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 259 hits
272 total views 272 views today Suasana politik negara kita nampaknya kembali bergolak ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga Covid 19 Baru baru ini Ketua Pembangkang Datuk Seei Anwar Ibrahim telah mendakwa memiliki majoriti yang ...
Akuan Bersumpah Dakwa Maszlee Sokong Anwar Tular

Akuan Bersumpah Dakwa Maszlee Sokong Anwar Tular

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 440 hits
Satu surat didakwa akuan bersumpah Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial Menerusi surat itu Mazlee...
Dakwa Diugut Dan Diminta Wang Perlindungan Pemilik Restoran Nasi Kandar Terkenal Buat Laporan Polis

Dakwa Diugut Dan Diminta Wang Perlindungan Pemilik Restoran Nasi Kandar Terkenal Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 511 hits
Bunyinya mungkin agak mengejutkan tetapi itulah yang berlaku kepada pemilik dan pekerja sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang yang mendakwa mereka diugut agar memberikan wang perlindungan Kejadian itu menurut pemilik Hameediy...
Ramkarpal Dakwa Mahathir Perdana Menteri Gagal Video

Ramkarpal Dakwa Mahathir Perdana Menteri Gagal Video

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu Dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Selasa beliau berka...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation