Rahim Tamby Chik Saman Dap




Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memfailkan saman terhadap Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong dan parti itu yang didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel kerana mengaitkannya dengan pelbagai skandal.
Abdul Rahim, yang juga ahli parti Bersatu, memfailkan saman itu menerusi firma guaman The Chambers of Frida pada 17 Sept lepas.
Selain Khoo, Abdul Rahim turut menamakan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan kedua hingga keempat.
Dalam penyataan tuntutannya, Abdul Rahim mendakwa pada 16 Dis 2018, Khoo yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, telah menulis, menerbit dan/atau menyebabkan untuk diterbitkan satu artikel mengandungi perkataan fitnah yang mengaitkan beliau dengan pelbagai skandal di laman Facebook milik defendan pertama, laman sesawang DAP www.dapmalaysia.org dan portal berita www.thestar.com.my.
Plaintif mendakwa Tan, Gobind dan Lim pula telah menerbitkan dan/atau menyebabkan untuk diterbitkan artikel itu di laman sesawang DAP sehingga ia boleh diakses serta dikongsi di blog, forum dan portal tanpa batasan.
Abdul Rahim mendakwa kata-kata fitnah itu telah menggambarkan, antara lain, beliau seorang yang korup, terlibat dengan jenayah seksual, salah guna kuasa serta penyelewengan dan beliau menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas serta diterbitkan dengan niat jahat.
Plaintif, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada Oktober 1994, berkata tuduhan dan sindiran itu memberi manfaat kepada defendan pertama sebagai ahli politik tetapi pada masa sama, akan menyebabkan kerosakan maksimum terhadap reputasi beliau.
Abdul Rahim mendakwa walaupun beliau melalui peguamnya telah meminta Khoo menarik balik artikel itu dan memohon maaf melalui surat tuntutan bertarikh 18 Feb 2019 namun defendan pertama enggan berbuat demikian malah bertindak mencabar plaintif untuk menyamannya.
Beliau berkata akhbar The Star telah menerbitkan suatu pernyataan pada 27 Julai 2019 bertajuk “Sorry, Rahim Tamby Chik is not father of scandals” bagi memohon maaf berhubung penerbitan artikel itu yang didakwa memfitnahnya.
Sehubungan itu, Abdul Rahim menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau juga meminta mahkamah mengeluarkan perintah agar defendan membuang artikel itu daripada laman Facebook dan laman sesawang www.dapmalaysia.org serta menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
Berdasarkan senarai mahkamah, pengurusan kes itu telah ditetapkan pada Isnin ini secara dalam talian melalui sistem e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.
Sumber : - Bernama
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/rahim-tamby-chik-saman-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahim Tamby Chik Saman Dap Kerana Artikel Fitnah Kaitkannya Dengan Pelbagai Skandal

Rahim Tamby Chik Saman Dap Kerana Artikel Fitnah Kaitkannya Dengan Pelbagai Skandal

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memfailkan saman terhadap Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong dan parti itu yang didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel kerana mengaitkan...
Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 357 hits
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi Terdapat 18 k...
Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional Menurut DAP...
Ketahui Cara Rba Dap Dan Macai Amanah Bekerja

Ketahui Cara Rba Dap Dan Macai Amanah Bekerja

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 324 hits
Ini kereta milik Muhammad Sanusi Md Nor ADUN Jeneri Ada orang tua kampung saya sebut kheta Belpaya Kereta Vellfire keluaran 2009 2014 ini dibeli sewaktu Sanusi belum jadi MB lagi Untuk kegunaan keluarga guna kereta ni Ke hulu ke hilir dok a...
Dap Letak Syarat Pada Najib Dan Umno Untuk Bekerjasama

Dap Letak Syarat Pada Najib Dan Umno Untuk Bekerjasama

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 281 hits
Apa syaratnya GoogleLim kit siang buat lupa bahawa Lim Guan eng juga perlu mengaku terlibat dalam skandal terowong Kerjasama DAP dan UMNO di bawah Anwar bukankah suatu yang mustahil kerana kepentingan diri mengatasi prinsip Idea Tun Kerajaa...
Johor Dap Denies Plan To Cooperate With Umno For New State Government

Johor Dap Denies Plan To Cooperate With Umno For New State Government

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 280 hits
Johor DAP denied there was a proposal for Pakatan Harapan and Umno to cooperate and form the next state government if the latter decides to stop supporting Perikatan Nasional Johor DAP secretary Tan Hong Pin disputed Johor PH chief Aminolhu...
There Is No Moral Dilemma Of Umno And Dap Working Together

There Is No Moral Dilemma Of Umno And Dap Working Together

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 185 hits
I am prepared to work with any Malaysian to save Malaysia not only Dr Mahathir and Muhyiddin but even with Najib if the prime minister is prepared to admit that he had led the country on a wrong tangent and that Malaysia must be saved with ...
Dulu Kata Lebai Pas Nak Sucikan Umno Kini Khadam Dap Akui Dap Akan Sucikan Umno

Dulu Kata Lebai Pas Nak Sucikan Umno Kini Khadam Dap Akui Dap Akan Sucikan Umno

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 327 hits
Dulu kata lebai PAS nak sucikan UMNO Kini Khadam DAP akui DAP akan sucikan UMNOMR AMANAH parti yang tak ada prinsip jual agama untuk kepentingan politik Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk ...
Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 305 hits
WITH 42 MPs DAP is the biggest party in terms of the number of elected representatives in the Parliament The party which found itself somewhat fettered even during the short stint as part of the federal government now finds itself at a poli...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah